Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kisah Bagaimana Seorang Profesor Universiti Menjadi Anti Vaksin

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 9:18AM

Penulis mempersoalkan bagaimana seorang profesor di sebuah universiti mempersoal prinsip sains yang telah diperakui dan dipersetujui seluruh dunia terutama WHO mengenai vaksin. - Gambar hiasan

oleh

ZF Zamir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Entah bagaimana minggu lalu di dalam sebuah ‘Group Whatsapp’ rahsia kami berbual mengenai sebuah tangkap layar.

Tangkap layar tersebut berkenaan sebuah status Facebook dipercayai milik seorang bekas Profesor dan Pengarah di sebuah Institut ‘ketamadunan’ di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tangkap layar tersebut berbunyi;

“Ahmad tak suka makan nasi. Ramai orang lain suka nasi, pro nasi. Oleh itu Ahmad digelar anti nasi. Jelas kebodohan pro nasi, kan?”

Satu lagi tangkap layar pula berbunyi;

“Dulu teknologi cip disuntik pada haiwan. Kini teknologi cip disuntik pada manusia untuk pantau dan kawal manusia pula.''

Kami yang membaca status tersebut kemudian terpinga-pinga. Benarkah penulisnya adalah bekas Pengarah sebuah Institut di UKM? Bahkan seorang Profesor pula?

Apakah yang telah berlaku kepada negara ini tatkala seorang Profesor universiti tempatan mempersoal prinsip sains yang telah diperakui dan dipersetujui seluruh dunia terutamanya World Health Organization (WHO)?

Mengapa sang Profesor ini boleh tergelincir kepercayaan analitikalnya hingga lebih mempercayai teori konspirasi dan membakul-sampahkan prinsip, teori, undang-undang serta kaedah saintifik yang sebelum ini dikembangkan ketika bermulanya zaman kegemilangan Islam ratusan tahun dahulu?

Apakah latar belakang dan ilmu pengetahuan bidangnya cukup untuk menolak semua kajian universiti ternama seperti University Oxford yang turut sama membina vaksin jenama AstraZeneca itu?

Dan lebih menyedihkan, apakah projek bina masyarakat saintifik yang dipelopori Tun Mahathir sejak awal 1980-an itu semakin terserlah kegagalannya lantaran hinggakan seorang Profesor pun boleh terjatuh akidah saintifiknya dan menjadi salah seorang dari gerombolan dan lambakan masyarakat yang lebih percayakan cakap-cakap kosong, teori konspirasi dan andaian sahaja berbanding hipotesis dan kajian berdasarkan data empirikal?

Manusia Lambak

Fenomena ‘Profesor UKM Anti Vaksin’  ini sebenarnya membenarkan teori ‘masyarakat lambak’ oleh Jose Ortega y Gasset, seperti yang dipopularkan oleh Dr Azhar Ibrahim di dalam bukunya Utopia Masyarakat Lambak.

Bahkan Azhar Ibrahim menegaskan di pengenalan;

“Perlu diingatkan manusia lambak bukan dimaksudkan sebagai rakyat jelata atau orang banyak. Ia adalah konsep untuk menjelaskan jenis manusia dan fikiran, nilai dan psikologinya yang merapuh dan menceroboh, yang bisa saja hadir dalam benak fikiran sama ada di kalangan elit atau orang biasa.''

Penjelasan Azhar Ibrahim ini membantu kita untuk memahami fenomena ‘Profesor UKM Anti Vaksin’ ini bahawa kerendahan pemikiran dan kegagalan seseorang untuk berfikir secara logik dan saintifik itu tidak tertakluk semata-mata kepada statusnya. Boleh jadi yang memiliki ‘minda lambak’ itu adalah seorang Datuk, seorang Doktor, seorang Tan Sri, Puan Sri mahupun seorang Profesor yang telah terbukti mengajar puluhan tahun di institut pengajian tinggi.

‘The mass man’ atau ‘manusia lambak’ ini diperkenalkan oleh Jose Ortega y Gasset, seorang filsuf Sepanyol yang dibahaskan di dalam bukunya ‘The Revolt of the Massses’. Azhar Ibrahim di dalam bab ‘Menangani Gejala Keelitisan Dan Perlambakan Dalam Masyarakat’ menulis;

‘Menurut beliau, dalam setiap masyarakat terdapat dua jenis manusia yang bisa dibahagikan kepada ‘manusia lambak’ dan sejenis yang dikenali sebagai ‘minoritas kreatif’. Bagi Ortega, manusia jenis lambak mendominasi ranah intelektual, budaya dan keagamaan masa kini. Manusia lambak ini adalah sejenis manusia, dari segi psikologi dan pemikirannya, bukan dikaitkan dengan status sosialnya. Ertinya manusia lambak ini usah diertikan sebagai rakyat atau orang biasa sedangkan minoritas kreatof atau manusia unggul terus disamakan dengan golongan elit,’

Krisis Kebudayaan, Pemikiran & Barbarisme

Azhar Ibrahim kemudian melanjutkan;

‘Ciri utama kelambakan ini adalah cara pemikiran yang rapuh dan dangkal, tak senonoh, tidak bertauliah, senang berpuas hati, konformis dan ianya bisa disebut sebagai ‘the spoiled child of human history’.

Azhar Ibrahim juga membahaskan beberapa faktor yang menggalakkan kemunculan manusia lambak ini antaranya; i) ketiadaan intelektual berfungsi untuk mengkritik fenomena kelambakan; ii) suasana sosio-politik dengan penekanan pragmatisme sampaikan kita terkondisi usah sibuk untuk membicara dengan panjang-panjang kerana aksi dan hasil lebih penting dari refleksi atau analisis; iii) tiadanya rasa kesejarahan yang kental; iv) menyebarnya budaya konsumerisme sehingga kita cenderung menggunakan saja kerana ia lebih mudah dan sebagai pengguna tidak perlu kita berfikir dan bersungguh darihal bagaimana ia terhasil dan sebagainya serta v) berkembangnya individualisme negatif dengan ego angkuhnya, menuntut dia tahu segalanya serta jelas tidak hormat pada autoriti yang layak.

Selain itu Azhar Ibrahim juga menegaskan bagaimana berkembangnya manusia lambak ini sebenarnya adalah bahagian dari krisis kebudayaan dan pemikiran. Dengan jelas beliau menyatakan;

“Manusia lambak ini yakin dirinya yang lengkap dan layak secara intelektual, memiliki idea. Apabila ia memaksakan idea yang rapuh dan kosong terhadap yang lain maka ini adalah suatu sifat kebiadapan iaitu lawanan kepada keadaban. Kebiadapan (barbarism) wujud apabila tiada standard yang harus diakur dan diteladani, melainkan kepiawaian yang tidak standard itulah yang diangkat, malah dipaksakan ke atas orang lain. Dengan menunjangnya kebiadaban ini kita sebenarnya berhadapan dengan krisis kebudayaan dan pemikiran yang dahsyat,”.

Profesor Yang Gagal Memimpin Masyarakat

Kembali kepada kisah sang Profesor, bekas pengarah sebuah Intitut ‘ketamadunan’ UKM seperti yang saya kisahkan di atas. Setelah beberapa kali semak silang dijalankan oleh sebahagian daripada kami yang masih tidak percaya bagaimana seorang Profesor boleh terjerumus jatuh akidah logik dan saintifiknya sehingga sanggup melacurkan iman mempercayai dakyah iluminati dan Freemason hingga menjadi ahli kepada kultus anti vaksin.

Akhirnya setelah keputusan semak silang dikeluarkan ternyata akaun Facebook tangkap layar tersebut sah milik sang Profesor tersebut. Dengan penuh rasa sedih kami kemudiannya akur dan bersetuju dengan saranan Azhar Ibrahim bahawa ciri-ciri manusia lambak ini juga boleh menjalar di kalangan golongan elit (dalam konteks ini sebagai pengajar sebuah institusi terkemuka negara).

Kata Azhar Ibrahim; ‘Betapa parah lagi kalau ciri-ciri ini menjalar dalam kalangan golongan elit, yakni yang berfikiran lambak sehingga gagal ia sebagai suatu kelompok utuh untuk menjadi kepimpinan berfungsi dalam masyarakatnya,’.

Nyata sistem pendidikan kita bukan sahaja masih belum merdeka, bahkan kini punya krisis kritikal dalam daerah budaya dan pemikiran. Kisah sang Profesor UKM anti-vaksin ini bukan satu-satunya kisah terpencil hari ini. Bahkan hari ini guru sekolah juga secara terang-terangan mengisytiharkan diri mereka sebagai sebahagian daripada kultus yang kini merebak membiak dan mula merekrut ahli-ahli seawal anak sekolah rendah dan menengah iaitu kultus anti vaksin.

Sang Profesor UKM anti vaksin ini juga adalah contoh unggul hujah Ortega yang menyedihkan itu;

“ Mutu intelektual manusia lambak yang mundur itu, yang tidak menghormati autoriti kepandaian ilmu, senang saja menggunakan otak kepala mereka sendiri sebagai sandaran berfikir...”

Benar-benar menggunakan hujah pro nasi dan anti nasi; Profesor UKM anti vaksin ini telah meletakkan nilai profesornya di bawah tapak selipar buruk yang sering dipakainya untuk berjemaah ke surau itu. - Getaran, 11 September 2021

Seorang pemikir serta penghasil karya prolifik, yang sudah lebih dari 16 tahun bergulat dengan isu pendidikan dan kemanusiaan. Menulis buku ‘Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang’ dan 6 buku yang lainnya. Pernah mengajar sebagai guru sekolah kerajaan di tengah Kuala Lumpur selama 6 tahun. Mendirikan beberapa gerakan pendidikan seperti Teach For The Needs (TFTN) pada 2012, The Wakaf Buku (TWB) 2014 & Rejuvenasi Pendidikan/Untuk Malaysia (RP/UM) 2020. Juga pernah menjadi pegawai di Pejabat Menteri Pendidikan (Pegawai Dasar & Setiausaha Akhbar) ketika Pakatan Harapan memerintah Malaysia pada Mei 2018.

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan