Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bijak Bermain Kata, Sajak Teo Wei Sing Tembusi Dunia

Kisah Kita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 1:30PM

Cikgu Teo Wei Sing

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Tugas sebagai pendidik sejak kira-kira 15 tahun lalu tidak pernah menghalang minat Cikgu Teo Wei Sing untuk terbabit secara serius dalam seni mendeklamasi sajak.

Beliau yang sebelum ini bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan Sastera di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tanah Putih, dekat sini, pernah mendeklamasikan sajak berbahasa Melayu di Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris, Perancis pada tahun 2016.

“Deklamasi sajak di pentas dunia menjanjikan pengalaman yang sangat menarik kerana sebelum program itu berlangsung, berlaku serangan pengganas di sana. Namun, ia (siri serangan pengganas) tidak melunturkan semangat saya,” katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Wei Sing yang kini berusia 39 tahun ialah lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan bukan sahaja mampu menyampaikan sajak dengan penuh penghayatan, namun turut berbakat besar dengan menukil sendiri ribuan sajak berkualiti.

Setakat ini, beliau sudah menghasilkan kira-kira 500 sajak dengan sebahagian daripadanya sudah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris, Mandarin dan Perancis.

Wei Sing (paling kanan) bersama penggiat seni Pahang dalam acara keseniaan di Kuantan, baru-baru ini.
Wei Sing (paling kanan) bersama penggiat seni Pahang dalam acara keseniaan di Kuantan, baru-baru ini.

“Kunjungan ke Perancis pada 2016 adalah kali ketiga saya bersajak di luar negara, sebelum itu saya pernah mendeklamasikan sajak di Medan, Indonesia pada tahun 2013 dan Beijing, China pada 2014,” katanya yang turut mempunyai 20 buku mengumpulkan karya peribadi dan himpunan puisi bersama penulis lain.

Ketika pandemik COVID-19 melanda negara pada 2020, Wei Sing tidak melepaskan peluang menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Nor Hisham Abdullah dengan menghasilkan sajak khas untuk mereka.

Katanya, sajak bertajuk ‘Engkaulah Obor Nasionalisme Malaysia’ itu disiapkan dalam tempoh empat hari, sebagai tanda dedikasi beliau terhadap penghargaan semua petugas barisan hadapan.

“Saya tidak sangka sajak ini mendapat perhatian ramai pihak dan menjadi tular (viral), sekali gus memberikan kepuasan tersendiri kerana inilah cara terbaik seorang pemuisi atau seniman membalas jasa mereka (petugas barisan hadapan).

“Saya kira melalui sajak itulah saya luahkan penghargaan kita semua kepada mereka,” kata anak jati Kuantan itu.

Hasil karya Wei Sing juga dibukukan dan diterbitkan Institut Terjemahan Buku Malaysia pada tahun 2015 dan beliau pernah menerima Hadiah Penghargaan Khas (Kategori Buku Puisi) sempena Anugerah Hadiah Sastera Darul Makmur. - Getaran, 16 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 minggu yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru PASTI Dakwa Ditindas: ‘Berikan Hak Kami!’

3

Semasa 4 bulan yang lalu

2 Lelaki Maut Dalam Kemalangan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

10 Guru Antara 31 Cedera Disengat Tebuan Tanah

Sorotan

1

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

2

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 10 jam yang lalu

7 Tahun Terpisah, Akmal Hadi Gembira Bertemu 'Puteri' Panda Jagaannya Di China

Kisah Kita 1 hari yang lalu

Mengikut Peredaran Masa – Kisah Tukang Baiki Jam

oleh Wartawan Getaran