web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berkerusi Roda Bukan Halangan, Warga Emas Gigih Hulur Bantuan

Kisah Kita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 7:28AM

Chenny tidak menjadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Kekurangan diri sama sekali tidak menjadi penghalang buat seorang warga emas untuk melakukan kerja amal serta membantu individu lain yang berada dalam kesempitan.

Biarpun diuji dengan kehilangan kaki kanannya dan hanya bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak,  Chenny Tan, 68, lincah mengatur aktiviti khidmat masyarakat bagi membantu golongan memerlukan.

Menurut Chenny, sebelah kakinya terpaksa dipotong kerana jangkitan kuman akibat digigit anjing pada 2016 tetapi itu bukan alasan untuk dia meratapi nasib dan berkurung di rumah.

Mula menghulurkan bantuan pada skala kecil, wanita berhati waja itu tidak pernah menyangka kerja amal dilakukan menerima perhatian dan mendorong lebih banyak pihak tampil menghulurkan sumbangan.

"Kehilangan sebelah kaki sememangnya memberi kesan yang amat mendalam, tapi saya enggan membiarkan diri larut dalam kesedihan dan bertekad melakukan sesuatu agar boleh bergerak aktif.

"Program bantuan ini pada asalnya kecil-kecilan sahaja, tapi selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, semakin ramai rakyat terkesan," katanya kepada Getaran, ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Ronsome Ho (kanan) turut membantu Chenny memberikan sumbangan kepada orang ramai.
Ronsome Ho (kanan) turut membantu Chenny memberikan sumbangan kepada orang ramai.

Chenny memberitahu, dia bertuah apabila rakan baiknya, Ronsome Ho Choon Seng, 58 turut sama membantu.

"Sejak pandemik COVID-19 bermula, kami sedikit sibuk kerana banyak bantuan perlu diagihkan kepada golongam memerlukan.

"Bantuan kebajikan yang diagihkan ini adalah dana dan sumbangan daripada orang ramai terutamanya daripada golongan profesional seperti doktor," katanya.

Menurut Chenny, selain memfokus kepada penduduk setempat, bantuan juga diagihkan  kepada rakyat asing yang memerlukan.

"Selain menyumbang kit barangan keperluan, kami turut mengagihkan makanan siap dimasak yang boleh diambil di pusat khidmat masyarakat kami.

"Selagi ada tenaga dan kesihatan mengizinkan saya akan terus berbakti malah turut berhasrat membina sebuah rumah anak yatim dan orang tua sebelum tutup mata," katanya. - Getaran, 7 September 2021

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH