Berita Terkini

9 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


SCOPE Titik Permulaan Bekas Banduan Gapai Peluang Kedua

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 12:19PM

Peserta program Second Chances & Opportunities For People to Excel ini akan ditawarkan peluang pekerjaan. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dia pernah menjadi penagih tegar dengan rekod kemasukan ke penjara sebanyak 20 kali, malah pernah 10 kali bergelar penghuni di pusat pemulihan dadah.

Pengalaman pahit dilalui Rahim Jaafar, 50, menyebabkan lelaki itu sama sekali tidak pernah menyangka, kehidupannya mampu berubah menjadi lebih baik.

Rahim Jaafar
Rahim Jaafar

Terjebak dengan najis dadah seawal usia 20 tahun, Rahim berkata, segalanya bermula dengan pengaruh dan ajakan rakan, sehingga terkurung di sebalik tirai besi.

"Sepanjang terjebak dengan dadah, saya sama sekali tidak pernah menjangka mampu berubah menjadi lebih baik kerana hidup yang terumbang-ambing disebabkan kerap kali keluar masuk penjara serta pusat pemulihan.

"Apabila dibebaskan 25 Ogos tahun lalu, saya ditawarkan oleh pegawai penjara untuk program penempatan pekerjaan dan terus bersetuju dengan tawaran tersebut," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian program Second Chances & Opportunities For People to Excel (SCOPE) di Damansara, di sini.

Turut hadir, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, Pengarah Lembaga Pengarah HRD Corp, Datuk Seri Jamil Salleh dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Rahim yang bekerja dalam sektor perkilangan di sebuah syarikat swasta di Rawang, Selangor berkata, inisiatif program berkenaan perlu diteruskan memandangkan ia membuka jalan terbaik buat bekas banduan dalam mencari pekerjaan.

“Majikan juga amat menjaga kami, malah rekod kami sebagai banduan dirahsiakan dan perkara ini membangkitkan semangat untuk bergaul serta mendekati rakan-rakan sekerja dengan selesa.

“Ini adalah kaedah terbaik kerana bekas pesalah seperti kami sukar untuk mencari kerja. Jarang ada majikan sanggup mengambil risiko apabila melihat rekod jenayah dimiliki," keluhnya.

Enggan mensia-siakan peluang diberi, Rahim berazam untuk tidak kembali terjerumus dengan najis dadah dan nekad menjadi insan berguna agar mampu  memberi manfaat kepada dirinya sendiri serta keluarga.

“Sudah pelbagai pekerjaan yang saya lakukan, saya pernah menerima gaji sebesar RM25,000 sebulan namun jiwa saya tidak puas dan tidak tenang.

"Bila saya sertai program terbabit, inilah rezeki halal pertama yang saya perolehi,” luahnya sambil menitiskan air mata.

Low Weng Seng
Low Weng Seng

Bagi Low Weng Seng, 36, dia terharu kerana masih ada yang sudi menerima golongan sepertinya bekerja biarpun persepsi masyarakat sering memandang negatif golongan bekas banduan.

Menyifatkan tawaran itu sebagai peluang untuknya berubah, dia yang sebelum ini dihukum penjara lima tahun atas kesalahan berkaitan dadah dan judi berkata, peluang tersebut bakal dimanfaatkan sebaiknya.

“Saya berterima kasih kepada pihak penjara kerana membantu saya mendapatkan pekerjaan selepas dibebaskan.

“Saya akan bekerja bersungguh-sungguh untuk diri saya. Terima kasih kerana menerima kami bekas banduan,”katanya.

Sementara itu, bekas banduan yang hanya mahu dikenali sebagai Mahmud, 30, nyata teruja apabila dipilih untuk menyertai program berkenaan dan menyifatkan ia sebagai titik permulaan bagi mengubah kehidupan selepas keluar dari penjara.

Dia yang dihukum penjara tujuh tahun atas kesalahan merogol kini mampu menyesuaikan diri bergaul dengan masyarakat selepas dua tahun ‘terperap’ dalam penjara.

“Alhamdulillah, saya gembira dan terharu dengan peluang yang diberi dan saya berazam untuk melakukan yang terbaik untuk diri dan keluarga.

“Pada masa sama, saya bersyukur kerana keluarga dari Melaka sangat memberi sokongan kepada saya untuk berubah ke arah yang lebih positif dan menjadi seorang berguna,” katanya. – Getaran, 18 November 2021.

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 4 jam yang lalu

MH17 Dorong Dr Rabi’ah Adawiyah Sertai Forensik Pergigian