Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dua Kali Pinangan Ditolak. Apa Terjadi Selepas itu? (Bhg. 2)

Dalam tulisan dua bahagian ini, kolumnis kami, Wirda Adnan, bercerita tentang Eddy dan kisah hidupnya yang berusaha untuk tidak kalah dengan stereotaip umum dan kekecewaan. Ini bahagian kedua.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 4:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baca bahagian pertama di sini.

Sambungan…

Saya mengenali Eddy dalam pesawat. Dia di sebelah saya dalam penerbangan ke Sydney, Australia. 

Nak dijadikan cerita, kebetulan kami tinggal di hotel sama. Sebelah malam, selepas saya dengan beberapa teman habis makan, ternampak dia sendirian di meja makan. 

“Hah bertemu lagi kita, lusa saya ke Melbourne memenuhi jemputan daripada pelajar Melayu di Universiti Monash.”  

“Saya juga ke Melbourne.” 

“MasyaAllah macam ‘jodoh’ kita untuk bersembang ya.”

Dan, selepas masing-masing siap dengan tugasan, kami minum petang di lereng kedai. Musim panas, jam 10 malam masih terang-benderang. 

I love Melbourne. Ingat dulu hendak berbulan madu di sini sebab saya suka lifestyle di sini berbanding Sydney yang sibuk,” katanya.  

Di sinilah dia bercerita mengenai kekasihnya Diana dan kepiluan hati tidak dapat membawa cintanya bersama ke akhir hayat.

“Saya ini susah hendak berkawan dengan perempuan. Selepas pidato hari itu saya beranikan diri, seronok berbual dengan dia yang matang. 

“Satu lagi sebab mamanya menolak saya, masa itu cakap orang putih tak lancar. Yalah, budak kampung, berbeza dia orang bandar. 

“Apa yang saya belajar daripada sebuah kehidupan ialah jangan sesekali menyalahkan orang lain dalam kehidupanmu.

People either make you happy or make you a bad person. Orang baik membuat kita bahagia, yang jahat mungkin kita belajar bagaimana tidak menjadi jahat sepertinya, malah belajar menangani masalahnya dan membantu. 

“Apa yang terjadi kepada saya buat saya belajar menjadi lebih dewasa. Only I can change my life. Tiada orang yang boleh menolong atau melakukan untuk saya. Saya lalui kekecewaan yang amat perit. 

“Percaya atau tidak, saya keluar rumah membawa diri kerana marah dan malu. Ya, marah kepada ahli keluarga yang menganggap saya bodoh, lebih-lebih apabila saya berhenti kerja. 

“Mereka ingat saya bukan sahaja bodoh tetapi gila. Malu, kerana sebagai lelaki ego saya memang tahap menyala-nyala, tetapi mereka (keluarga Diana) bakar hangus. Saya dihukum.”

“Selama enam bulan saya buang masa tidak bekerja, kehabisan wang dan akhirnya menjadi gelandangan. Tunggu orang kasi makan, tunggu kedai tutup supaya saya boleh bentang tikar dan tidur.

“Pergi ke masjid bukan untuk solat tapi curi-curi mandi. Ya, waktu itu Tuhan pun saya lupa. Saya marah kepada kehidupan. 

“Satu pagi ketika bangun tidur saya perasan seorang lelaki di sebelah, sudah tidak bernyawa.  Bila dia meninggal dunia saya pun tidak sedar dan menunggu polis dan ambulan datang mengambil mayat, saya terfikir, apakah aku akan jadi seperti dia? Mati sebagai gelandangan? 

“Kemudian saya teringat mak dan ayah yang saya tinggalkan begitu sahaja. Apakah saya mahu pulang dengan baju koyak rabak, tidak berduit?

“Oh tidak... tidak akan aku jejak kaki kalau aku seperti ini. Aku bodoh, kerana seorang perempuan aku merempat begini. Saya bangun daripada mimpi buruk.”

“Eddy, lakukan sesuatu hari ini yang mana kamu akan berterima kasih padanya di masa depan nanti.

“Eddy, you should not give up and you should not allow problems to defeat you. Eddy, kalau kamu tidak mencuba kamu tidak tahu,” suara halus memekik dari dalam dirinya.

Eddy bersiap, mengambil satu-satunya pakaian bersih dalam bagnya yang tidak pernah digunakan sepanjang bergelandangan.

Baju dan celana itu sebenarnya dibeli oleh Diana sempena hari jadinya dan entah mengapa, dia sanggup menyarungkan baju dan seluar basah daripada memakai pakaian itu. 

Tidak mahu membuang masa lagi, dia menaiki bas menuju ke UiTM untuk mendapatkan lebih maklumat, mendaftar sebagai pelajar semula. Nasib baik sijil-sijil dibawa bersama ketika dia keluar rumah. 

Nasibnya memang baik. Dia diterima untuk menyambung pengajian. Sepanjang bergelar pelajar memang banyak dugaan; belajar, bekerja sambilan untuk yuran dan kelangsungan hidup, waktu sama mencari duit untuk dihantar ke kampung. 

Biar ibu ayah tahu dia bukan gila, bodoh dan tahu membalas jasa orang tua. Akhirnya, dia dapat menghadiahkan sebuah banglo dan kereta kepada ibu ayahnya siap dengan pemandu juga pembantu rumah.

Seperti janjinya kepada kedua orang tuanya sewaktu dia kecil lagi, dia mahu membahagiakan mereka. Cinta kepada ibu bapa itulah yang akan membawa ke syurga.

Di ketika dia berceramah di Universiti Monash, ramai pelajar bertanya bagaimana hidup sebagai gelandangan? “Cukup hina sebenarnya,” jawabnya. 

“Kami ini jijik di mata orang yang lalu lalang. Ada yang mencampak duit seringgit dua dengan air muka yang geli geleman. Ada yang menyumpah - ‘Ni mesti ketagih dadah, cakap mak ayah tak nak dengar, rasakan lah hidup merempat.’ 

“Dan, semua ingat gelandangan orang yang tidak berpelajaran. Mereka keji depan muka kita, yang Melayu cakap orang putih, ingat kita tidak faham. 

“Sepanjang enam bulan menjadi gelandangan, saya belajar mengenai manusia. Orang sombong memang ramai dilahirkan di dunia ini. Mereka sombong sebab mereka lupa kesenangan dan kepandaian yang diperolehi datangnya daripada Allah.

“Saya insaf, rupa-rupanya saya lama tidak solat. Mengapa? Saya berkawan dengan syaitan lalu membenci Allah. 

“Kematian orang di sebelah saya menyedarkan saya tentang hakikat sesiapa yang tidak punya apa-apa tetap memiliki Allah, sesiapa yang memiliki Allah maka punya segala-galanya. Allah selalu dekat. Kita saja yang seringkali menjauh.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran. (Al Baqarah 186).

Liku- Liku Perjalanan

Akhirnya aku mengerti

Setiap perjalanan pasti ada ujian dan cabaran

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan

Akan aku tempuhi hidup ini demi pengalaman

Akan ku semat iman demiMu Tuhan

Agar aku menjadi sebaik insan - A. Samad Said

Mungkin ada yang hendak tahu sama ada Eddy sudah berkahwin atau masih bujang? Sambil berlawak kata Eddy, “Takkan hendak membujang sampai ke tua, dah dua anak,” jawabnya sambil menunjukkan gambar. 

“Oh cantik. Anak you? Rambut perang.”

Australian. Bukan tak mahu kahwin Melayu tetapi seriklah,” dia bergurau.

Kepada ibu-ibu di luar sana, ingin saya (penulis) menitipkan pesan ini, “Jangan kerana kita yang melahirkan mereka, kita rasa kita berhak atas segala-galanya waima menentukan siapa pasangan hidupnya. Tidak!

Anak kurniaan Allah, yang demikian wajib kita memberikan yang terbaik kepadanya, namun dia berhak memilih jalannya sendiri.

“Wahai ibu dan bapa, sentiasalah mendoakan yang terbaik sahaja untuk anak-anak kita. Jangan sesekali mengeluarkan kata kesat, atau menyumpah. Tolong ibu, jangan kerana mulut kita yang berbisa itu, keturunan kita merempat.” 

Sempat berbisik, apa cerita kekasih lama? 

“Dia jadi mangsa emaknya yang sanggup anak jadi anak dara tua daripada berkahwin bukan sekufu (konon). Cerita itu yang saya dengar daripada kawan-kawan. Kerana tidak mahu terluka hati, saya tidak mencarinya selepas peristiwa itu. 

“Kerana saya percaya akan kata nasihat ini; ‘Ketika ada sesuatu yang hilang dalam diri kita, bersabarlah. Jika itu memang milik kita, Insya-Allah akan kembali. Jika tidak, akan Allah gantikan dengan yang lebih baik lagi.’

“Dan saya ingat ayat ini yang ditulis oleh Diana pada kad hari jadi terakhir saya bersamanya; ‘Sayang, jika sudah waktunya, hujan akan turun, jika sudah masanya, bunga akan mekar, dan jika sudah waktunya, doa-doakan pasti akan dikabulkan.’

“Walau tidak bersamanya saya tidak lupa berdoa Diana di dalam lindungan-Nya selalu. Berdoa dia bertemu jodoh dengan lelaki yang menyayanginya.” - Getaran, 9 Oktober 2021

Semua gambar hiasan: Gambar Fail

Isu Pada

Ummi Nazeera: Tak Pernah Berhenti

09 Oct 2021

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi