web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengeluaran Khas RM10,000 KWSP, Mengapa Kerajaan Memilih Jalan Ini?

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 3:19PM

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

"Bukan tadah tangan mintak wang simpati dari kerajaan, ambil wang sendiri buat belanja, sebab dah terdesak. Salah ke?"

Demikian kata-kata beberapa kenalan berkenaan keputusan kerajaan untuk membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mulai 1 April ini.

Ini kali kedua, kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP setelah membuat keputusan yang sama dua tahun lalu melalui skim i-Lestari, i-Sinar and i-Citra.

Namun keputusan kerajaan itu seolah-olah satu pusingan U.

Akhir Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, meskipun ramai mangsa terjejas dengan banjir, kerajaan tidak akan membenarkan pengeluaran wang KWSP kerana rakyat berisiko menjadi miskin tegar ketika bersara nanti.

Pada Januari tahun ini, Menteri Kewangan,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengatakan beliau sanggup letak jawatan daripada berkompromi dengan sebarang keputusan melibatkan kementeriannya yang difikirkan silap, termasuk pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000.

Malah, awal Mac, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata KWSP tidak bercadang untuk membenarkan lagi pengeluaran oleh ahlinya.

Selasa lalu, Tengku Zafrul sekali lagi menegaskan di Dewan Rakyat walaupun inisiatif tersebut boleh meringankan beban ahli yang memerlukannya, pengeluaran khas terdahulu telah mengakibatkan pengurangan simpanan persaraan yang ketara.

Menurut beliau susulan pengeluaran RM101 bilion, seramai 6.1 juta ahli atau 48 peratus di bawah 55 tahun hanya mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000.

Ramai yang tertanya-tanya apa yang mengakibatkan Ismail Sabri tiba-tiba membuat pengumuman khas pengeluaran wang ini?

Walaupun ada golongan yang terdesak, tapi adakah keputusan ini merupakan keputusan yang benar-benar tepat? Adakah ianya betul-betul demi 'Keluarga Malaysia'?

Atau, adakah ia disebabkan kerajaan sendiri benar-benar buntu sampai tiada lagi peruntukan untuk memberikan bantuan bersasar kepada mereka yang memerlukan?

Bagi ahli ekonomi veteran, Tan Sri Ramon Navaratnam, tindakan untuk membenarkan pengeluaran khas RM10,000 ini merupakan tindakan yang akan menjejaskan ekonomi dan masa depan negara.

Berbicara dengan penulis, Ramon mengatakan bahawa walaupun terdesak, kerajaan tidak harus membuat keputusan yang hanya akan mendatangkan keuntungan jangka masa pendek tetapi mendatangkan kerugian untuk jangka masa panjang.

"Kita tidak boleh teruskan cara ini, kerana ini akan membuatkan kita meminjam lebih, ekonomi kita mungkin tidak dapat menampung lagi," kata beliau.

Beliau turut mempersoalkan perbelanjaan kerajaan akhir-akhir ini juga telah mengundang persoalan tentang perbelanjaan berhemah.

Harus ingat, RM100 juta dibelanjakan baru-baru ini untuk Pilihan Raya Negeri Johor, dana sebanyak RM10 juta disuntik kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan sebanyak RM13.97 juta pula di gunakan untuk program Aspirasi Keluarga Malaysia, Disember lalu.

Simpanan orang ramai di KWSP sendiri tidak dapat menampung kos kehidupan mereka apabila mereka bersara. Apa akan terjadi pula dengan indeks kemiskinan di negara kita untuk tahun-tahun yang akan datang?

KWSP sendiri pernah menyatakan bahawa dianggarkan ahli perlu bekerja antara empat hingga enam tahun tambahan untuk membina semula simpanan yang telah dikeluarkan semasa pandemik.

Ternyata sekali jalan penyelesaian yang mudah tidak selalunya jalan penyelesaian yang terbaik.

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13. Hubungi beliau melalui Twitter @pearllee22 atau emel [email protected]


 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Kolum 21 jam yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

oleh Datuk Dr Xavier Jayakumar Arulanandam