web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bila Beli Pemain, Ukur Baju Di Badan Sendiri

Kolum Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2021 11:30AM

Pemain Perak FC De Palula (kiri) melepaskan rembatan ketika menentang UITM FC pada saingan Liga Super di Stadium Perak, baru-baru ini. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perbualan lebih kurang sedekad lalu masih berlegar di fikiran saya. Pada masa itu, saya dijemput oleh Astro Arena untuk program Kafe Sukan. Topik rancangan tersebut adalah bola sepak dan isu gaji pemain.

Saya masih ingat kata-kata saya ketika berada di studio di Wisma Ali Bawal, Petaling Jaya:

"Tak usah nak beli Ferrari kalau Perodua Kancil pun tak mampu."

Ramai pegawai dari pasukan dan persatuan bola sepak menghubungi saya selepas siaran tersebut. Ada yang puji, ada juga yang maki.

Tapi inilah situasi sebenar bola sepak Malaysia. Sebelum membuat sebarang tawaran, pihak persatuan mahupun pasukan sepatutnya mempunyai pelan sepanjang musim untuk memastikan mereka mampu membayar semua pemain dan pegawai sehingga tamatnya kontrak. 

Ia sama seperti membeli kereta. Kalau terpaksa mengambil pinjaman dari bank, si pembeli kenalah pastikan beliau betul-betul mempunyai dana yang mencukupi untuk membayar bayaran bulanan sepanjang tempoh pinjaman.

Perkara sebegini harus diambil kira terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Kalau tidak bayar, kereta akan ditarik pihak bank. 

Minggu lepas, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Nor berkata, penetapan gaji pemain bola sepak yang terlalu tinggi boleh membunuh industri bola sepak dalam negara.

Sanusi, yang juga Menteri Besar Kedah, dipetik dalam laporan akhbar sebagai berkata:

“Kadar gaji bergerak lebih pantas daripada kadar keupayaan dalam mencari sumbangan dan kesanggupan syarikat untuk melakukan penajaan. Penajaan dalam industri bola sepak kita belum sampai ke tahap itu, di mana gaji bergerak terlalu pantas.

“Saya tak mahu kata siapa yang tetapkan ‘benchmark’ itu tetapi ia membunuh industri bola sepak negara. Kita bukan tak mahu pemain dapat gaji bagus sebab mereka pun bukan boleh main tempoh lama, mungkin sehingga 36 tahun sebelum beralih kerjaya.

"Namun kalau di Malaysia, gaji pemain RM70,000 sebulan, ia terlalu mahal untuk ditanggung oleh persatuan sukan atau syarikat yang diswastakan oleh persatuan bola sepak negeri. Harap perkara ini jadi pengajaran kepada semua yang terbabit dalam industri ini.''

Apabila saya terbaca kata-kata Sanusi, saya terus memuat naik laporan tersebut di Twitter saya.

Pelbagai reaksi menjelma, ada yang terkejut dengan komen Sanusi. Mereka merasakan kata-katanya kali ini masuk akal, tidak seperti komen-komen terdahulu.

Namun ada yang menyuarakan pendapat bahawa persatuan sukan harus sedar akan keupayaan sebenar mereka dan tidak membeli pemain dengan sewenang-wenangnya.

Saya berbalik kepada apa yang saya katakan lebih kurang sedekad lalu. Kalau hanya mampu beli Kancil, tok sah dok berangan nak beli Ferrari la woi! 

Perit untuk mendengar tetapi perkata ini perlu diutarakan untuk memastikan kesinambungan dan persatuan sukan terus mampan.

Strategi atau pelan untuk sesebuah persatuan seharusnya berterusan dan bukan untuk semusim atau hanya ketika presiden persatuan dan ahli exconya berkhidmat.

Dan kalau persatuan sukan mempunyai pelan yang kukuh dan mampu meletakkan harga yang "terlalu mahal" untuk pemainnya, ini mungkin kerana mereka telah mengambil kira aspek "return of investment" apabila membeli atlet tersebut.

Pemain merupakan aset yang bukan hanya berharga di atas padang tetapi mampu memainkan peranan yang sama penting di luar padang dalam mengumpan penaja.

Patutkah pasukan yang bekerja keras untuk menaik taraf entiti sendiri mengikat tangan mereka kerana kedaifan pasukan yang lemah dalam pengurusan?

Jalan penyelesaiannya mudah, bila beli pemain, ukur baju di badan sendiri.

Izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Vaisakhi, Selamat Hari Vishu, Pothandu Vazthukal serta selamat berpuasa kepada pembaca Getaran. - Getaran, 15 April 2021.

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman 20 tahun dalam media. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin