web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Popia Goreng, Air Tebu, Kenangan Balu Wira Tragedi Berdarah Simunul

Kisah Kita Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2021 8:29AM

Sitti Bandorah menerima sumbangan dari Ahmad Fuad Othman.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Setiap kali menjelang bulan Ramadan, pastinya popia goreng dan air tebu menjadi hidangan tetap Sitti Bandorah Mahalil, 46, ketika berbuka puasa.

Bagi ibu kepada empat anak ini, ia bukan sekadar menu berbuka biasa, sebaliknya makanan itu menjadi kegemaran suaminya, Allahyarham Sarjan Abdul Aziz Sakiran, sebelum terkorban dalam insiden berdarah di perkampungan air Sri Jaya, Simunul, lapan tahun lalu.

Sitti Bandorah yang ditemui di kediamannya, berkata, menjadi rutinnya sebagai suri rumah tangga untuk menyediakan sendiri popia goreng kegemaran suaminya.

"Biasanya saya akan menyediakan inti popia dua atau tiga hari sebelum Ramadan.

"Dan sebelum waktu berbuka, biasanya arwah suami akan pulang ke rumah dan membawa saya keluar untuk membeli air tebu di bazar Ramadan," katanya.

Menurut Sitti Bandorah, sebaik mendapatkan air berkenaan, mereka akan pulang sebelum mula menggoreng popia yang sudah disediakan lebih awal.

Namun, itu semua kenangan sebelum Abdul Aziz pergi selama-lamanya pada 2013, meninggalkan Sitti Bandorah membesarkan empat anak mereka bersendirian.

"Kini, walaupun suami sudah tiada, popia dan air tebu tetap saya sediakan.

"Jika bukan bulan Ramadan, adakalanya saya tetap membuat popia goreng untuk disedekahkan kepada orang lain sebagai amal untuk suami," katanya.

Abdul Aziz adalah antara enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap di Simunul pada 2 Mac 2013, susulan insiden pencerobohan Tanduo oleh kumpulan pengganas dari Selatan Filipina di Lahad Datu.

Abdul Aziz (bawah kiri) adalah antara enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap di Simunul pada 2 Mac 2013.
Abdul Aziz (bawah kiri) adalah antara enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap di Simunul pada 2 Mac 2013.

Menurut Sitti Bandorah, paling terkesan dengan insiden tersebut adalah anak bongsunya yang kini belajar di Tingkatan Empat.

"Pantang saya lambat menjemputnya di sekolah, pasti dia akan merajuk.

"Kejadian itu berlaku, selepas pemergian suami. Saya faham, mungkin kejadian itu meninggalkan kesan mendalam buatnya sehingga kini," katanya.

Malah anak bongsu lelakinya itu turut berpesan kepada Sitti Bandorah agar mengikutinya ke mana saja dia pergi untuk menyambung pelajaran kelak.

"Dia tidak mahu berjauhan dari saya. Mungkin kerana bimbang akan kehilangan saya seperti mana dia kehilangan ayahnya dulu," katanya.

Biarpun air mata gagal dibendung setiap kali bercerita mengenai sejarah berdarah itu, ia tidak membuatkan Sitti Bandorah rebah menyerah pada takdir semata.

Sebaliknya, wanita ini terus cekal untuk menerima takdir yang tertulis buat mereka sekeluarga.

Buktinya, anak sulung pasangan ini, Mohd Farizul Helmi Abdul Aziz, 27, kini memilih mencurahkan bakti sebagai anggota polis, menyambung legasi kerjaya yang ditinggalkan ayahnya.

"Terus terang, ketika anak memaklumkan diterima menjalani latihan polis, hati saya tenang dan reda.

"Saya ikhlaskan dia untuk menjadi polis. Bagi saya, mati itu pasti dan begitu juga cara kita meninggal dunia, semuanya sudah ditetapkan Allah," katanya.

Justeru, Sitti Bandorah tidak ralat anaknya memilih kerjaya berisiko seperti Allahyarham suaminya, sebaliknya terus menyokong Mohd Farizul.

"Walaupun pemergian suami cukup perit, namun, saya tahu ia satu pengorbanan mulia.

"Begitu juga dengan kerjaya mereka," katanya.

Terdahulu, Sitti Bandorah menerima lawatan dan sumbangan daripada Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Ahmad Fuad Othman sempena Majlis Penutupan Hari Ulang Tahun Penubuhan ESSCom Ke-8, baru-baru ini. – Getaran, 19 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

2

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Filipina Akan Diterbangkan Ke Manila - Saifuddin

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Ni Punya Besar, Apa Dia Makan Agaknya Ek?

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid