Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sijil Vaksin Haram: Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 11:19AM

Sindiket penjualan sijil vaksin palsu terbongkar susulan tangkapan yang dijalankan di beberapa negeri, baru-baru ini. - Gambar hiasan

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Statistik Kementerian Kesihatan baru-baru ini menyatakan setakat ini 97.9 peratus dewasa di negara ini telah lengkap dua dos vaksin.

Namun, sudah pasti jumlah ini tidak boleh diterima pakai sebulat-bulatnya tatkala terbongkarnya isu sijil vaksin palsu di Malaysia.

Dari penglibatan klinik swasta dan penjualan sijil di Terengganu, Kelantan, Selangor, Johor, Kedah dan Sabah, isu pemalsuan sijil vaksin palsu ternyata bukan kes terpencil.

Mungkin orang ramai masih boleh menerima jika dalang di sebalik perkara ini merupakan orang awam yang cuba memanipulasikan sistem untuk meraih untung.

Namun, suspek yang terlibat termasuk doktor dan ini amatlah mendukacitakan.  

Integriti dan kepercayaan kepada pengamal perubatan swasta kini tercalar.  

Memang memualkan apabila mereka yang diberi kepercayaan dan mandat untuk memerangi COVID-19, iaitu anggota barisan hadapan sendiri memilih untuk membelakangkan tanggungjawab yang diamanatkan kepada mereka.

Sebuah klinik di Selangor sebagai contoh, dikatakan menawarkan sijil vaksinasi dengan bayaran RM500. Mereka juga cukup berani kerana dikatakan menghantar mesej melalui WhatsApp secara rawak untuk menawarkan perkhidmatan kepada ribuan orang.  

Jika bersalah, pengamal-pengamal perubatan yang terlibat bukan sahaja terlibat dengan jenayah dan melanggar etika perubatan, tetapi umpama pengkianat sewaktu negara dan satu dunia sedang memerangi wabak.  

Bukan sahaja melanggar sumpah pengamal perubatan atau Sumpah Hippokrates, mereka ini telah membahayakan nyawa jutaan penduduk di Malaysia dan mungkin juga di luar negara.

Yang pasti, dengan terbongkarnya sindiket jualan sijil vaksin haram, orang ramai akan mula berasa tidak selamat berada di tempat awam.

Pokoknya kini, walaupun memegang sijil vaksin lengkap, manakan boleh kita betul-betul percaya bahawa mereka di sekeliling kita benar-benar telah divaksin.

Implikasi sijil vaksin haram ini amat besar sekali.

Selain keselamatan, akan menjadi tanda tanya juga jika klinik swasta akan terus terlibat dalam program vaksinasi kebangsaan.

Akan terbantutkah program vaksinasi kebangsaan jika klinik swasta tidak lagi dapat terlibat?

Dahlah mata pencarian klinik-klinik swasta tergugat akibat pandemik menyebabkan sebahagian terpaksa menutup kedai.  

Harus ingat bahawa isu memanipulasi sijil vaksin bukan hanya terjadi di Malaysia sebaliknya trend sama juga telah dan sedang berlaku di seluruh dunia termasuk United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (US), India dan Switzerland. Ini termasuk iklan penjualan sijil di jaringan gelap (darkweb).  

Ternyata sistem yang sedia ada mempunyai kelemahan yang boleh dimanipulasi. Di mana ada permintaan, disitulah akan ada penawaran.

Sama ada ia dapat dibaiki akan terus menjadi tanda tanya. - Getaran, 21 Januari 2022

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13. Hubungi beliau melalui Twitter @pearllee22 atau emel [email protected] 

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan