Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘I Miss You Daddy, Kita Jumpa Nanti Di Syurga..’

Kisah Kita Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2023 7:55AM

Kapten Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi (depan, kanan) bersama tiga rakan baiknya - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sudah lebih dua minggu Tragedi Elmina berlalu dan punca sebenar nahas juga hampir diketahui, susulan kejayaan mengekstrak rakaman data pesawat.

Kehidupan walaupun sukar perlu diteruskan, khususnya oleh keluarga mangsa yang pastinya masih bersedih dan berkabung atas pemergian insan tersayang secara tiba-tiba.

Rindu yang mencengkam adalah lumrah, apatah lagi selepas dipisahkan oleh dua dunia.

Anak lelaki penumpang pesawat malang berkenaan, Muhammad Mifzal Mohamad Naim Fawwaz meruntun hati ramai, apabila memuat naik video yang ditujukan kepada Allahyarham bapanya di TikTok.

Berkongsi rindu dan luahan rasa, video Muhammad Mifzal itu antara lain memberitahu, dia dan Mohamad Naim sepatutnya menghabiskan masa bersama sempena cuti sekolah, seperti yang telah dirancang.

@sumaiyaasbi This pictures was my last time spending with daddy. Daddy took my photos at the private aircraft using my tablet. He promise me to bring here again and ride a helicopter but daddy no longer in dunia. Daddy in syurga (Heaven). I miss him.. Fly high daddy... I see you in Jannah. Al-fatihah ~ ❤️ - Muhammad Mifzal bin Mohamad Naim Fawwaz #naimfawwaz #arwahnaim #muhammadmifzalmohamadnaimfawwaz #tragedyelmina #elminapesawatterhempas #alfatihah #fyp #fypシ゚viral #tragedielmina #tragedielmina170823 #memorytokeep ♬ See You Again (Piano Arrangement) - Alexandre Pachabezian

“Assalamualaikum Daddy. It has been two weeks since you’re gone. You are supposed to spend time with me during school holiday. But Allah love you more.

“I miss you. We miss you. Thank you for everything. Fly high Daddy. See you in Jannah. Al Fatihah.”

(Assalamualaikum Daddy. Sudah dua minggu Daddy pergi. Daddy sepatutnya menghabiskan masa bersama saya ketika cuti sekolah. Tapi Allah lebih sayangkan Daddy.

“Saya rindukan Daddy. Kami semua rindu. Terima kasih untuk segalanya. Terbang tinggi Daddy. Kita jumpa nanti di syurga. Al Fatihah.”)

Menerusi video berkenaan, Muhammad Mifzal berkongsi beberapa foto terakhir yang dirakam Allahyarham bapanya dalam sebuah pesawat peribadi.

Foto terakhir dirakam Kapten Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi - gambar TikTok
Foto terakhir dirakam Kapten Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi - gambar TikTok

“Daddy berjanji akan membawa saya ke sini lagi dan menaiki helikopter. Tapi Daddy tiada lagi di dunia.

“Daddy sekarang di syurga. Saya rindukan Daddy. Terbang tinggi Daddy. Saya jumpa Daddy nanti di syurga, Al Fatihah,” katanya.

Setakat jam 8.20 pagi ini, hantaran Muhammad Mifzal itu sudah menerima 347 perkongsian dan 3,610 tanda suka.

Kapten Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, seorang juruterbang berpengalaman adalah antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat peribadi tersebut pada 17 Ogos lalu.

Detik terakhir Kapten Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi sebelum beliau terkorban - gambar Facebook
Detik terakhir Kapten Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi sebelum beliau terkorban - gambar Facebook

Pesawat Beechcraft 390 yang sedang dalam penerbangan pulang dari Langkawi itu terhempas di Elmina, Shah Alam, hanya dua minit sebelum dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang.

Selain enam penumpang dan dua kru, tragedi berkenaan turut meragut nyawa seorang pemandu e-Hailing dan penghantar makanan yang berada di lokasi.

Antara mangsa ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun yang juga Exco negeri Pahang. - Getaran, 30 Ogos 2023

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 2 jam yang lalu

Adam Syed Lakar Nama Malaysia Di Tesla Inc, Terus Terbang Tinggi Bersama Twitch

oleh Sophia Ahmad

Kisah Kita 1 hari yang lalu

Kopi Kanvas Seni Tyler Wong