Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Parut Tembakan Bukti Pengorbanan Lans Koperal (B) Samin Tentang Komunis

Kisah Kita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 10:08AM

Samin Parlan, 82, menunjukkan gambar kenangan ketika bertugas sebagai anggota Terup 5C Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PONTIAN - Kesan parut tiga das tembakan di tubuh menjadi bukti pengorbanan dan penderitaan Lans Koperal (B) Samin Parlan dalam menentang komunis 46 tahun lepas.

Samin, 82, sesungguhnya tidak akan melupakan insiden tembak-menembak yang berlaku di pekarangan sebuah rumah di Jalan Princes, Pasir Pinji, Perak pada 5 petang, 25 Ogos 1976 ketika beliau berkhidmat sebagai anggota Terup 5C Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Dalam kejadian itu, beliau yang ketika itu berpangkat konstabel dan berusia 36 tahun terkena dua tembakan di perut serta satu di dada. 

Menceritakan peristiwa hitam itu kepada Bernama, Samin berkata ketika itu beliau bersama dua rakan, dikenali sebagai Yam Yam Fong dan Mohamad Salleh ditugaskan untuk membantu seorang Pegawai Cawangan Khas Inspektor Mat Zin ke rumah tersebut yang dipercayai tempat persembunyian komunis. 

“Sebaik sampai di rumah berkenaan, kami melihat ada seorang lelaki dipercayai ejen komunis keluar dari hutan berdekatan hendak masuk ke rumah itu dan kami tahan serta periksa. 

“Tak lama selepas itu terdengar bunyi tembakan, tapi tak dapat dipastikan dari arah mana tembakan itu. Ia berlaku dengan cepat dan kami berbalas tembakan. Saya hanya sedar apabila sudah terbaring cedera bersama Mohamad manakala Yam Fong selamat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kayu Ara Pasong di sini baru-baru ini. 

Samin Parlan menunjukkan serpihan peluru yang telah dikeluarkan daripada badannya. - Gambar Bernama
Samin Parlan menunjukkan serpihan peluru yang telah dikeluarkan daripada badannya. - Gambar Bernama

Beliau berkata Inspektor Mat dan seorang ejen komunis maut dalam insiden itu namun polis berjaya merampas selaras pistol, sejumlah peluru dan sejumlah dokumen berkaitan komunis di lokasi kejadian. 

Bergenang air mata bapa kepada dua anak itu apabila menceritakan terpaksa dirawat kira-kira empat bulan di Hospital Kuala Lumpur akibat kecederaan dialami, lebih-lebih lagi mengenangkan isterinya, Azizah Sohadi, yang kini berusia 72 tahun dan anak-anaknya yang masih kecil ketika itu. 

Samin berkata kesakitannya tidak terhenti di situ kerana terpaksa menanggung derita selama 10 tahun akibat tembakan di perut kanan yang terkena saraf sekali gus menyukarkannya untuk berjalan dan perlu menggunakan tongkat sehingga kini. 

“Satu tembakan di dada tidak tembus dan hanya menyebabkan luka, satu peluru di perut kiri berjaya dikeluarkan menerusi pembedahan tetapi satu peluru di perut kanan tersangkut dan terkena saraf.

“Doktor pada masa itu memaklumkan sangat berbahaya untuk mengeluarkan peluru itu, oleh sebab itu saya kena tanggung sakit dan derita selama 10 tahun hingga saya berubat rawatan Islam sekitar 1986 dan serpihan peluru itu akhirnya dapat juga dikeluarkan,” katanya. 

Samin yang bersara pada 1995 selepas berkhidmat 31 tahun dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata peristiwa itu sentiasa segar dalam ingatannya namun terbuku hasrat ingin berjumpa dengan Yam Fong dan Mohamad yang telah terputus hubungan selepas kejadian itu. 

“Yam Fong dan Mohamad ditukarkan ke tempat lain selepas kejadian itu dan saya tidak dapat berjumpa langsung dengan mereka, tidak tahu ke mana (mereka ditukarkan) ... kami terputus hubungan dan kejadian itu berlalu begitu sahaja,” katanya. 

Samin yang masih mengingati nombor badan (nombor anggota) Yam Fong iaitu 6030 manakala Mohamad bernombor 41915 berkata beliau sentiasa mendoakan kesejahteraan dua rakannya itu dan berharap dapat berjumpa jika mereka masih hidup.

Penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) itu pada masa sama turut menitipkan pesanan buat semua wira dan wirawati negara agar sentiasa cekal dalam menjalankan tugas, amanah dan setia kepada negara, agama dan bangsa. 

“Kepada semua wira dan wirawati di darat, laut dan udara yang sentiasa bertugas untuk bangsa dan negara, Keluarga Malaysia sentiasa mendoakan kamu semua.

“Pada masa yang sama, jangan lupa kepada saudara kita yang banyak berjasa dan telah uzur serta hilang keupayaan tenaga serta balu-balu dan anak-anak yang kehilangan keluarga dalam mencapai kebebasan negara tercinta ini,” kata Samin yang menerima PJPN awal tahun ini. - Bernama

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 13 jam yang lalu

'Man Kubur' Tolak Rasa Malu, Teruskan Legasi Ayah Hasilkan Kepok Kubur

Kisah Kita 1 hari yang lalu

MH17 Dorong Dr Rabi’ah Adawiyah Sertai Forensik Pergigian