Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Ajar Masyarakat Bagaimana Hidup Dalam Fasa Endemik Mulai Sekarang

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 9:06AM

Fasa endemik di Malaysia dijangka bermula pada akhir Oktober ini namun pemakaian pelitup muka akan tetap diteruskan. - Gambar Sairien Nafis

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia bakal memasuki fasa endemik COVID-19 bulan depan.  

Ini bermakna sasaran untuk memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus populasi dewasa di negara ini divaksin menjelang bulan Oktober adalah suatu kepastian.

Walaupun sasaran awal negara untuk mencapai imunisasi kelompok sewaktu Pogram Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan Februari lalu, adalah suku pertama 2022, ternyata kita akan berjaya meraih kejayaan ini lebih awal.

Pencapaian ini harus dibanggakan dan kredit harus diberikan kepada kesemua kakitangan kerajaan baik dari sektor kesihatan sampailah ke sektor keselamatan. Tepukan harus juga diberi sukarelawan yang telah bekerja dari pagi ke petang di pusat-pusat pemberian vaksin seluruh negara.

Kepada rakyat Malaysia yang telah mengambil inisiatif dan menjalankan tanggungjawab untuk melindungi diri, keluarga dan komuniti, tahniah diucapkan.

Namun apakah maksud sebenar fasa endemik?

Fasa endemik akan membawa negara kita ke satu 'era baru' di mana majoriti rakyatnya telah menerima vaksin. Ianya bermakna penularan kes-kes COVID-19 akan sentiasa wujud di dalam masyarakat. Denggi sebagai contoh, adalah endemik di Malaysia.

Dengan harga siling kit ujian kendiri COVID-19 ditetapkan pada harga runcit RM19.90 oleh kerajaan semalam, ia akan memudahkan orang ramai untuk menguji diri sendiri dengan kerap. Ada juga yang mungkin membawa bersama keputusan mereka bersama sebelum ke tempat awam apabila kita melangkah ke fasa endemik.

Walaupun sesetengah negara telah mengambil pendekatan dimana pelitup muka tidak perlu dipakai lagi buat mereka yang telah divaksin, Malaysia berpendirian amalan ini harus berterusan di dalam fasa endemik.  

Penat 'berperang' dengan COVID-19 selama 18 bulan, pokoknya, Malaysia bakal memasuki satu fasa dimana kita mungkin akan merasa sedikit kekok, pada mulanya untuk belajar untuk hidup bersama virus ini.

Namun, harapan orang ramai untuk kembali kepada rutin dimana mereka boleh pulang kembali ke kampung halaman, gim dan pusat kesihatan, makan angin ataupun berkunjung di pusat membeli belah kini lebih cerah.

Kehidupan di fasa endemik COVID-19 memerlukan semua orang memainkan peranan lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri dan juga mereka di sekeliling.

Mereka yang bergejala harus mengamalkan kuarantin kendiri dan harus memastikan mereka jujur bukan hanya pada diri sendiri bahkan majikan, sekolah di mana anak-anak mereka belajar, sanak saudara, jiran dan rakan-rakan.

Pendekatan yang diambil untuk memastikan rakyat bersedia untuk hidup bersama virus ini bukan hanya bergantung pada SOP yang lebih mudah untuk rakyat.

Apa yang lebih penting ialah memastikan rakyat benar-benar faham tentang maksud sebenar endemik dan bagaimana mereka harus hidup dengan COVID-19 di fasa baru ini.

Penyampaian maklumat dan strategi komunikasi yang efektif harus dimulakan dari sekarang untuk memastikan tiada lagi kecelaruan.

Masa masih berpihak kepada pengubal dasar untuk memastikan populasi di negara ini betul-betul bersedia sebelum Malaysia melangkah ke alaf yang baru.

Adalah diharap ianya tidak akan disia-siakan. - Getaran, 3 September 2021

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13. Hubungi beliau melalui Twitter @pearllee22

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok