Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Aidilfitri Jadi Kenangan Manis, Sapiah Rindu Keriuhan 11 Cucu

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2021 8:42AM

Sopiah bersama Mazlan, yang mengalami masalah depresi di rumah mereka di Kampung Gabungan, Jalan Morrel, Tawau.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Dua tahun lalu, rumah usang milik seorang ibu tunggal Sapiah Sabang, 65, riuh rendah dengan suara 11 cucunya di Kampung Gabungan, Jalan Morrel, di sini, setiap kali Hari Raya Aidilfitri menjelang.

Ketika itu, sudah menjadi rutin tahunan Sapiah sekeluarga menerima kehadiran cucu dan tiga anaknya yang menetap di Labuan dan Selangor pulang beraya, pada minggu terakhir Ramadan.

"Biasanya waktu begini, memang tidak menang tangan dibuatnya.

"Selain melayan cucu, kami juga biasanya sibuk menyiapkan juadah raya terutamanya buras," katanya ketika ditemui Getaran, baru-baru ini.

Bagaimanapun itu hanya kenangan tiga tahun lalu, sebelum ia kekal jadi memori manis yang meruntun jiwa, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dek ancaman COVID-19, sejak akhir tahun 2019.

Sapiah ketika ini tinggal bertiga dengan dua anaknya iaitu Irwansyah Abd Karim, 43, dan Mazlansyah Abd Karim, 30, yang masing-masing mengalami masalah kesihatan sehingga menyukarkan mereka untuk  bekerja.

Irwansyah, anak sulung yang menjadi sandaran keluarga daif ini, terpaksa duduk di rumah selepas disahkan mengalami masalah kanser tulang pada tahun 2015.

Mazlansyah pula, mengalami masalah depresi yang menyebabkannya tidak mahu keluar rumah sejak tahun lalu.

Ini menyebabkan mereka terpaksa bergantung harap kepada tiga anak lain iaitu Hasmiati, 40, Hamsah, 37, dan Haslinda, 33, yang kini sudah berkeluarga serta menetap jauh dari keluarga.

Menurut Sapiah, ketiga-tiga anaknya itu kini tinggal bersama keluarga masing-masing di Wilayah Persekutuan Labuan dan Petaling Jaya di Selangor.

Katanya lagi, Hamsah sudah bekerja manakala dua lagi hanya suri rumah sepenuh masa.

Meski jauh di perantauan, tiga beradik itu jelas Sapiah, tetap menghulurkan wang belanja bulanan sekitar RM300 hingga RM500 sebulan kepada mereka.

"Saya tidak memaksa anak-anak untuk memberi belanja bulanan, kerana mereka juga mempunyai tanggungan sendiri selain tidak berpendapatan besar.

"Dua tahun beraya tanpa mereka ekoran perlaksanaan PKP pasti cukup terasa lebih-lebih lagi keriuhan 11 cucu yang sentiasa menemani Mazlansyah," katanya.

Akur dengan keputusan kerajaan berkaitan PKP, Sapiah menyifatkan ia langkah yang baik demi keselamatan anak cucunya.

Sapiah antara lebih 60 keluarga yang menerima sumbangan baju raya terpakai menerusi program Muhibbah Raya Kukusan Kita Anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) N70 Kukusan.

Rina menyampaikan bantuan kepada Sapiah sempena sambutan Aidilfitri di Tawau, baru-baru ini.
Rina menyampaikan bantuan kepada Sapiah sempena sambutan Aidilfitri di Tawau, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal berkata, pihaknya menyedari ramai penduduk setempat terjejas ekoran pandemik COVID-19.

"Justeru, sejak awal Ramadan lagi, kami berusaha mengumpulkan pakaian raya terpakai yang masih elok untuk didermakan kepada orang ramai.

"Memang kami menerima banyak permintaan, namun agihan diberikan berdasarkan sumbangan yang diterima," katanya.

Rina turut mengucapkan terima kasih kepada penderma dan program itu mendapat sambutan memberangsangkan, apabila turut disertai penduduk luar dari daerah berhampiran termasuk Kunak.

Selain Kampung Gabungan, sumbangan pakaian hari raya terpakai juga diberikan kepada penduduk sekitar Kampung Jawa, Tanjung Batu Otentik, Taman Wawasan, Kampung Reject dan Taman Rainbow.

Sementara itu, nasib Sapiah sekeluarga turut menarik perhatian pengurusan kedai pakaian NK Gallery Tawau untuk mendermakan tiga pakaian baharu dan duit raya buat mereka.

Perkara itu dilakukan serta merta sebaik petugas media memaklumkan kedaifan keluarga itu kepada pengurusan NK Gallery. – Getaran, 18 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Bekas Isteri Didakwa Bunuh Nurman

2

Selebriti 3 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

3

Semasa 5 hari yang lalu

OCPD Lahad Datu Antara Yang Disiasat Kes Kematian Anak - Polis

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

'Man Kubur' Tolak Rasa Malu, Teruskan Legasi Ayah Hasilkan Kepok Kubur