Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Rahsia Mami Zura Jual Kek Cecah Jutaan Ringgit!

Perlahan-lahan kayuh, akhirnya sampai ke destinasi jua. Ikuti pancaroba pengedar kek, Norazura Che Hamid.

Karier Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 2:00PM

Norazura Che Hamid bermula dengan menjual pakaian dan hijab, nekad membuat keputusan putaran 180 darjah dengan menceburi bidang perniagaan kek - Gambar oleh Nooreza Hashim

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada awalnya, menceburi bidang perniagaan kek dan bakeri tiada dalam kamus kehidupan seorang pengedar kek, Norazura Che Hamid, 35.

Dibesarkan dalam keluarga usahawan, Norazura atau lebih senang disapa dengan panggilan Mami Zura mengakui dunia perniagaan sangat mencabar.

Jika hari ini, perniagaan anda di hadapan, mungkin hari esok perniagaan anda ‘hilang’ dalam sekelip mata jika tidak diuruskan dengan pintar dan sesungguhnya.

Dia yang bermula dengan menjual pakaian dan hijab, nekad membuat keputusan putaran 180 darjah dengan menceburi bidang perniagaan yang sangat asing bagi dirinya ini.

Ikuti kisah pelayaran dunia perniagaan kek dan bakeri Norazura seperti di bawah:

Norazura bersama hasil jualan tahunannya yang mencecah jutaan ringgit - Gambar ihsan Norazura Che Hamid
Norazura bersama hasil jualan tahunannya yang mencecah jutaan ringgit - Gambar ihsan Norazura Che Hamid

1 – Bagaimana bermula? 

Pada mulanya, saya menceburi bidang perniagaan dengan hanya menjual pakaian kanak-kanak secara kecil-kecilan di dalam talian.

Namun, atas minat yang mendalam terhadap hijab, membuatkan saya tertarik untuk menjual sambil menjadi pembeli peribadi untuk beberapa jenama hijab keluaran selebriti tempatan.

Bermula dari situ, hari demi hari saya berusaha mengembangkan lagi penjualan koleksi hijab saya itu tadi dengan menjual lebih banyak jenama hijab terkenal, tempatan dan luar negara.

Alhamdulillah, akhirnya saya mampu membuka butik saya sendiri hasil keuntungan menjual hijab secara dalam talian tersebut. 

Dengan izin Allah SWT, saya beri nama butik itu sebagai Norazura Boutique.

2 – Bagaimana pula butik ini boleh berubah daripada butik hijab menjadi butik bakeri?

Dunia perniagaan sangat mencabar. Tidak tahu berlayar, nescaya bakal hanyut ditelan lautan. Begitulah perumpamaannya. 

Sejujurnya, perniagaan hijab memerlukan modal yang sangat besar. Ia juga hadir dengan pakej risiko yang sangat tinggi.

Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk mengubah model perniagaan kepada perniagaan makanan. Saya kira saya telah membuat keputusan tepat.

Dengan beralih kepada perniagaan kek dan bakeri di bawah jenama kek nombor satu Malaysia, Mamasab Bakery, saya memperolehi beberapa kelebihan besar.

Antaranya, modal ditanggung oleh pihak Mamasab Bakery.

Selaku antara pengedar utama, saya menjual dan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam aspek jualan dan pemasaran tanpa perlu risau tentang stok yang tidak habis terjual. 

Sekarang butik saya lebih dikenali sebagai Mamasab Sungai Buloh.

3 – Kisah-kisah menarik sepanjang menjalankan perniagaan? Kongsikan kepada kami.

Dalam dunia perniagaan, sudah tentu ada pasang dan surutnya. Namun, saya sentiasa fokus kepada perkara-perkara positif.

Alhamdulillah, saban tahun saya berupaya menyumbang sedikit sebanyak rezeki yang kami perolehi daripada hasil jualan kami kepada beberapa badan kebajikan dan rumah anak yatim.

Tidak perlulah saya menamakan mereka, cukup hanya Allah yang tahu.

4 – Pencapaian terbaik yang pernah dicapai sepanjang menjalankan perniagaan ini?

Melalui berniaga, saya dapat membeli kereta idaman saya iaitu Toyota Vellfire. Saya juga mampu membina rumah yang boleh saya panggil sebagai mahligai saya.

Paling penting, saya mempunyai lebih banyak masa untuk bersama suami dan tiga anak tercinta. Bagi saya, melihat mereka membesar di hadapan mata ialah satu anugerah yang tidak ternilai. 

Ia sama sekali tidak boleh dibandingkan dengan harta duniawi dan wang ringgit.

5 – Nasihat kepada wanita di luar sana yang ingin menceburi dan berjaya dalam bidang perniagaan seperti anda.

Dunia perniagaan memerlukan usaha yang gigih tanpa mengenal masa. Yang paling penting ialah hubungan di dalam perniagaan.

Mamasab Bakery mempunyai sistem perniagaan dengan sokongan yang menyeluruh. Di bawah sistem ini, saya sebagai pengedar memiliki kumpulan saya sendiri iaitu Mami Zura Network.

Kami menyediakan bimbingan secara percuma untuk semua golongan, wanita mahupun lelaki di luar sana untuk mula berniaga tanpa mengeluarkan sebarang modal. – Getaran, 17 Julai 2022

Isu Pada

Adicita Pa’din Musa

16 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

2 Anggota Polis Antara 4 Individu Didakwa Rompak Libatkan Jutaan Ringgit

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Dakwaan Kos Bina Bilik Darjah Cecah RM1.8 Juta Tidak Tepat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keputusan Rayuan Lucut Hak Wang Sembilan Entiti Termasuk UMNO, Wanita MCA Pada 2 Sept

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM