Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Aktif Bersukan Meski Berkerjaya, Ida Bawa Nama Malaysia Dalam ‘Ultimate Frisbee’

Kisah Kita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2022 9:29PM

Nuraida banyak terlibat dalam perlawanan antarabangsa dengan mewakili kelab dan negara.  

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sibuk bekerja bukan alasan bagi seorang anak Felda untuk aktif dalam sukan ‘ultimate frisbee’ sehingga membawanya ke lebih 10 negara, termasuk Amerika Syarikat (AS).

Walaupun kini bergelar pegawai di sebuah bank di ibu negara, Nuraida Abd Khalid, 37, terus aktif mewakili Malaysia dalam sukan tersebut dan berentap dengan pemain profesional di peringkat antarabangsa.

Mula berkecimpung dalam sukan ‘ultimate frisbee’ sejak awal zaman universiti, minat terhadap aktiviti itu turut memberinya pelbagai pengalaman menarik.

“Berlatar belakang keluarga yang sememangnya suka aktiviti bersukan, sepanjang umur remaja saya banyak terlibat dalam pelbagai aktiviti ini, seperti bola jaring, bola baling, hoki dan acara padang serta balapan mewakili sekolah, daerah dan negeri. Pendek kata, saya sangat berminat dengan aktiviti sukan dan bergerak aktif.

“Saya mula berkecimpung dalam sukan ‘ultimate frisbee’ apabila ia diperkenalkan ketika saya menghadiri minggu orientasi di universiti saya masuki, iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Pembabitan dalam ‘ultimate frisbee’ memberi pelbagai pengalaman dan kemahiran menarik kepada Nuraida.
Pembabitan dalam ‘ultimate frisbee’ memberi pelbagai pengalaman dan kemahiran menarik kepada Nuraida.

“Semenjak itu, saya mula tertarik dengan kelebihan sukan ini yang tidak memerlukan pengadil dan sebarang perselisihan faham di dalam perlawanan akan diselesaikan secara baik serta sewajarnya antara atlet dengan peraturan ditetapkan,” katanya kepada Getaran.

Bermula pada tahun 2016 sehingga kini, beritahu Nuraida yang senang disapa Ida, dia banyak terlibat dalam perlawanan antarabangsa dengan mewakili kelab dan negara.  

Sudah menjejakkan kaki ke lebih 10 negara, katanya, pengalaman bermain di setiap tempat pastinya berbeza.

“Contohnya dari segi menyesuaikan diri dengan perbezaan cuaca, penggunaan bahasa berlainan ketika perlawanan dan beberapa peraturan tidak sama seperti di AS apabila menggunakan isyarat tangan.

“Meskipun mengalami perbezaan ini, saya sangat menghargai dan sentiasa belajar dengan pengalaman dilalui. Sedikit sebanyak ia boleh membantu saya untuk membuat persediaan menghadapi perlawanan pada masa akan datang,” katanya.

Ditanya apakah nilai perlu ada bagi seseorang yang ingin menempa kejayaan dalam kerjaya dan sukan sepertinya, dia berkata, setiap individu pasti mempunyai cara tersendiri.

Kongsi Ida, ‘resepi’ kejayaannya adalah sentiasa mempelajari perkara baharu, menerima kritikan, tidak lokek berkongsi ilmu dan terbuka menerima pandangan individu lain untuk kemajuan diri sendiri dalam kerjaya serta sukan.

Tambahnya, dia tidak mempunyai inspirasi spesifik, namun lebih terdorong dengan rasa kagum dan banyak belajar melalui individu yang berjaya dalam bidang masing-masing.

Individu tersebut kata Ida, terdiri dalam kalangan mereka yang dikenali umum atau dekat dengan dirinya.

Nuraida
Nuraida

Diaju saranannya kepada anak muda untuk bijak membawa diri dalam kehidupan, dia menitipkan pesanan supaya mereka mementingkan keseimbangan dari segi kerjaya dan sukan.

Generasi muda, katanya, perlu sentiasa ingin belajar perkara baharu, tidak malu bertanya dan mencari cara motivasi tersendiri untuk mengembangkan kemahiran.

“Yang paling penting ialah mengetahui tahap keperluan mental dan fizikal diri,” katanya.

Bagi persoalan mengapa seseorang itu perlu terus tekun mengejar impian meskipun terpaksa menempuh pelbagai rintangan, Ida mengakui, sememangnya bukan mudah untuk mencapai sebarang kejayaan, memandangkan mereka  semestinya berdepan halangan sama ada kecil atau besar.

Menurutnya, setiap kegagalan di pertengahan jalan boleh diambil sebagai pembelajaran untuk mengecapi kejayaan di masa depan.

“Dengan sentiasa tekun, berusaha dan tidak mudah menyerah kalah, pastinya akan mendatangkan hasil yang baik suatu hari nanti,” katanya lagi. - Getaran, 25 Mei 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

'Man Kubur' Tolak Rasa Malu, Teruskan Legasi Ayah Hasilkan Kepok Kubur