web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dulu Ligat Di Padang, Kini Mentor Penternakan Lembu Sado

Mohd Zulkifli berkata walaupun tanpa sebarang ilmu khusus dalam bidang penternakan, beliau tetap berjaya apabila kini memiliki lebih 100 ekor lembu hibrid berbanding hanya tujuh ekor lembu KK, tiga tahun lalu.

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 8:04AM

Penternak, Mohd Zulkifli atau lebih mesra disapa 'Abe Zack', 38, meninjau lembu-lembu ternakannya ketika ditemui Bernama di Kampung Panjang, Bachok - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK - Tiga tahun lalu, Mohd Zulkifli Ali tanpa sebarang ilmu khusus mula menternak tujuh ekor lembu baka Kedah-Kelantan (lembu KK) di sebidang tanah milik ibu bapanya di Kampung Panjang, di sini.

Mohd Zulkifli, 38, kemudian mengambil langkah berani untuk menukar daripada membela lembu KK kepada lembu hibrid atau lembu sado baka charolais, limousine dan mega.

Tiga tahun berselang, Mohd Zulkifli kini menjadi rujukan banyak pihak bukan sahaja dalam kalangan penternak malah beberapa agensi berkaitan apabila menunjukkan kejayaan dalam bidang tersebut.

"Kos membela lembu KK tinggi tetapi keuntungan kecil menyebabkan saya rasa tidak berbaloi, jadi saya tukar daripada bela lembu KK kepada lembu hibrid atau lembu sado baka charolais, limousine dan mega.

"Lembu hibrid atau lembu sado yang berusia lima hingga enam bulan harga dah mencecah lebih RM5,000 dan ini memberi pendapatan yang lebih kepada saya," katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Mohd Zulkifli yang lebih mesra di sapa 'Abe Zack' berkata walaupun tanpa sebarang ilmu khusus dalam bidang penternakan, beliau tetap berjaya apabila kini memiliki lebih 100 ekor lembu hibrid berbanding hanya tujuh ekor lembu KK, tiga tahun lalu. 

"Hasil kejayaan yang dicapai mendapat perhatian Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), mereka memberi sokongan apabila menyediakan geran kepada lima penternak lembu hibrid tahun lepas, jumlah tersebut meningkat kepada 13 peserta tahun ini.

“LPP mahu supaya ekosistem penternakan lembu hibrid yang baik diwujudkan dan pada masa depan projek lembu sado serta lembu pedaging berskala besar dapat dilaksanakan,” kata bapa kepada seorang cahaya mata itu.

Menurut Abe Zack sebagai mentor, beliau bertanggungjawab memberi latihan mengenai teknik penternakan yang betul termasuk kaedah terbaik mengurangkan kos makanan mamalia itu.

Bekas pemain bola sepak dan atlet olahraga Kelantan ini berkata menerusi beberapa pendekatan yang diambilnya, beliau sudah berjaya mengurangkan kos bahan makanan lembu hibrid peliharaannya.

"Satu perkara yang salah dalam aktiviti penternakan ini ialah orang akan beli lembu dahulu baru fikir mengenai makanan haiwan tersebut, saya pula ambil pendekatan berbeza apabila mengkaji dan melihat rutin pemakanan lembu.

"Saya tanam sendiri rumput napier dan rumput minyak selain itu di sekitar kawasan ladang ini sudah ada rumput liar.

“Di sekitar Bachok pula memang ramai petani yang menanam jagung, sisa-sisa tanaman jagung manis seperti batang, daun dan putik jagung sesuai dijadikan silaj jagung iaitu sejenis makanan alternatif yang murah bagi ternakan lembu.

“Saya beri lembu peliharaan makan tiga jenis rumput tersebut dan silaj jagung selain dedak, ini mengurangkan kos makanan kerana tidak terlalu bergantung kepada dedak sahaja,” katanya.

Mohd Zulkifli berkata kejayaan beliau mewujudkan satu ekosistem penternakan yang baik dan mengurangkan kos telah mendapat perhatian pihak berwajib dan seterusnya diberi amanah dan tanggungjawab sebagai mentor kepada rakan-rakan yang lain.

“Selain jadi mentor kepada penternak lain, saya juga sering membuat live melayan sahabat-sahabat di TikTok berkongsi pengalaman kaedah terbaik saya seperti untuk gemukkan lembu dan bantu lembu melahirkan anak,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ