web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jimmy Lee, Ada Cahaya Di Hujung Terowong

Kisah Kita Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 8:48AM

Jimmy Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Berperwatakan sangat tenang dan bersikap rendah diri antara sifat dimiliki sosok bergelar usahawan ini.

Siapa sangka pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Foodie Box Group, Jimmy Lee, 43, pernah dicalonkan ke peringkat akhir  ‘Anugerah Perniagaan Asia-Pasifik 2020’, UK Business Worldwide dalam kategori ‘CEO Terbaik Industri Makanan Malaysia’.

Beliau juga pernah tersenarai sebagai 100 Ikon Linkedln Paling Berinspirasi di Malaysia pada tahun 2019 dan 2020, selain dicalonkan sebagai ‘100 Pemimpin Terhebat di Asia’.

Lee yang juga bekas graduan Ijazah Undang-Undang dari Universiti Malaya turut melibatkan diri dalam NanoMalaysia Berhad, sebuah syarikat teknologi nano, khusus memastikan makanan selamat dan tahan lama.

Kejayaan Lee tidak berhenti di situ apabila beliau juga berjaya membimbing 12 syarikat lain, dan memainkan peranan sebagai pelabur terbesar termasuk Lapar Esports.

Foodie Box Group bersama Lapar Esports
Foodie Box Group bersama Lapar Esports

Enggan sekadar menjadikan keuntungan fokus utama, figura hebat ini menubuhkan sebuah syarikat sosial, WATAN Malaysia, bertujuan membantu pelarian, golongan miskin dan ibu tunggal.

Di sebalik semua keindahan itu, ada terselit kepahitan yang kekal dalam ingatan Lee.

Bergelar jutawan pada usia muda sekitar 2005, beliau tidak menyangka akan berdepan pengkhianatan oleh rakan kongsi sendiri, sekali gus membuatkan syarikat pertama miliknya, Motion Effects Studio terpaksa ditutup.

Mengimbas kembali sejarah hitam itu Lee berkata, setiap kejayaan yang diperoleh pasti tidak akan terlepas daripada menghadapi ujian.

“Tahun 2007 ialah tahun kejayaan buat saya, apabila Motion Effects Studio berjaya memperoleh tender sebagai pembekal kreatif digital kepada Muzium Bank Negara Malaysia & Galeri Seni, malah kami juga mendapat kontrak untuk Hari Kemerdekaan ke-50 Malaysia di Stadium Merdeka.

“Kejayaan ini membolehkan saya bergelar jutawan, walau hanya di atas kertas ketika berusia 29 tahun, namun berdepan pula pengkhianatan oleh rakan kongsi sendiri,” katanya.

Pengkhianatan itu jelas Lee, membuatkan beliau kehilangan semua yang dimiliki pada tahun 2008.

“Segala wang, syarikat, rumah dan kereta saya hampir dirampas sebanyak dua kali oleh pihak bank kerana gagal melunaskan bayaran,” katanya, berkongsi kisah pahit itu kepada Getaran.

Meskipun berdepan seribu kepayahan, Lee akur dengan ketentuan bahawa ujian yang besar pasti mengiringi setiap kejayaan dihasilkan.

Ditanya apakah yang menyuntik semangatnya untuk bangkit meneruskan perniagaan setelah hilang perniagaan dan rakan kongsi dalam sekelip mata, Lee tanpa segan silu menceritakan pengalaman berjumpa dengan seorang rakan baru untuk berbincang peluang perniagaan seterusnya.

“Sebelum berjumpa dengan beliau, premis start up saya sudah disita oleh Mahkamah Shah Alam kerana gagal membayar sewa selama empat bulan dan ketika itu, saya masih belum bersedia untuk berjumpa sesiapa.

“Pemikiran saya sangat bercelaru pada masa itu, tapi saya memaksa diri untuk bertemu seorang rakan baharu bagi mencuba nasib mendapatkan peluang lain, mana tahu akan beroleh kesempatan menyelamatkan perniagaan yang ada,” jelasnya.

Pada pertemuan pertama itu Lee memberitahu, beliau mengambil keputusan untuk berterus terang akan situasi sebenar yang dihadapi syarikatnya.

“Rakan baharu saya bertanya, macam mana dengan perniagaan saya? Saya pun macam bingung macam mana nak jawab soalan ikhlas beliau. Pada awalnya saya macam mahu berbohong untuk menyelamatkan perniagaan saya, tetapi saya rasa berbohong bukanlah cara yang terbaik. Oleh itu, saya telah menceritakan bagaimana saya telah mencapai kejayaan sebelum saya gagal kerana dikhianati rakan kongsi perniagaan,” katanya, tersenyum.

Siapa sangka, hasil pertemuan pertama itu, Lee diberikan sejumlah wang bernilai RM40,000 pada 2 Jun 2011 untuk memulihkan semula perniagaannya yang bermasalah.

Enggan menunggu lama, Lee menggunakan wang berkenaan bagi menyelesaikan semua tunggakan hutang, bagi mengelakkan semua aset miliknya disita oleh bank.

Bantuan itu juga dijadikan sebagai azimat untuk tidak terus mengalah dan meneruskan perjuangan sebagai seorang usahawan.

Bermula tahun 2012, Lee memulakan kehidupan baru dengan membuka perniagaan seterusnya YummyLicious dalam industri makanan dan minuman (F&B), berbekalkan modal serendah RM200.

"Disebabkan tidak mempunyai wang yang mencukupi, maka segala urusan  memasak dan menguruskan penghantaran dilakukan sendiri dan dari situ, YummyLicious dibentuk.

"Ibu saya memberikan sebentuk cincin emas yang saya gadaikan dengan harga RM200 dan hasil gadaian itu saya laburkan untuk membeli beberapa periuk serta kuali di Ikea,” katanya.

Lee menarik perhatian, menu pilihannya ketika itu adalah burger versi Asia yang popular di Kuala Lumpur serta Selangor, sehingga menarik perhatian dua chef terkemuka dunia, Jamie Oliver dan Gordon Ramsay untuk mengikutinya di Twitter.

Tidak hanya terhenti di situ, beliau seterusnya menubuhkan Foodie Box Group yang merupakan pembangun usaha atau venture builder dalam industri makanan, teknologi dan perusahaan sosial.

“Penubuhan WATAN Malaysia pada 2020 pula diinspirasikan oleh Abraham George, seorang ahli perniagaan India-Amerika yang memulakan Sekolah Kediaman Shanti Bhavan di Tamil Nadu, India, pada tahun 1997.

“Sekolah ini menawarkan pendidikan dan penjagaan kepada anak-anak dalam komuniti untuk membantu mereka keluar daripada  kemiskinan,” katanya.

Perusahaan sosial WATAN dalam majlis berbuka puasa dengan golongan B40 dan pelarian di Pantai Dalam baru-baru ini.
Perusahaan sosial WATAN dalam majlis berbuka puasa dengan golongan B40 dan pelarian di Pantai Dalam baru-baru ini.

Menurut Lee, semua pengalaman pahit dan manis yang dilalui selama 18 tahun dalam dunia perniagaan memberi azam baru dalam dirinya, untuk mempercayai kebolehan dan kemampuan diri walaupun berdepan detik sukar.

Nasihat Lee kepada sesiapa yang mahu memulakan perniagaan? Mudah.

Jangan mudah berputus asa.

“Tentukan visi dan tujuan hidup, bekerja dengan ikhlas. Ada dua perkara dalam hidup yang perlu dipegang, pertama, perlu ada niat yang baik serta jujur dan kedua, teruskan usaha tanpa putus asa,” pesannya.  - Getaran, 7 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Kisah Kita 2 minggu yang lalu

Hampir 3 Dekad Berlalu, Ekspedisi Everest 1997 Terus Jadi Inspirasi Rakyat Malaysia

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ