web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Murtabak Opor Miliki Peminat Tersendiri

Kisah Kita Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2021 8:29AM

Jamilah sedang memasak murtabak opor di Martabak House yang terletak di bangunan LKNP, Pekan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PEKAN - "Kemahiran dan pengalaman banyak memainkan peranan dalam memastikan rasa murtabak dihasilkan kekal konsisten sejak 30 tahun lalu," demikian perkongsian pemilik Martabak House, Jamilah Abd Rahman. 

Beliau yang kini berusia 60 tahun, memulakan perniagaan murtabak sejak tahun 1981 di tingkat atas pasar basah Pekan bersama suaminya, sebelum berpindah ke lot kedai yang diusahakan sekarang. 

Lebih mesra dengan panggilan Kak Milah, setiap kepakaran dimiliki sudah diturunkan kepada anak dan menantunya yang turut membantu mengusahakan kedai yang terletak di Bangunan Lembaga Kemajuan Negeri Pahang (LKNP), di pusat bandar Pekan. 

Kak Milah berkata, idea memperkenalkan juadah murtabak opor bermula kira-kira tiga tahun lalu dan strategi itu ternyata berkesan dan mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan. 

“Murtabak opor dihasilkan menggunakan enam bahan utama iaitu daun bawang, telur, daun sup, tomato, lada besar dan pes opor resipi sendiri yang dicampur dan dimasak sekurang-kurangnya 15 minit. 

"Kita menggunakan enam biji telur untuk menghasilkan sebiji murtabak bagi memberikan rasa yang lebih unik dan menarik. 

"Berbanding murtabak dihasilkan pengusaha lain, jumlah telur sebenarnya memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti rasa. Ada sesetengah pengusaha hanya menggunakan dua atau tiga biji telur sahaja untuk (menghasilkan) sebiji murtabak," katanya. 

Beliau turut menawarkan dua jenis murtabak opor dan terpulang kepada pelanggan untuk memilih opor daging atau ayam sebagai ramuan utama dalam murtabak dipesan mereka. 

"Harga ditawarkan juga sangat berpatutan dan dijamin memberi kepuasan kepada pelanggan. Setiap martabak dihasilkan di sini dijual pada harga antara RM12 hingga RM20 sekeping. 

"Sepanjang bulan Ramadan, biasanya kami boleh menjual sehingga 200 keping murtabak opor sehari dan kami ada juga menerima tempahan dari pelbagai agensi kerajaan dan pejabat wakil rakyat yang menganjurkan majlis berbuka puasa. 

"Selain itu, jenama murtabak opor Pekan juga sudah tersohor di Lembah Klang dan Putrajaya dan kami sedang menguruskan tempahan sebanyak 200 keping yang dibuat oleh seorang kenamaan bagi majlis berbuka puasa hujung minggu ini," katanya. 

Ketika ditanya mengapa beliau tidak menghasilkan murtabak sejuk beku seperti kebanyakan pengusaha lain, Kak Milah berkata, rasa atau kualiti murtabak sangat sukar dikekalkan apabila diproses secara sejuk beku. 

"Saya sangat teliti dan pentingkan kualiti... bukan tidak mahu cuba buat konsep murtabak 'frozen', cuma bukan untuk masa terdekat. 

"Lagipun kalau kena dengan cara, murtabak tidak mudah basi dan di situlah pentingnya pengalaman dan kemahiran yang kita miliki," katanya. - Getaran, 30 April 2021

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin