Berita Terkini

1 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengembaraan Seni: Di Antara Mahu Dan Perlu

Di dalam menulis watak utama atau protagonis sebuah cerita, perkara utama yang ingin Ad Samad tentukan mengenainya adalah: apakah kemahuannya dan apakah keperluannya.

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 12:06PM

Adakah pengakhiran drama itu merupakan sebuah cerita yang manis, pahit manis atau pun pahit? - Gambar hiasan dari Pexels

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aku dalam proses menulis draf kedua sebuah lakon layar atau skrip sebuah telemovie.

Di dalam menulis watak utama atau protagonis sesebuah cerita, perkara utama yang ingin aku tentukan mengenainya adalah; apakah kemahuannya dan apakah keperluannya.

Kemahuan adalah perkara jelas yang ia mahukan. Kemahuannya akan dipaparkan menerusi dialog dan perbuatan. 

Keperluan pula adalah perkara sebenar atau hakiki di sebalik kemahuannya walaupun selalunya protagonis itu sendiri (malah penonton) tidak menyedarinya di peringkat permulaan.

Hanya setelah proses transformasi, iaitu setelah protagonis melalui pelbagai cabaran dan dugaan di dalam usaha mencapai kemahuannya, barulah dia akhirnya mengetahui keperluannya yang sebenar.

Transformasi penuh tercapai di akhir cerita.

Di situlah terletaknya ‘moral of the story’ sesebuah cerita.

Sebagai contoh dan tiada kena mengena dengan sesiapa yang hidup atau mati;

“Hassan mahukan (kemahuan) tiga puluh ribu ringgit di dalam tempoh dua puluh satu hari agar dia boleh melakukan pembedahan plastik bagi merubah hidungnya yang kembang kepada hidung yang mancung. Dia mahu kelihatan tampan agar dapat memikat wanita, terutamanya Zaleha. 

Di dalam tempoh dua puluh satu hari itu, Hassan menghadapi pelbagai ujian yang menjadikan beliau seorang yang kejam dan ganas demi mencapai kemahuannya. Beliau akhirnya berjaya mendapatkan wang yang dimahukan. 

Setelah melakukan pembedahan, seperti katak yang dicium seorang puteri, Hassan menjadi seorang lelaki yang sangat tampan. Setiap wanita cair akan ketampanan Hassan.

Tetapi, Hassan telah kehilangan cinta Zaleha. Zaleha mahukan lelaki yang baik hati.

Akhirnya, Hassan menyedari bahawa keperluannya yang sebenar adalah untuk menjadi lelaki yang budiman agar dapat memiliki cinta sejati seorang wanita (Zaleha) yang paling melihat kepada pekerti mulia.”

Di peringkat-peringkat tertentu pada premis utama sinopsis di atas boleh berkemungkinan berakhir dengan beberapa senario.

Pertama, sebuah sweet-ending atau manis, di mana Hassan berjaya mendapatkan wang (dan membuat pembedahan plastik) serta akhirnya memiliki cinta Zaleha.

Kedua, sebuah semi-sweet-ending atau separa-manis, di mana Hassan kekal berhidung kembang kerana tidak cukup wang tetapi berjaya memikat hati Zaleha.

Ketiga, sebuah semi-bitter-ending atau separa-pahit, di mana Hassan berjaya mendapatkan wang dan melakukan pembedahan plastik tetapi gagal memiliki Zaleha.

Keempat, sebuah bitter-ending atau pahit, di mana Hassan kekal berhidung kembang, malah gagal juga mendapatkan Zaleha.

Moral of the story kisah di atas adalah; Budi pekerti lebih penting dari ketampanan.

Sama ada cerita-cerita rekaan atau kisah benar, cerita bukan sahaja bertujuan menghiburkan tetapi juga memberi pengajaran.

Pengembaraan Rohani Seorang Penulis

Banyak  pengajaran yang dapat kita perolehi daripada ilmu penulisan skrip atau novel dan penulisan kreatif amnya.

Menulis skrip memaksa seseorang penulis untuk mencipta (malah menemui) watak-watak dan pelbagai senario atau kejadian.

Penulis perlu menerokai pemikiran watak-watak ciptaannya. Apakah yang membuat watak-watak itu melakukan perkara yang mereka lakukan? Apakah yang akan mereka lakukan apabila tercampak ke dalam satu senario luar biasa yang menguji?

Bagaimana menilai atau menghasilkan watak-watak di dalam drama itu? Banyak perkara yang perlu diambil kira bergantung kepada senario ketika itu.
Bagaimana menilai atau menghasilkan watak-watak di dalam drama itu? Banyak perkara yang perlu diambil kira bergantung kepada senario ketika itu.

Menulis adalah satu pengembaraan rohani kerana di dalam penerokaannya mengenali watak-watak ciptaannya, penulis juga bakal mengenali diri dan lain lain sifat kemanusiaan, malah kebinatangan.

Penulis yang tawaduk (yang memiliki rendah diri) akan menyedari bahawa segala penemuannya (ilham atau idea) bukanlah berasal dari fikirannya. Sebaliknya berasal dari suatu tempat dan kuasa yang jauh lebih perkasa darinya. 

Penulis hanyalah conduit atau saluran.

Menulis Kehidupan Baru Yang Diperbaiki

Setiap kita mempunyai watak tersendiri yang kita lakonkan. Watak yang kita lakonkan di kehidupan nyata dipenuhi dengan pelbagai drama kegembiraan dan kesedihan, kejayaan dan kegagalan, cabaran dan kehambaran.

Di antara kita ada yang memainkan watak yang proaktif dan ada pula yang reactionary atau reaktif.

Watak yang proaktif amat jelas akan kemahuannya lalu bertindak untuk mendapatkannya. Dia mahu kerjaya yang hebat, kewangan, kemasyhuran, perempuan cantik, suami berada, rumah besar, kereta laju dan mengelilingi dunia, contohnya.

Watak reaktif tidak mempunyai kemahuan yang jelas. Kehidupannya mengikut untung nasib dan keadaan semasa. Ke mana angin bertiup ke situlah ia menuju. Ia sekadar bertindak balas terhadap perkara yang berlaku terhadapnya. 

Watak yang proaktif amat jelas akan kemahuannya lalu bertindak untuk mendapatkan antaranya kerjaya yang hebat, kewangan, kemasyhuran, perempuan cantik, suami berada, rumah besar, kereta laju dan mengelilingi dunia. - Gambar oleh Alif Omar
Watak yang proaktif amat jelas akan kemahuannya lalu bertindak untuk mendapatkan antaranya kerjaya yang hebat, kewangan, kemasyhuran, perempuan cantik, suami berada, rumah besar, kereta laju dan mengelilingi dunia. - Gambar oleh Alif Omar

Ramai di antara kita yang melalui kehidupan tanpa mengetahui apakah yang kita mahukan dalam hidup lalu menjadi seorang yang reaktif. Seseorang yang begitu mungkin mempunyai pekerjaan tetapi tidak mempunyai impian.

Mereka melalui kehidupan sebegitu selama bertahun tahun malah berdekad dekad tanpa hala tuju. Mungkin mereka telah terlalu selesa dengan kehidupan yang selamat dan takut pada cabaran-cabaran baru.

Bagi golongan yang ingin merubah hidupnya, mungkin boleh mengguna pakai teori penulisan skrip di atas untuk menulis semula kisah hidup yang baru dan diperbaiki.

Engkau perlu menjadi wira di dalam kisah barumu itu.  Dan wira sifatnya adalah proaktif.

Untuk itu, engkau perlu menjawab tiga soalan utama dengan penuh kejujuran.

Pertama, sebagai watak wira di dalam kisah baru hidupmu, apakah yang paling engkau mahukan?

Kedua, apakah langkah-langkah yang perlu engkau lakukan untuk mencapai kemahuan itu?

Ketiga, apakah halangan dan cabaran yang akan melanda ketika engkau cuba mencapai kemahuanmu?

Setiap wira bisa menulis semula kisah hidupnya.

Kisah Baru Hidupku

Sebagai watak utama di dalam kisah baru hidupku, berikut adalah kemahuan, perjalanan (langkah-langkah penambahbaikan) dan cabarannya.

Pertama, aku mahukan keselamatan kewangan (financial security) yang lestari (sustainable) sehingga ke akhir hayat. Kerana aku mahu dihormati dan mengekalkan maruah serta harga diri dengan tidak menyusahkan sesiapa, terutamanya ahli keluargaku di hari kelak apabila kudratku berkurangan. Aku mahu sentiasa dikenang sebagai seorang wira oleh setiap insan yang aku kasihi. Aku juga mahu dikenang sebagai insan yang berjiwa bebas (independent).

Kedua, aku perlu meningkatkan ilmu dan kemahiran di dalam bidang bidang yang aku ceburi agar menjadi lebih efisien dan bertambah nilai (value added). Aku akan memperuntukkan 25 peratus daripada setiap pendapatan yang aku perolehi ke dalam tabung simpanan dan pelaburan saham dan perniagaan yang mewujudkan aliran-aliran pendapatan pasif dan konservatif.

Ketiga, aku menduga cabaran yang mendatang adalah terlalu banyak. Di antaranya, aku akan kehilangan tumpuan kerana diganggu oleh media sosial, hiburan dan perasaan selesa. Perbelanjaan yang tidak terurus seperti pembelian impulsif dan keperluan-keperluan yang mendesak akan menghakis kewangan semasa, malah simpanan.

Dan, aku akan sentiasa bergelut dengan isu- isu kesihatan kerana faktor usia, justeru aku perlu sentiasa menjaga kesihatan yang optima.

Begitulah kerangka kisah baru hidupku. 

Di dalam kisah ini, akulah sang protagonis.

Di dalam kisah ini, aku telah jelas kemahuanku.

Mungkin di penghujung hayatku akan aku temui sebenar-benar keperluanku.

Mungkin keperluanku yang hakiki adalah untuk menikmati kasih sayang sejati.

Iaitu kasih sayang yang aku curahkan dan kasih sayang yang aku terima.

Apabila hayatku berakhir nanti, engkaulah para pembaca budiman yang akan menilai adakah pengakhiranku sebuah cerita yang manis, pahit-manis ataupun pahit. – Getaran, 26 Oktober 2022 


 

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi