Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kisah Anak Gen-X: Friends - Teman Setia Dulu Dan Kini

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 1:08PM

oleh

M.Zulkifli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apa yang kecoh sangat tentang episod The Reunion sitkom Friends yang bakal distrim pada hari ini? Mungkin ramai yang tertanya kenapa siri yang ditamatkan 17 tahun lalu masih ditonton dan digilai peminat setia (khasnya dari kumpulan Gen-X) sehingga kini? Apa magisnya kisah enam orang rakan yang tinggal di kota New York sehingga ia kekal kukuh dalam ingatan dan budaya popular?

Kali pertama aku terbaca mengenai siri yang mula ditayangkan pada bulan September 1994 adalah dalam majalah hiburan antarabangsa, Entertainment Weekly. Seingat aku, pujian dalam ulasannya tidaklah begitu melangit. Lebih kurang sekadar, “Boleh tahan kelakarlah cerita ni”.

Tetapi Friends sememangnya keluar dari acuan sitkom popular dari Amerika ketika itu yang lebih bertemakan keluarga seperti Growing Pains, Family Ties dan The Cosby Show. Dan premis kehidupan sekumpulan kawan yang melepak di kedai kopi Central Perk, mudah difahami dan agak universal.

Aku sendiri mula menonton apabila disiarkan di stesen RTM2 dan juga TV Singapura. Takdelah terlalu obssessed pada mulanya, tapi apabila semakin mengenali kesemua karektor utama - Joey, Chandler, Ross, Monica, Rachel dan Phoebe - Friends menjadi siri yang mesti-tonton.

Tidak cukup dengan menonton pada hari siaran, aku mula merakam seberapa banyak episod dengan menggunakan gajet wajib suatu masa dahulu - perakam video, atau VCR, yang menggunakan tape video VHS. (Tape video VHS ini ada tersedia dalam durasi yang berlainan, contohnya 120 minit, dan ia boleh digunakan semula berulang kali.)

Jadi di rumah aku memang bersepah tape video yang dilabelkan Friends. Sehinggalah tape video rasmi dikeluarkan dan aku mula menyewa di kedai-kedai video. (Yang tak pernah tahu, dulu terdapat banyak kedai-kedai video yang sesiapa saja boleh sewa semua jenis rancangan, dari siri drama, filem dan juga gusti. Kadar sewa biasanya RM2-3 setiap satu untuk beberapa hari. Dan kalau lewat untuk pulangkan, kedai akan kenakan denda!)  

Koleksi Blu-Ray siri 'Friends' penulis.
Koleksi Blu-Ray siri 'Friends' penulis.

Untuk pengetahuan, sepanjang lebih dari dua dekad lepas ini, aku telah menonton Friends di semua platform yang ada. Dari TV percuma ke tape video VHS ke TV berbayar, VCD, DVD, Blu-Ray dan yang terkini, platform penstriman digital termasuk iflix dan Netflix. Malah, bukan itu sahaja. Apabila aku menaiki pesawat untuk ke mana-mana destinasi yang meyediakan sistem in-flight entertainment, rancangan pertama yang aku cari semestinya Friends.

Menarik untuk difikirkan ketika Friends mula popular, dunia sangat berbeza. Internet masih lagi sesuatu yang baharu, lebih-lebih lagi di sini. Konsumsi media masih terhad kepada platform tradisional - televisyen, suratkhabar, majalah dan radio. Media sosial masih belum diilhamkan. Jadi penularan populariti siri seperti Friends memang banyak bergantung kepada metod word-of-mouth. Kawan-kawan keluar mengeteh dan berborak, “Kau dah tengok cerita ni tak?” Hasilnya, satu dunia terus tersangkut. (Di Amerika sahaja, setiap episod menarik lebih daripada 25 juta penonton!)

Dan ketika kemuncak popularitinya pun, seingat aku tidak ada merchandise yang dijual, atau tidak ada barangan yang dapat dibeli peminat di benua ini. Berbeza dengan sekarang, begitu banyak jenama terkenal yang membeli lesen untuk menjual pelbagai barangan bertemakan Friends, termasuk kalendar, T-shirt, baju panas, beg, alat tulis, cawan kopi, set Lego dan banyak lagi (yang aku sendiri gigih membeli).

“Bagi aku, menonton Friends hari ini bukan sekadar mencetuskan nostalgia dekad-dekad yang terdahulu, seumpama sebuah kapsul masa, tapi ia memberikan sense of familiarity and comfort.” 

Tapi bagaimana sebuah siri TV yang agak ‘ringan’ dapat bertahan selama 10 musim dengan 236 episod, dan mencipta fenomena global yang bertahan hingga ke hari ini? Aku sendiri kagum dengan barisan penulis siri ini yang membina setiap karektor secara konsisten sehingga penonton begitu kenal dengan sekecil-kecil tabiat dan idiosinkrasi mereka.

Dan sudah tentu comedic timing setiap pembawa watak yang begitu berkesan dan lakonan bersahaja membuatkan momen-momen lawak itu tetap kelakar sekalipun telah ditonton lebih daripada berpuluh kali! Peminat tegar begitu memahami “dunia” Friends dan pasti akan tergelak hanya dengan mendengar atau menggunakan catchphrase seperti How you doin’? dan I know! (Sila gunakan intonasi yang sepatutnya).

Tapi bukan sekadar one-liners yang memecah perut dan boleh digunapakai dalam kehidupan seharian, kombinasi unsur slapstick dan situasi menyayat hati serta cliffhanger di penghujung setiap musim membuatkan peminat terus setia dan tak pernah jemu dengan kelibat mereka. Dan oh ya, kemunculan cameo bintang-bintang dan personaliti hebat 90an seperti Brad Pitt, Julia Roberts, mendiang Robin Williams dan Richard Branson juga sesuatu yang unik buat siri ini.

Bagi aku, menonton Friends hari ini bukan sekadar mencetuskan nostalgia dekad-dekad yang terdahulu, seumpama sebuah kapsul masa, tapi ia memberikan sense of familiarity and comfort dari sekumpulan kawan yang setia menemani kita. Lagu temanya I’ll Be There For You, persembahan kumpulan The Rembrandts, masih kedengaran segar dan yang paling kurang pun, akan membuat aku ingin menyanyikan bait korusnya.

Jadi tak hairanlah episod The Reunion ini, walaupun ia bukan sebuah episod dengan cerita baharu, sudah lama dinantikan peminat di seluruh dunia. Ini bukan sekadar televisyen, tetapi sebuah penjumpaan semula dengan geng lama yang mula kita kenal suku abad yang lalu.

Dan untuk rekod, inilah Top 3 episod kegemaran aku:

The One With The Embryos - Adegan kuiz yang berakhir dengan pertukaran apartmen tanpa rela sangat klasik!

The Last One - Penamat yang bittersweet selepas 10 musim.

The One Where Everybody Finds Out - Tembelang perhubungan Monica dan Chandler akhirnya pecah, yang menghasilkan dialog ikonik: “They don't know that we know they know we know.”

Friends: The Reunion akan mula distrim pada 27 Mei 2021 di Astro GO dan HBO GO, serta melalui Ultra Box. - Getaran, 27 Mei 2021

M.Zulkifli merupakan teraju utama getaran.my dan seorang bekas majistret. Beliau juga peminat budaya popular 80an dan memiliki koleksi figurine Star Wars yang masih belum diwariskan kepada anak-anaknya.

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

3

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

Sorotan

1

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

2

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

3

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

5

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

6

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

7

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM