Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


"Daddy, Can You Compile All My Artwork, Please?"

Memori melihat mesin alat bantuan pernafasan Ian di hospital juga masih terbayang jelas, dari saat tahap kesihatannya mula merosot, hingga yang tinggal hanya satu garis lurus untuk menyedarkan, Ian sudah tiada.

Kisah Kita Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2024 9:15AM

Emil, yang sering mengingatkan Johan kepada Ian Zuhayr

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemergian Ian Zuhayr menerbitkan kesedihan yang amat dalam di sudut hati saya. Dia baru berusia 10 tahun ketika itu. Betapa saya amat berharap luka ini akan kambuh, malangnya tidak. Luka itu akan sentiasa berdarah.

Hidup bagaimanapun perlu diteruskan, dan saya perlu terus melangkah walau ditemani kesedihan yang tidak akan pernah hilang.

Satu cara yang sering saya gunakan untuk merawat hati ini ialah dengan terus mengingati si comel itu menerusi barangan miliknya atau melakukan perkara yang mengingatkan saya kepadanya; misalnya mengunjungi KLPAC Sentul iaitu lokasi terakhir kami anak beranak menghabiskan masa, melihat foto (saya juga mengabadikan wajah Ian sebagai gambar latar telefon), video dan melawat rumah lama kami, yang menjadi tempat dia membesar sejak berusia dua tahun.

Ian sering memberi potret Godzilla yang dilukisnya kepada saya, dan saya masih mengingati dengan jelas bibir comel itu memberitahu, “Daddy, can you compile all my artwork please”. Kerana itu, antara cara saya terus mengingati Ian ialah dengan melihat semua lukisan dihasilkan.

Antara hasil karya untuk pameran solo saya, Pandamonium di KLPAC Sentul ialah karikatur Panda-ian yang digantung di dinding bilik, agar mudah dilihat dari katil. Ada juga mug berlukis wajah Ian di meja dalam bilik.

Panda-ian
Panda-ian

Pusara Ian saya ziarahi tanpa jemu. Masih basah di ingatan, detik saya memandikan sekujur tubuh sejuk sebelum dia dikebumikan. Memori melihat mesin alat bantuan pernafasan Ian di hospital juga masih terbayang jelas, dari saat tahap kesihatannya mula merosot, hingga yang tinggal hanya satu garis lurus untuk menyedarkan, Ian sudah tiada.

Doa agar Ian bahagia di alam sana bersama Allahyarham datuknya tidak pernah putus. Usai solat, itulah yang saya pohonkan tiap kali. Sering saya membayangkan, kedua insan yang amat saya kasihi ini berpimpin tangan menuju ke arah matahari terbit. Pasti ada hikmahnya mengapa Allah SWT menjemput kedua-duanya pulang, dalam waktu yang cukup singkat (25 April 2022 dan 21 Julai 2022).

Pernah satu ketika, saya memaksa diri ini menangis sebelum tidur. Memaksa diri mengingati Ian pada waktu pagi pula membantu saya untuk bangun dari tidur. Cara terbaik ialah dengan berbual dan memeluk adik Ian, Emil kerana Emil mengingatkan saya kepada Ian. Bau mereka juga amat sama. 

Hari Raya terakhir Ian bersama abang dan adiknya
Hari Raya terakhir Ian bersama abang dan adiknya

Tatkala saya berada di tanah suci bagi menunaikan haji, sosok gempal kanak-kanak comel Turkmenistan sering mengingatkan saya kepada Ian. Perlahan-lahan, ketiadaan Ian mula sebati dalam diri. Kesedihan kerana kehilangan Ian bukan lagi sesuatu yang aneh. Saya malah duduk bersama Datuk Izham Omar (komposer) dan Haze (penyanyi baharu) dan menghasilkan lagu untuk Ian yang dinyanyikan Haze bertajuk Zuhayrku Yang Tidur. 

Seperti pepatah ‘alah bisa tegal biasa’, lebih lama anda berhadapan perkara seperti ini, semakin diri anda kuat untuk menerima. Semua ini membantu saya meneruskan hidup dan saya selalu berharap mampu menjadi seperti orang lain di luar sana,  yang menjadikan kesedihan akibat kehilangan insan tersayang sebagai satu memori manis akhirnya. 

Gambar terakhir Ian sebelum dia menghembuskan nafas terakhir
Gambar terakhir Ian sebelum dia menghembuskan nafas terakhir

Untuk ini, saya mahu ucapkan terima kasih buat Ian, kerana permintaannya, “Daddy, Can You Compile All My Artwork Please”, membantu saya untuk terus melangkah. - Getaran, 4 Februari 2024

Semua foto : Johan Ishak

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

Mudik Sungai Pahang, Imbau Sejarah Jalan Sungai