Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


“Tiada Istilah Terlewat Memulakan Kebaikan” - Hafizul Faiz

Selain memperjuangkan isu pendidikan, Faiz sedang dalam perancangan menubuhkan sebuah pertubuhan baru yang memfokuskan kepada kesihatan mental.

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 3:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Kita sembuh dengan menyembuhkan orang lain,” demikian kata sukarelawan dan pengarah operasi pertubuhan bukan kerajaan Untuk Malaysia, Mohd Hafizul Faiz, 30 ketika bercerita tentang kerja-kerja kemasyarakatan yang dilakukan.

Bermula sejak zaman universiti lagi, lelaki kelahiran Sik, Kedah ini sudah melatih dirinya untuk mendengar keluh-kesah dan melakukan sesuatu untuk memecahkan belenggu masalah.

Tidak hanya sibuk menghadiri kelas kuliah, Faiz pernah menjadi tenaga pengajar secara sukarela di rumah anak yatim dan Buku Jalanan Chow Kit.

Faiz juga berpengalaman dalam kerja mencari dana ketika terlibat dengan The Nasi Lemak Project iaitu sebuah usaha yang dijalankan anak muda bagi menggalakkan golongan miskin kota menjadi usahawan dengan menjual nasi lemak. 

Kini, langkahnya lebih besar seiring bertambah usia. Ketika pandemik bermula, sebuah laporan daripada Tabung Kanak-kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) sampai kepadanya menunjukkan kemelut pendidikan yang besar bakal berlaku iaitu kes keciciran kanak-kanak seluruh dunia yang dinamakan the lost generation.

“Laporan UNICEF itu menunjukkan kanak-kanak yang tercicir akibat pandemik ini bakal mencipta tiga kesan jangka masa panjang yang lebih besar. 

“Pertama, mereka berkemungkinan menjadi penjenayah. Kedua, kanak-kanak ini akan hilang motivasi untuk mengejar silibus pembelajaran membuatkan mereka tidak lagi berminat untuk hadir ke sekolah.

“Laporan menunjukkan jika seseorang kanak-kanak itu masih tidak boleh membaca setelah mencecah umur 12 tahun, mereka tidak akan ada motivasi lagi untuk melakukannya. Ketiga, mereka mungkin tak ada kerja dan akan miskin sampai mati,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Melihat kepada keadaan yang semakin meruncing ini, Faiz bersama-sama lima rakan yang lain termasuklah mantan menteri pendidikan, Dr. Maszlee Malik menggerakkan sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan yang diberi nama Untuk Malaysia pada tahun 2020, memfokuskan kepada pendidikan dan krisis kanak-kanak cicir.

“Hasil carian kami menunjukkan belum ada lagi program khas tentang murid cicir. Jadi kami memulakan projek ini dengan bantuan dan pandangan daripada beberapa individu antaranya pengasas KinderKaizen, Dr. Putri Afzan Maria Zulkifli. 

“Tumpuan kami khusus untuk murid yang tidak boleh membaca, mengira dan sukar memahami penyataan ringkas. Sukarelawan yang kami gelar changemaker akan dilatih dan dilepaskan dengan modul khas untuk membantu anak-anak di lapangan.

“Daripada 300 orang kanak-kanak cicir, kini 269 sudah boleh membaca,” terangnya yang juga merupakan penulis buku Poskad-poskad Penghujung Semesta.

 

Tentang Zarif dan Zafrul

Berada di tengah denyut masyarakat, ada banyak sebenarnya cerita yang dikumpulkan para sukarelawan Untuk Malaysia.

“Ada cerita tentang Zarif dan Zafrul.  Mereka ada tujuh orang adik-beradik yang tinggal di Bangi. Ibunya baru bercerai dan bekerja sebagai bidan.

“Semasa pandemik, mereka tak dapat menyertai kelas dalam talian kerana ibunya hanya ada satu telefon sahaja yang dibawa pergi bekerja. Mereka pula tidak memiliki komputer atau tablet.

“Kami kemudian bawa changemaker ke kampung untuk ajar mereka. Zarif nak jadi doktor, manakala Zafrul nak jadi angkasawan. Mereka nak belajar matematik tapi tidak boleh membaca.

“Jadi kita buat permainan yang sesuai cita-cita itu agar mereka rasa seronok nak belajar. Kami tekankan aspek emosi dan motivasi supaya mereka merasakan pendidikan ini penting. Dengan pendidikan mereka dapat ubah diri, keluarga dan masyarakat,” katanya. 

 

Tidak terlambat memulakan sesuatu

Setelah dua tahun bersama-sama Untuk Malaysia. Kini, Hafizul Faiz merasakan sudah masanya untuk dia membantu lebih ramai orang.

Setelah memperjuangkan pendidikan, Faiz sedang dalam perancangan menubuhkan sebuah pertubuhan baru yang memfokuskan kepada kesihatan mental.

“Asalnya saya ingin membantu insan terdekat yang berdepan dengan isu kesihatan mental. Saya kemudian menyedari rupanya ramai juga yang berhadapan dengan masalah yang sama namun tak mampu untuk membayar sesi terapi.

“Jadi, target saya ialah kita cari dana dan bantu seramai mungkin orang untuk pergi sesi terapi,” terangnya.

Ditanya apakah yang mendorongnya untuk kekal melakukan kerja menyumbang kepada masyarakat walaupun tidak mendatangkan apa-apa pulangan kewangan, Faiz tersenyum. 

“Saya selalu merasakan ada sebuah perasaan puas bila kita melihat seseorang keluar dari masalah. Segala yang kita berikan akan datang kembali kepada kita walaupun bukanlah dalam bentuk wang tetapi ketenangan yang sangat bernilai untuk dipegang.

“Ada makna yang lebih besar dan dalam tentang hidup bila kita membantu orang lain. 

“Sebenarnya pernah juga saya terfikir semua ini sangat mustahil. Tapi bila ada target dan tujuan, akan selalu ada jalan. Tidak ada istilah terlambat untuk memulakan sesuatu kebaikan.

“Ia bukan tentang kepanjangan masa. Ia tentang kedalaman makna,” katanya menutup temu ramah. - Getaran, 16 Januari 2022

Isu Pada

Kenali Copenhagen, Antara Permata Di Bumi Scandinavia

15 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 11 bulan yang lalu

KBS Beri Keutamaan Kebajikan Atlet Di Kemboja

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Langkah Perluas Bantuan E-Dompet Bukti Kerajaan Dengar Suara Mahasiswa

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Dewan Rakyat: Isu Kebajikan Kanak-Kanak Dibangkit, KPWKM Jadi Tumpuan Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Anggota Tentera Terus Jadi Keutamaan Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

MH17 Dorong Dr Rabi’ah Adawiyah Sertai Forensik Pergigian

Kisah Kita 23 jam yang lalu

'Man Kubur' Tolak Rasa Malu, Teruskan Legasi Ayah Hasilkan Kepok Kubur

Minat dalam pembuatan kepok kubur dorong Aiman Hakim memilih kerjaya itu sebaik sahaja tamat persekolahan