Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Projek Kuih, Bantu Kelangsungan Hidup Asnaf

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2021 11:18AM

Peserta KWIH mempelajari cara-cara membuat kuih tradisional

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedudukan industri makanan yang kekal evergreen dan sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan, adalah faktor utama mendorong sekumpulan Asnaf di Batu 11, Gombak nekad menyertai Projek Kuih Warisan Ihsan Haridepan (KWIH), demi meneruskan kelangsungan hidup.

Anita Ghazali, 46 misalnya, terpaksa membanting tulang bagi membesarkan empat cahaya mata selepas pemergian suami pada Ogos tahun lalu, selain bergantung harap dengan bantuan zakat yang diterimanya setiap bulan.

Ibu kepada tujuh anak itu berkata, tiga daripada zuriatnya sudah bekerja dan memperoleh pendapatan sendiri, namun empat anak lagi masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan khusus yang bukan sedikit.

"Alhamdulillah, saya diperkenalkan dengan Projek KWIH dan diberi pendedahan dengan ilmu pembuatan kuih tradisional malah pada masa sama, kami diajar untuk menjadi seorang usahawan bagi menjana pendapatan tambahan.

"Daripada sebelum ini tiada apa-apa pendapatan, sekurang-kurangnya saya kini boleh mencari rezeki menerusi projek ini dengan sasaran RM100 sehari pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi Getaran, baru-baru ini.

Antara kuih yang dihasilkan oleh peserta KWIH
Antara kuih yang dihasilkan oleh peserta KWIH

Menurut Anita, beliau akan terus kekal bersama Projek KWIH kerana berpeluang menimba pelbagai ilmu secara percuma daripada pasukan berkenaan yang dibarisi tiga 'orang kuat' iaitu Pengarah Projek, Mohd Adly Rizal, Pengurus Projek, Aniza Azizuddin atau lebih dikenali sebagai Honey Ahmad dan Ketua Projek, Karla Karman.

Sementara itu, Suzana Abdul Wahab, 43, pula berkata, ilmu yang ditimba daripada Projek KWIH ini mampu membantunya keluar daripada kepompong kemiskinan.

Katanya, menanggung tujuh anak yang masih bersekolah berusia empat hingga 16 tahun memerlukan perbelanjaan besar dan memaksa beliau melakukan pelbagai kerja untuk menambah pendapatan.

"Saya bekerja sebagai pembersih rumah separuh waktu manakala suami pula hanya melakukan kerja kampung, justeru peluang menyertai projek ini adalah satu rahmat besar buat kami sekeluarga.

"Kursus serta pendedahan yang diberikan amat bermanfaat, dan berupaya membantu kami golongan asnaf untuk memperoleh pendapatan yang lebih stabil. Kerana itu juga saya bertekad untuk terus bersama KWIH sebingga berjaya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Presiden Pertubuhan Pembangunan Kebajikan Darul Ilmi Malaysia, Wan Razmi Wan Othman, berkata niat murni yang diusahakan ahli Projek KWIH dengan perancangan rapi menarik minatnya untuk menyumbang sama dalam pembangunan modal insan membabitkan golongan asnaf.

Katanya, objektif dibawa Projek KWIH ini amat dialu-alukan, lebih-lebih lagi ketika negara dan dunia masih lagi berdepan ancaman pandemik Covid-19 hingga mengakibatkan golongan asnaf yang susah semakin melarat.

"Melihatkan pelan jangka panjang yang diusulkan Adly, saya bersetuju menyediakan prasarana untuk digunakan sepanjang menjalankan projek ini, sekali gus memudahkan golongan berkenaan menjalankan aktiviti sepatutnya.

"Susulan itu, Darul Ilmi kini sedang dalam perancangan mewujudkan dapur berpusat untuk kegunaan peserta Projek KWIH, supaya mereka dapat mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakan ini," katanya. - Getaran, 29 Januari 2021

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

Sekolah, PIBG Kerjasama Wujudkan Tandas Pintar Bagi Keselesaan Murid