Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Penubuhan Perbadanan Industri Muzik Malaysia (Bahagian IV)

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 12:39PM

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'In the kingdom of the blind, the one eyed-man is king'.

~ Desiderius Erasmus

Ketika rencana ini ditulis, kita telah mendapat seorang Menteri Komunikasi Dan Multimedia baharu iaitu Tan Sri Annuar Musa yang menggantikan Dato Seri Saifuddin Abdullah. 

Bak kata pepatah; sekali air bah, sekali pantai berubah. Justeru, belum dapat diduga apakah hala tuju Menteri baru itu terhadap penubuhan sebuah perbadanan untuk industri muzik.

Terdahulu di dalam ruangan ini aku telah menyatakan kegusaran terhadap penubuhan perbadanan muzik serta memberi beberapa maklumat mengenai bentuk bentuk organisasi yang wujud di dalam ekosistem industri muzik Malaysia.

Badan Badan Perlesenan 

Berikut adalah definisi tugas dan kewajiban badan pelesenan seperti yang tertera di laman sesawang Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Badan Pelesenan atau badan kutipan royalti merupakan satu organisasi yang diberi mandat oleh pemunya hak cipta untuk menguruskan hak mereka melalui penggunaan karya-karya hak cipta oleh pengguna.

Badan pelesenan akan menguruskan urusan-urusan berikut:-

  • Pelesenan hak cipta;
  • Membuat kutipan royalti ke atas pelesenan yang diberi;
  • Membuat agihan royalti kepada pemunya hak cipta
  • Mengambil tindakan penguatkuasaan bagi pihak pemunya hak cipta berdasarkan hak yang diberi

Badan badan pelesenan untuk muzik dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

  • Pencipta (Pencipta melodi dan penulis lirik)
  • Pelaku (penyanyi dan pemuzik)
  • Pemilik syarikat (syarikat rakaman)

Sangat mustahak untuk menyedari bahawa badan pelesenan adalah mewakili kategori kerana undang-undang membenarkan penubuhan lebih daripada satu organisasi untuk mewakili sesuatu kategori, seandainya pemohon mempunyai hak di bawah undang-undang.

Sekali lagi saya merujuk kepada laman sesawang MyIPO:

Mana-mana organisasi yang berhasrat untuk beroperasi sebagai suatu Badan Pelesenan, hendaklah mengemukakan permohonan kepada Pengawal Hak Cipta di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Pengawal Hak Cipta mempunyai kuasa untuk memberi perisytiharan kepada organisasi yang membuat permohonan sekiranya berpuas hati dengan segala dokumentasi yang diberi.

Pengawal Hak Cipta juga mempunyai kuasa untuk menolak permohonan mana-mana organisasi yang tidak mengemukakan permohonan dengan lengkap.

Sebagai contoh, pernah ada dua badan yang mewakili para pelaku iaitu Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) dan Performers & Artistes Rights Malaysia Berhad (PRISM).

Kewujudan dua badan pelesenan bagi satu kategori yang sama adalah pertindihan yang menimbulkan kekeliruan dan permasalahan besar terhadap pemunya hak cipta (para pelaku) dan para pengguna muzik. 

Namun, ia adalah hak Pelaku untuk mewujudkan badan pelesenan untuk mewakili mereka. Para Pelaku telah melaksanakan hak mereka untuk menubuhkan syarikat alternatif, dan Pengawal Hak Cipta pula telah berpuas hati dengan segala dokumentasi yang telah dibekalkan ketika itu.

Begitu juga bagi pemilik syarikat rakaman. Setelah bertahun-tahun kelihatannya terdapat dua badan yang mewakili mereka iaitu Public Performance Malaysia Sdn Bhd (PPM) dan Public Performance Malaysia Berhad juga berakronim (PPM)]. 

Satu merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang dimiliki oleh para individu pemegang saham. Manakala satu lagi adalah syarikat Berhad yang bukan berasaskan saham, sebaliknya berasaskan keahlian; iaitu para pemunya hak cipta (syarikat rakaman pemilik bunyi) yang memberi mandat kepada PPM Berhad untuk menjalankan tanggungjawab sebagai badan pelesenan.

Keadaan lebih mengelirukan apabila kerja-kerja pengagihan royalti pula dijalankan oleh Recording Industry of Malaysia atau dikenali sebagai RIM, yang merupakan satu persatuan mewakili syarikat rakaman. 

Persatuan dan badan pelesenan mempunyai fungsi yang berlainan dan tertakluk kepada akta berbeza.

Selama bertahun-tahun, MyIpo sebagai Pengawal Hak Cipta telah memberi 'pengisytiharan' kepada PPM Sendirian Berhad (syarikat pemilikan persendirian) sebagai badan pelesenan.

Namun, MyIPo telah membuat rektifikasi melalui Surat Pengisytiharan yang bertarikh 1 Mei 2020, dengan mengistiharkan PPM Berhad pula sebagai badan pelesenan yang sah.

Pengisytiharan tersebut adalah tepat dan memberi hak selayaknya kepada para pemunya Hak Cipta iaitu para pemilik rakaman (syarikat rakaman) untuk memainkan peranan lebih aktif di dalam memastikan ketelusan (transparency), accountability, dan pengurusan baik (good governance) sesebuah badan pelesenan.

Diharap PPM Berhad dapat mengagihkan imbuhan royalti terus kepada ahlinya tanpa melalui persatuan seperti RIM, Karyawan, Papita, Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Hidupan Liar atau sebagainya.

Sebagai penulis lirik, aku adalah ahli kepada Music Authors' Copyright Protection Berhad atau MACP.

Terdapat banyak permasalahan pokok mengenai MACP. Reformasi dan penambahbaikan mestilah dilakukan terhadap badan itu demi menjaga kepentingan dan kemakmuran para penggiat muzik akan lebih terjamin di masa akan datang.

Bersambung. - Getaran, 29 September 2021

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok