web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kisah Timah Dan Tristram Speedy

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 5:05PM

Kapten Tristram Speedy

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saya sebenarnya takut melihat kesunggguhan yang digambarkan melalui mimik wajah bengis marah dan suara keras untuk menentang kewujudan wiski berjenama Timah yang menggunakan gambar lelaki berjanggut dan berkopiah, kononnya untuk mengelirukan orang Melayu.

Mungkin ada Melayu yang keliru. Tapi bukan pembeli wiski.

Aneh bila imej lelaki yang menutup kepala dan berjambang langsung terus dikaitkan dengan simbol Islam. Mudah sungguh. Ini mengimbau polemik kalimah Allah dan beberapa perkataan Arab yang tidak dibenarkan untuk digunakan oleh penganut agama lain.

Saya khuatir nanti orang bukan Islam tidak dibenarkan menyimpan janggut untuk mengelak umat Islam terkeliru. Habis nanti Santa Claus berdagu licin. Hanya di Malaysia.

Kebergantungan kita dengan simbol, paras rupa, sepertinya telah memperlekehkan orang kita untuk memberi maknanya sendiri. Yang berkubah tak semestinya masjid, yang pandai membaca doa di kaca TV tidak semestinya tidak salah guna kuasa. Misalan ini di negara Rusia, tiada kena mengena dengan Malaysia.

Paling penting, kebenaran dan pandangan umat Islam di Malaysia jika terus tertutup dengan menghubungkait simplistik seperti ini, kita akan ada masalah besar untuk bercakap di medan antarabangsa. Simbol yang kita faham dalam konteks tempatan jauh berbeza dengan simbol yang dunia luar fahami.

Kemampuan umat Islam untuk bercakap dengan bahasa yang sama di pentas masyarakat antarabangsa sangat penting untuk kita menjadi sebahagian dari rakyat dunia. Khuatir kita akan hidup dalam gelembung sendiri, yang kita boleh bayangkan sebagai tempurung.

Malang sekali jika sains telah terangkan pelangi terjadi dari pembiasan cahaya tapi kita masih mahu percaya ianya ular cintamani turun ke bumi. Perumpamaan ini mungkin nampak tahyul, tapi apa bezanya dengan menganggap gambar Kapten Speedy dan percaya dia seorang muslim?

Perlawanan umat Melayu Islam untuk menggunakan akal yang diberikan Tuhan kini sudah mencapai tahap jenaka yang tidak kelakar.

Tapi jika rakyat sudah pandai berfikir, siapa pula yang mahu undi pemimpin bodoh nanti? - Getaran, 22 Oktober 2021

Zulfadzli Halim ialah seorang bekas jurutera sebelum COVID. Kini berkicau di Twitter menggunakan nama @bumilangit kerana tak cukup kacak untuk TikTok

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga