Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Formula Kerajaan Perpaduan Di Perak Mungkin Sesuai Digunakan Di Peringkat Persekutuan

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 10:13PM

Saarani Mohamad mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada istiadat perlantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak di Istana Iskandariaha semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NAMPAKNYA “the political deadlock” tentang calon Perdana Menteri (PM) ke-10 masih belum selesai.

Agak menarik keadaan yang hampir sama berlaku di Perak nampaknya berjaya diselesaikan dengan jayanya.

Ya, ada ciri persamaan di Perak dan di Persekutuan kecuali ada sedikit variasi.

Di Perak, Perikatan Nasional (PN) telah memenangi 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tidak memiliki majoriti mudah.

Pakatan Harapan (PH) pula hanya menang 24 kerusi DUN di Perak di Perak.

UMNO/Barisan Nasional (BN) pula hanya menang 9 kerusi DUN di Perak.

Dengan gabungan PH (24) dan BN (9), maka terbentuk kerajaan Perak dengan majoriti mudah.

Kenapa formula di Perak yang dilihat semacam mustahil boleh berjaya?

Jawapannya, RELA BERKORBAN!

Tabik harus diberikan pada PH, khususnya DAP yang bersedia melihat KEPENTINGAN NEGARA dan RAKYAT dengan membenarkan BN yang menang hanya 9 kerusi untuk mendapat kerusi Menteri Besar (MB) dan beberapa exco serta khabarnya kerusi speaker. Ini FAKTA.

National interest trumps personal interest in Perak! Well done guys!

Untuk rekod, DAP juga pernah berkorban memberi kerusi MB pada calon PAS pada satu waktu dahulu meskipun depa yang memenangi paling banyak kerusi. Ini juga FAKTA.

Di peringkat Persekutuan, PH memiliki 81 kerusi Parlimen (blok terbesar), manakala PN berada di tempat kedua dengan 73 kerusi. BN pula hanya memiliki 29 kerusi .

BN yang awalnya dispekulasi bersedia menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai PM telah mengambil pendirian berbeza dengan menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Bagaimana jika PH juga diandaikan berfikiran seperti itu di Perak?

Justeru itu, apakah formula terbaik untuk menyelesaikan kemelut isu PM ke-10?

Pada hemat saya, formula di Perak “is a good precedent” untuk diikuti. Apa pun, formula itu telah diterima oleh YM Sultan Nazrin yang juga semua tahu amat arif dalam bidang perundangan.

Mengapa kemelut di Perak boleh berjaya diselesaikan? Sekali lagi saya katakan kerana kesediaan PH khususnya DAP untuk berkorban!

Ya, susah dan pahit ... therein lies the true value of SACFRICE!

Jika PH dan DAP boleh bersedia melakukan pengorbanan memilih option yang amat tidak popular itu demi kepentingan negara dan rakyat, agak ironis jika UMNO tiba-tiba gagal menunjukkan sikap yang sama.

Oleh itu formula Perak adalah suatu yang agak viable meskipun amat tidak popular.

Formula kedua yang mungkin juga boleh difikirkan oleh YDPA adalah dengan membenarkan DSAI menjadi PM kerana memiliki majoriti terbesar ‘single handedly’ (tanpa gabungan dengan blok lain).

Meskipun formula begitu menyaksikan DSAI menjadi PM kerajaan minoriti PH, namun kerajaan sebegitu Insya-Alah masih stabil sekiranya UMNO/BN bersedia memberi sokongan kepada DSAI dan Kerajaan PH melalui skema CSA (confidence supply agreement) tanpa depa perlu menyertai kerajaan PH.

Formula ini juga mungkin berpotensi untuk mengelakkan wujudnya fenomena “scheme of things” dan kabinet yang menggelembung!

Bagi saya, formula kedua tersebut masih sah dan ‘constitutional’ kerana ia masih mengikut roh dan kerangka Artikel 43 ( 2 ) ( a ) Perlembagaan Persekutuan. - Getaran, 22 November 2022

والله اعلم.

Penulis ialah Wakil Rakyat Sepang dari Parti Amanah. Beliau juga merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang Undang)

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kenapa Heret Agong Dalam Isu Pelantikan Tajuddin?

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan