web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘No DAP’, ‘No Anwar’, ‘No BERSATU’ Mahupun ‘No UMNO’, Sukan Tetap Milik Semua

Kolum Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2021 10:00AM

Reezal Merican adalah antara pemimpin UMNO yang mempunyai jawatan dalam Kabinet sebagai Menteri Belia dan Sukan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah melaungkan “No DAP, No Anwar, No BERSATU” di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang berakhir Ahad lalu.

Di persidangan yang sama, ada cadangan agar pemimpin-pemimpin UMNO yang memegang jawatan di dalam Kabinet dan syarikat milik kerajaan (GLC) letak jawatan.

Sehari selepas berakhirnya PAU, beberapa pemimpin UMNO mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bangunan Perdana Putra.

Ekoran pertemuan tersebut, Muhyiddin semalam membuat kenyataan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO akan kekal di dalam Kabinet.

Maka adakah laungan ketika PAU hanya wayang semata-mata?

Dan jika betul ‘No UMNO’ di dalam kerajaan hari ini atau selepas pilihan raya umum, apa akan terjadi kepada Visi Sukan Negara?

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican adalah antara pemimpin UMNO yang mempunyai jawatan di Kabinet sebagai Menteri Belia dan Sukan. Reezal juga merupakan ahli majlis tertinggi UMNO.

Pandemik COVID-19 telah menguji Reezal dengan cabaran-cabaran baharu dan beliau telah berkerja keras untuk memastikan belia dan penggiat sukan tidak ketinggalan dalam usaha untuk merancakkan ekonomi negara.

Reezal juga mempunyai cabaran yang lain, pergolakan politik di Malaysia sejak Februari tahun lalu.

Kita ambil Visi Sukan Negara (VSN) sebagai contoh.

Visi tersebut sepatutnya dilancarkan bulan ini namun pelbagai persoalan timbul. Antaranya ialah adakah visi ini akan berterusan jika pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat atau berlakunya rombakan Kabinet?

Kini terdapat pula desas-desus yang mengatakan VSN tidak akan dilancarkan bulan ini kerana kementerian ingin berjumpa dengan lebih ramai lagi pemegang taruh untuk memantapkan lagi visi tersebut dan memastikan tiada golongan tercicir.

Jika majlis pelancaran visi tersebut ditangguhkan dan pergolakan politik masih berterusan, ada kemungkinan besar visi ini akan dilupai.

Dalam segala perbualan mengenai VSN, satu perkataan kerap kali bangkit - kesinambungan.

Tiada siapa yang boleh memberi jaminan bahawa konsep serta semangat visi ini akan berterusan sehingga 2030.

Ada juga yang sangsi dengan cadangan VSN yang diterajui oleh pegawai kerajaan.

Kalau menteri baharu tidak setuju dengan intipati VSN, sudah pasti pegawai-pegawai kerajaan tidak berpeluang untuk meneruskan visi tersebut.

Lihat apa terjadi pada Wawasan 2020 dan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Mungkin jalan penyelesaiannya adalah untuk VSN didokong oleh pihak swasta dan komuniti kerana mereka tidak terikat kepada mana-mana menteri atau ahli politik.

Mereka bebas untuk mendokong matlamat sukan negara dan jika terdapat menteri baharu pun, mereka tetap akan meneruskan matlamat tersebut untuk merancakkan sukan Malaysia dengan cara tersendiri.

Konsepnya sama seperti langkah pemerkasaan komuniti dalam menghadapi ancaman penularan COVID-19.

Melalui pendekatan ‘whole of society’ (seluruh masyarakat) yang digerakkan oleh agensi-agensi kerajaan, kepemimpinan komuniti dan sukarelawan di seluruh negara, VSN atau sebarang inisiatif sukan baharu akan dapat dihargai oleh semua lapisan masyarakat.

Ini sudah tentu memerlukan perbincangan yang lebih mendalam melibatkan semua penggiat di semua negeri, kawasan, daerah dan komuniti serta memakan masa.

Tapi kalau nak buat sesuatu, biarlah buat dengan betul dan secara menyeluruh. 

Tidak kiralah “No DAP”, “No Anwar”, “No BERSATU” mahupun “No UMNO”, sukan tetap milik semua. - Getaran, 1 April 2021

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman 20 tahun dalam media. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Berita Berkaitan

1

Politik 16 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Politik 17 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

3

Politik 22 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional