Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gigih Jana Pendapatan, Surau Ternak Tilapia Dalam Longkang

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 8:38AM

Seorang ahli kariah memberi makan kepada ikan tilapia yang diternak di dalam longkang di Surau Raudhah Al-Faiziin, di Taman Beserah Ria, Kuantan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN: Sekitar tahun 2017, kebanyakan pelayar internet terpegun dengan usaha dilakukan penduduk di Bandar Tsuwano di daerah Kanoashi, Wilayah Shimane, Jepun yang memelihara pelbagai jenis ikan koi di dalam longkang sekitar bandar berkenaan. 

Usaha itu kemudiannya menjadi inspirasi kepada pelbagai pihak di negara ini untuk turut mencuba teknik memelihara ikan dalam longkang di kawasan penempatan mereka. 

Jika sebelum ini aktiviti itu pernah dilakukan pihak pengurusan sekolah di Utara Semenanjung, usaha tersebut turut menarik perhatian ahli kariah Surau Raudhah Al-Faiziin, dekat Taman Beserah Ria, di sini untuk cuba menternak ikan jenis tilapia dalam longkang berhampiran surau berkenaan. 

Longkang sepanjang 50 meter itu dijadikan kolam  memelihara 1,200 ikan tilapia sebagai projek perintis yang mendapat kerjasama baik daripada semua ahli kariah dan penduduk di taman perumahan terbabit.

Uniknya, air dialirkan ke longkang sedalam 1.5 meter itu menggunakan sumber air bukit, memandangkan kedudukan surau berkenaan yang hampir dengan Bukit Tokki. 

Nazaruddin Mahmud
Nazaruddin Mahmud

Pengerusi surau itu, Nazaruddin Mahmud, 60, berkata, usaha menternak ikan tilapia berkenaan dimulakan sejak sebulan lalu, selepas melihat longkang terbabit tidak mempunyai fungsi lain, selain sebagai saliran air semata-mata. 

Menurutnya, selepas mengadakan perbincangan dengan ahli kariah, mereka kemudiannya sepakat memanfaatkan longkang terbabit dengan mengambil contoh usaha dilakukan penduduk bandar Tsuwano di Jepun.

"Kita tahu bila sebut longkang orang bayangkan tempat kotor, tetapi longkang di sini bersih dan kita menggunakan air bukit 100 peratus bagi tujuan penternakan ikan. 

"Dalam tempoh tiga bulan lagi, ikan tilipia ini boleh dijual, dan kita bercadang menginfaqkan hasil penjualan ikan ke tabung surau," katanya ketika ditemui di Taman Beserah Ria, di sini. 

Beliau memberitahu, benih ikan tilapia diperoleh secara percuma melalui kenalannya dari Terengganu.

"Kita tidak menyangka ada yang ingin menyumbang benih ikan, bila kita bersungguh-sungguh untuk menjadikan longkang sebagai kolam ternak ikan.

"Jadi, kita rasa bersyukur kerana ada yang tampil membantu. Kita juga dimaklumkan bahawa individu itu akan menambah 1,000 lagi benih ikan untuk ditempatkan dalam longkang ini,"katanya yang berhasrat untuk menggunakan 10 meter lagi baki longkang yang belum digunakan, untuk dijadikan sebahagian daripada projek ternakan ikan. 

Beliau berkata, sebelum memulakan ternakan ikan itu, pihaknya telah membina taman lestari di persekitaran surau terbabit bagi memberi keselesaan kepada pengunjung dan ahli kariah. 

Tambahnya, banyak pokok-pokok herba, pelbagai sayur-sayuran seperti cili, bendi dan terung ditanam bagi memanfaatkan tanah terbiar.

Jelasnya, hasil daripada tanaman itu dijual kepada orang ramai dan turut diinfaqkan ke tabung surau berkenaan. 

"Kita tidak mengenakan bayaran yang tetap, tetapi aktiviti penjualan kita lebih menekankan konsep 'bayar seikhlas hati'. 

"Kaedah ini dibuat bagi membolehkan kita membina beberapa kemudahan yang masih terbengkalai akibat kekurangan dana," ujarnya yang merupakan pesara tentera.

Air yang dialirkan ke longkang juga perlu sentiasa dipantau.
Air yang dialirkan ke longkang juga perlu sentiasa dipantau.

Mengulas mengenai penjagaan ikan diternak dan penjagaan kebersihan air longkang, beliau berkata terdapat dua kariah yang memantau dan memastikan kebersihan air longkang itu secara bergilir. 

"Selain memantau kualiti air longkang,  mereka juga diberi tanggungjawab untuk memastikan ikan tilapia itu mendapat makanan secukupnya dan turut menguruskan kebun komuniti yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan," katanya. - Getaran, 24 Mei 2021

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 23 jam yang lalu

MH17 Dorong Dr Rabi’ah Adawiyah Sertai Forensik Pergigian

Kisah Kita 32 minit yang lalu

'Man Kubur' Tolak Rasa Malu, Teruskan Legasi Ayah Hasilkan Kepok Kubur

Minat dalam pembuatan kepok kubur dorong Aiman Hakim memilih kerjaya itu sebaik sahaja tamat persekolahan