web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ada Sesuatu Yang 'Busuk' Di Putrajaya?

Bantahan terbuka menteri PN menggugat pimpinan Perdana Menteri UMNO. 

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 1:49PM

Penulis mengulas mengenai tindakan 12 menteri daripada PN yang menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyerahkan surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah pembubaran Parlimen pada tahun ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam karya terkenal William Shakespeare Hamlet, ada satu dialog yang masyhur yang diungkapkan oleh Marcellus kepada temannya, Horatio, yang berbunyi "something is rotten in the state of Denmark".

Adakah keadaan yang sama juga sedang berlaku di Putrajaya iaitu secara spesifiknya dalam Kabinet Kerajaan Tebuk Atap yang diterajui oleh Perdana Menteri UMNO?

Semua mungkin sudah tahu 12 orang menteri daripada Perikatan Nasional ( PN ) iaitu dari Parti BERSATU dan PAS telah menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah hasrat Perdana Menteri membubarkan Parlimen sekali gus mengadakan pilihan raya di musim banjir.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengkritik tindakan 12 menteri PN itu atas alasan tindakan depa (mereka) dianggap tidak wajar.

Beberapa menteri PN membela tindakan itu dan ada yang habaq (beritahu) ia termasuk kebebasan bersuara depa untuk memberikan pandangan.

Idea untuk bubarkan Parlimen dan untuk adakan pilihan raya umum pada musim banjir boleh diangggap mengarut dan tidak masuk akal, malangnya idea menteri PN dalam Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memilih untuk menyatakan bantahan di luar bilik mesyuarat Kabinet juga boleh dianggap mengarut dan tidak masuk akal juga.

Mengapa? Kerana menjadi satu amalan Perlembagaan ( constitutional convention ) anggota Kabinet dalam sesebuah Kerajaan wajib bersuara dalam satu nada suara. 

Amalan Perlembagaan sebegitu dinamakan prinsip "tanggungjawab bersama" atau "collective responsibility ".

Mengikut prinsip ini semua anggota Kabinet dalam sebuah Kerajaan wajib bersuara dalam satu nada suara. 

Depa tak boleh berbeza pendapat di luar bilik mesyuarat Kabinet semasa sesuatu isu sedang dibincangkan apa lagi jika keputusan telah dicapai.

Ya, depa boleh berbeza pendapat dalam bilik mesyuarat Kabinet selagi mana keputusan belum dicapai. 

Ini hakikatnya suatu yang begitu asas seasas anda belajar ABC atau alif ba ta. Amat malang jika menteri tidak faham perkara asas tersebut.

Tidak timbul sebenarnya isu kononnya anda mempertahankan hak kebebasan bersuara. 

Apabila anda telah dilantik sebagai menteri, anda mungkin tidak sedar anda telah "surrender" hak dan kebebasan untuk tidak bersetuju dengan rakan anda di dalam Kabinet. 

Itulah esensi prinsip asas tanggungjawab bersama.

Anda boleh tidak bersetuju di luar Kabinet tapi anda kena letak jawatan terlebih dahulu dan selepas itu teriaklah sekuat mana pun yang anda suka. 

Jika anda ditangkap pun masa itu sebab pihak berkuasa mungkin ingat anda sudah tidak siuman lagi sebab menjerit sakan tak tentu hala. - Getaran, 9 Oktober 2022

Penulis ialah Wakil Rakyat Sepang dari Parti Amanah. Beliau juga merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang Undang)

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga