Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dari Anugerah Juara Lagu Ke Sejarah Asmara – Cinta, Seks, Rumahtangga Dan Lagu Cinta 

Mungkinkah akan ada seorang pencipta lagu dan penulis lirik yang dapat membicarakan kompleksiti sesebuah perhubungan percintaan di dalam lagu? – Ad Samad 

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 12:00PM

Cinta bukan hanya tema utama di dalam lagu, malah menjadi dambaan setiap insan untuk memiliki cinta romantik sejati sehingga ke mati. - Gambar TV3

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selamat menyambut tahun baharu 2023, wahai pembaca budiman!

Anugerah Juara Lagu ke-37 akan berlangsung tidak lama lagi. Daripada 12 lagu yang dipertandingkan, lapan adalah lagu-lagu cinta. Tujuh daripadanya adalah lagu-lagu cinta sedih, kecewa dan merana. Cuma satu sahaja lagu cinta bahagia.

Cinta bukan hanya tema utama di dalam kebanyakan lagu, malah menjadi dambaan setiap insan untuk memiliki cinta romantik sejati sehingga ke mati.

Ramai yang merasa bahawa akan ada seseorang yang ideal yang akan menjadi cinta abadinya, soulmate yang akan memahaminya, berkasih asmara dan setia di dalam susah dan senang bersamanya sehingga ke akhir hayat.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Hakikatnya, insan ideal itu tidak wujud. Tiada siapa yang sempurna.

Kebanyakan kita akan sentiasa bergelut di dalam mengurus, mengerat, dan mengekalkan perhubungan romantik di dalam sesebuah perhubungan komited atau committed relationship.

Perhubungan komited adalah sama ada perkahwinan secara sah, atau pasangan jangka panjang yang monogamous tanpa pernikahan seperti yang berlaku di barat.

Terlalu banyak perhubungan romantik yang tersandung, tersungkur malah terbengkalai.

Dalam kehidupan masa kini, rata-ratanya setiap insan akan berpengalaman melalui sekurang kurangnya dua atau tiga perhubungan romantik, sama ada dengan pernikahan atau tidak.

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula sepasang insan. Pasti akan berlakunya bibit-bibit tergigit perasaan di antara satu sama lain.

Ada gigitan yang kembali pulih dan ada pula gigitan yang parah menjadi barah sehingga terpaksa dipotong dan dibuang jauh dari kembali bernyawa semula.

Hubungan romantik atau asmara bermula dengan tarikan seksual. Untuk mengekalkan perhubungan asmara jangka panjang memerlukan kos yang tinggi yang perlu dibayar dengan harga kesabaran, pengorbanan, kepercayaan, kewangan dan jangan lupa, kreativiti.

‘Selamanya’ di dalam alam bercinta adalah satu tempoh yang sangat panjang.  Ramai yang mempercayai masa adalah penawar. Tetapi masa juga adalah ruang pembiakan kebosanan dan kehambaran.

Asmara terbunuh akibat kebosanan dan kehambaran. Pasangan yang telah sekian waktu bersama akan merasa segalanya familiar sehingga asmara sudah tiada lagi kejutan. Pelbagai perkara, rutin, prosedur operasi dan posisi telah diterokai bersama. 

Pasangan bukan sahaja bergelut di dalam isu asmara, tetapi juga bergelut dengan pelbagai kompleksiti kehidupan ini, seperti isu kewangan, nilai hidup, cara membesarkan anak, perhubungan mertua dan menantu, dan tabiat-tabiat pasangannya.

Di dalam perhubungan romantik, sesuatu pasangan sentiasa dan selamanya perlu mempunyai kreativiti untuk menyegarkan asmara. Ia adalah sesuatu yang amat sukar dan memerlukan segala daya kudrat dan iradat.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Kajian Perihal Seksualiti Perempuan

Menurut kajian, perempuan adalah lebih cepat bosan dengan kehidupan seks yang monogami berbanding lelaki.

Lelaki yang monogami akan bosan dengan kehidupan seksnya dengan pasangan yang sama secara beransur-ansur atau gradual. Manakala, perempuan menjadi bosan dengan lebih mendadak.

Mungkin ini kedengaran counterintuitive atau bertentangan dengan sangkaan ramai. Lelaki hanya perlu melakukan seks untuk menikmati seks.

Manakala perempuan pula memerlukan suasana, dorongan, godaan dan pelbagai bagai lagi rencah yang merangsang minda mereka untuk menikmati seks.

Seks sekadar seks adalah tidak mencukupi bagi perempuan. Seks memerlukan cerita.

Dan ceritanya berkisar tentang godaan atau seduction, pengembaraan fizikal dan fantasi, dicintai dan dikehendaki, dilindungi dan diperjuangkan, dicurah kemewahan dan lelaki yang sanggup mengambil risiko tinggi untuknya, dan pelbagai lagi.

Menurut banyak kajian, hanya sekitar 23 hingga 40 peratus kaum perempuan yang mencapai orgasm atau kemuncak.

Kepada kaum perempuan, seks yang monogamous iaitu dengan seorang lelaki yang sama memerlukan daya usaha dan kreativiti dari pihak lelaki untuk mencapai idea ideal mereka.

Kaum lelaki adalah clueless atau jahil perihal seksualiti perempuan. Kaum lelaki hanya tahu anatomi seorang perempuan tetapi bukan mindanya.

Kerana, membicara mengenai seksualiti perempuan adalah perkara yang taboo.

Perempuan yang kekal di dalam perkahwinan atau perhubungan monogami, mungkin kerana terpaksa atau tiada pilihan. Mereka mungkin tiada pekerjaan yang dapat menampung sara hidup atau sudah tiada lagi daya tarikan, lalu takut untuk meneroka alam baru.

Atau mungkin mereka kekal di dalam perkahwinan demi anak-anak, meskipun jiwa mereka meronta sengsara. Ia adalah pengorbanan jiwa yang amat besar dan memerlukan kekuatan yang luar biasa.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Sejarah Perkahwinan

Di dalam sejarah manusia, perkahwinan adalah bertujuan untuk kesinambungan zuriat (reproduksi) dan bagi tujuan ekonomi atau politik. 

Seorang wanita akan dijodohkan dengan seorang lelaki oleh ibu bapa atau ahli keluarganya.

Contohnya, seorang lelaki yang bakal mewarisi 5 ekar tanah akan dikahwinkan dengan anak perempuan yang keluarganya mempunyai lima ekor lembu dan 11 ekor kambing agar mereka dapat mengusahakan ladang untuk berternak. 

Seorang Raja akan menikahkan anaknya dengan seorang anak Raja atau pembesar negeri, agar tanah jajahan mereka menjadi lebih kuat dan besar.

Untung sabut timbul, untung perempuan pula adalah apabila adanya cinta dan kemesraan yang berputik dan mekar dari perkahwinan yang diatur untuknya.

Jika tidak, wanita di zaman silam perlu pasrah terhadap takdirnya dan akur bahawa tanggung jawabnya adalah memberikan seks kepada suaminya dan melahirkan zuriat. Perhubungan romantik bersama suami adalah tidak wujud. 

Perhubungan romantik hanya berkebolehan berlaku di dalam perhubungan curang dengan lelaki lain, kerana lelaki itu adalah lelaki pilihannya.

“Mak taste, you.”

Perhubungan luar nikah atau ‘affair’ dalam kalangan pasangan berkahwin adalah asimetrikal atau ‘tidak seimbang’.

Affairs yang tidak ditangkap atau diketahui, lebih menguntungkan para isteri berbanding para suami.

Kerana, apabila seorang isteri menghamilkan anak dari sesuatu kecurangan, suaminya tanpa menyedari telah menyara dan membesarkan anak lelaki lain yang disangka anaknya sendiri. Beliau telah ditipu atau cuckolded / cuckold.

Perempuan yang telah dicurangkan suami pula tiada risiko menghamilkan anak perempuan lain.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Untuk mengelakkan cuckoldry berlaku, kaum perempuan sentiasa mendapat tekanan masyarakat yang berbentuk undang-undang, norma-norma atau budaya setempat. Tabiat dan peribadi seseorang perempuan mendapat perhatian dan penelitian masyarakat dengan lebih mendalam.

Kesalahan seksual akan membuat perempuan menerima hukuman yang lebih berat berbanding lelaki. 

Lelaki yang berpeleseran akan digelar ‘playboy’ manakala perempuan pula digelar dengan pelbagai gelaran yang menghina.

Merentas pelbagai bangsa dan agama dari benua ke benua, para wanita zaman dahulu menanggung pelbagai beban emosi dan fizikal, seringkali seorang diri membesarkan anak-anak, tatkala para suami berkelapangan berkahwin secara sah, malah berpeleseran atau philandering dengan wanita lain. 

Para suami yang pergi berperang, jika tidak terbunuh malah menang, akan mendapat wanita tawanan perang sebagai habuan. Para suami yang berlayar atau di perantauan pula akan mendirikan rumah tangga baru di negeri lain serta beranak pinak. Jika tidak pun, menjadi pengunjung tetap rumah-rumah tumpangan untuk mendapat perkhidmatan seks.

Malah, lelaki yang tidak merantau dan tinggal setempat juga bisa melakukan perkara serupa yang lelaki di perantauan lakukan.

Masyarakat silam akan menganggap perkara sebegitu adalah sesuatu yang normal.

Perkahwinan yang berdasarkan cinta sama cinta atau suka sama suka adalah sesuatu yang baharu. Ia mula diamalkan sekitar 60 hingga 100 tahun yang lalu, walaupun di negara-negara barat. Begitupun, masih banyak masyarakat masa kini yang mengamalkan perkahwinan atur atau arranged marriage.

Mungkin akibat revolusi industri yang mengakibatkan peningkatan dan kepadatan penduduk atau kepesatan teknologi percetakan, rakaman bunyi dan filem yang menghasilkan kisah-kisah cinta romantik, serta sistem pendidikan telah merubah pemikiran manusia terhadap perkahwinan.

Sesuatu perhubungan yang bermula dengan cinta dan tarikan seksual boleh berakhir akibat tiada lagi cinta dan tarikan seksual.

Gambar ihsan TV3
Gambar ihsan TV3

Kembali ke Anugerah Juara Lagu ke-37 dan ke edisi edisi berikutnya, mungkinkah akan ada seorang pencipta lagu dan penulis lirik yang dapat membicarakan kompleksiti sesebuah perhubungan percintaan di dalam lagu?

Mungkin terlalu sukar dan berat.

Atau haruskah dibiarkan sahaja lagu-lagu pop masa kini berbicara hanya perihal cinta monyet dan topik-topik superficial atau di permukaan sahaja agar para pendengar dapat menikmati lagu dan lirik yang mudah serta memberi ruang untuk pendengar mengelamun ke alam cinta?

Mungkin pendengar pun tidak mahu berfikir yang berat-berat sedangkan kehidupan nyata harian pun sudah cukup membebankan. - Getaran, 4 Januari 2023

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi