Berita Terkini

8 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Adakah Sekolah Kebangsaan Semakin Tidak Relevan?

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2021 10:41AM

Baru-baru ini, Bung Moktar mencadangkan sekolah perpaduan pelbagai aliran diwujudkan bagi memantapkan hubungan dalam kalangan pelajar berbilang kaum dan agama. - Gambar hiasan

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin mencadangkan agar sekolah perpaduan yang mempunyai pelbagai aliran diwujudkan.

Beliau berkata tidak salah ada kelas berlainan aliran, selain sekolah kebangsaan.

Namun yang penting ialah mewujudkan sekolah di mana pelajar duduk di bawah satu bumbung, berkongsi dewan, kantin dan juga padang untuk mencetuskan perpaduan.

Idea Bung ini, sebenarnya bukannya baharu.

Konsep sekolah wawasan yang berasaskan idea yang sama telah diluluskan Kabinet pada 1997 namun apabila ditanya di Dewan Rakyat tentang peranan yang dimainkan oleh sekolah wawasan, Bung berkata pelaksanaan sekolah itu tidak dijalankan dengan sebaik mungkin.

Walaupun berkongsi fasiliti yang sama, waktu rehat dan juga waktu menggunakan padang pelajar di sekolah-sekolah wawasan adalah berbeza.

Seorang sahabat yang anaknya belajar di sebuah sekolah wawasan di Subang Jaya berkata:

''Macam mana nak rehat dan makan sama-sama, mana boleh muat semua pelajar dalam kantin kecil."

Mungkin Bung tidak diberi taklimat mengenai kewujudan sekolah wawasan oleh pegawainya. Atau mungkin juga beliau merasakan perlu adanya sekolah konsep baharu untuk memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia.  

Hakikatnya kemasukan pelajar bukan Melayu di sekolah kebangsaan semakin berkurangan.

Semenjak sedekad yang lalu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina semakin popular dalam kalangan pelajar Melayu dan India.

Ada yang berkata sekolah aliran ini bakal menjadi sekolah kebangsaan di negara ini tidak lama lagi. Selain itu, semakin ramai pelajar Cina juga kini belajar di sekolah swasta.

Kerana inginkan anak belajar bahasa yang baharu, ibu bapa bukan Cina menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, walaupun terpaksa mengeluarkan duit yang lebih untuk perbelanjaan, termasuk duit tuisyen dan 'derma'.

Risau akan kualiti pembelajaran, fasiliti sekolah yang usang dan terlalu memberi penekanan kepada ajaran agama Islam pula merupakan alasan yang diberi ibu bapa bukan Melayu untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan.

Bukan bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak, tetapi ini merupakan realiti kemasukan pelajar terutama di sekolah rendah di negara ini.

Pokoknya, tak usahlah meletak anak-anak dari sekolah aliran yang berbeza di bawah bumbung yang sama jika ia tidak boleh mencapai objektif yang diinginkan.

Pada penulis, jika pihak pengubal dasar betul-betul mahu memupuk perpaduan di sekolah, yang paling penting ialah agar nisbah pelajar di sesuatu sekolah haruslah seimbang.

Daripada memperkenalkan konsep sekolah perpaduan yang baru, lebih baik pemegang taruh dalam sektor pendidikan di negara ini mengkaji semula sistem pendidikan negara yang sedia ada dan membuat penambahbaikan yang sewajarnya.

Yang paling penting sekali, mereka harus bertanya sama ada sistem yang diguna pakai di sekolah kebangsaan di negara ini masih selari dengan dasar pendidikan kebangsaan.

Adakah ianya memenuhi keperluan negara, menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan ekonomi negara ini?

Masa semakin suntuk. - Getaran, 26 November 2021

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13. Hubungi beliau melalui Twitter @pearllee22.

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok