web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Miliki Empati Setinggi Gunung, Krishh Haran Guna Wang Saku Bantu Golongan Gelandangan

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2024 9:29PM

Krish Haran Nair mempunyai empati dan nilai kemanusiaan mengagumkan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usianya hanya 11 tahun, namun empati dan nilai kemanusiaan dimiliki Krishh Haran Nair amat mengagumkan.

Ketika kanak-kanak lain seusianya hanya tahu berseronok, si cilik ini sudah keluar membantu golongan gelandangan, menggunakan wang sakunya sendiri.

Dibantu kedua ibu bapa, Ramakrishnan Nair dan Jayanthimarlin, waktunya pada hujung minggu dihabiskan dengan menyantuni golongan terbabit di sekitar bandaraya Johor Bahru.

Bercakap kepada Getaran, Krishh Haran berkata, hatinya meruntun mahu melakukan sesuatu setiap kali berpapasan dengan komuniti gelandangan.

Krishh Haran mengeluarkan bungkusan makanan untuk diagihkan kepada golongan gelandangan
Krishh Haran mengeluarkan bungkusan makanan untuk diagihkan kepada golongan gelandangan

“Saya tak boleh bayangkan kesukaran dan kesengsaraan yang mereka tanggung apabila perlu neneruskan hidup di jalanan.

“Melihat keadaan mereka, ia membuatkan saya sedar, betapa beruntungnya saya kerana hidup dalam keadaan serba selesa,” katanya.

Jelas pelajar Sunway International Iskandar Johor, semua makanan yang disumbangkan kepada golongan terbabit menggunakan wang saku diberikan kedua ibu bapanya.

“Setiap minggu, saya diberikan RM20 untuk berbelanja. Jika saya membantu kerja-kerja di rumah seperti menyapu sampah misalnya, saya juga diberi upah.

“Kesemua wang inilah saya kumpul dan gunakan untuk membeli makanan bungkus buat golongan gelandangan itu,” katanya.

Mahu menjadikan projek amal ini sebagai aktiviti tetap, Krishh Haran berkata, dia gembira kerana usaha terbabit menerima sokongan padu  Ramakrishnan dan Jayanthimarlin.

“Saya sememangnya sangat bersyukur kerana aktiviti ini disokong kedua ibu-bapa saya malah mereka juga tak lokek membantu apabila diperlukan.

“Saya amat berterima kasih kerana tanpa mereka berdua, aktiviti ini tak mungkin dapat dijalankan dengan baik,” katanya.

 Antara gelandangan yang dibantu
Antara gelandangan yang dibantu

Sekadar info, Krishh Haran sebelum ini pernah mencuri perhatian apabila tampil sebagai kanak-kanak pertama yang mencatatkan jualan amal tertinggi.

Pencapaian itu melayakkan dia menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Lebih menakjubkan, jualan amal berkenaan dilakukan menerusi jualan dua buah buku karyanya sendiri.

Menerusi jualan buku pertama bertajuk The Mysterious War to the Deep, Krishh Haran berjaya mengutip RM7,000 manakala untuk buku kedua yang dihasilkan dalam format digital, Pillar And The Golden Sword, dia meraih RM21,000 yang disumbangkan dalam bentuk 500 kotak barangan keperluan harian kepada Yayasan Sinar Ilmu Jaya (YSIJ).

Sumbangan Krishh Haran juga mendapat perhatian Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menghantar wakil baginda, Datuk David Wong untuk bertemu keluarganya. - Getaran, 23 Mei 2024

Foto: Koleksi Peribadi Krishh Haran


--

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi