Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerjaya Jurubahasa Membuka Ratusan Peluang

Tidak ramai yang mengetahui selok-belok sebenar kerjaya sebagai seorang jurubahasa. Minggu ini kami paparkan kelebihan kerjaya tersebut bersama jurubahasa profesional Syukry Hamidi.

Karier Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 1:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kita mungkin pernah mendengar tentang pekerjaan jurubahasa ini, namun ramai yang tidak tahu ciri-ciri sebenar pekerjaan tersebut.

Apakah perbezaannya dengan penterjemah pula?

Di dalam dunia profesional, seorang penterjemah, secara umum adalah seseorang yang menterjemah teks dan dokumen manakala seorang jurubahasa adalah seseorang yang menterjemah perbualan dan sedutan audio secara lisan kepada seorang atau sekumpulan pendengar.

Sebagai contoh seorang jurubahasa kerap diperlukan dalam persidangan besar untuk menterjemah perbualan di antara dua pihak dari berlainan negara yang menggunakan bahasa asing.

Jurubahasa juga diperlukan untuk menterjemah ucapan dari bahasa asing kepada sekumpulan penonton di sebuah majlis dan seumpamanya.

Untuk mendalami lebih lanjut tentang kerjaya ini, kami dekati saudara Syukry Hamidi, seorang jurubahasa dan juga penterjemah profesional.

Kenapa anda memilih untuk menjadi jurubahasa dan bagaimana ia terjadi?

Secara jujurnya, saya rasa cukup teruja bila saya berjaya membantu dua pihak untuk saling memahami walaupun bertutur dengan dua bahasa berbeza.  Cuma gayanya macam 'ayam bercakap dengan itik'. Tapi bila 'sang kancil' (jurubahasa) menyelit di tengah-tengah, terus keduanya tersenyum. Senyuman itu yang menyemarakkan semangat saya untuk menjadi seorang jurubahasa.

Ia bermula secara suka-suka semasa belajar di Perancis.

Apabila ada kunjungan wakil diplomatik Malaysia atau keluarga dan sahabat handai yang melawat Perancis, saya bantu mereka untuk mengembara dengan mudah.

Orang Perancis memang terkenal dengan ketaksuban mereka dengan bahasa mereka dan keengganan untuk bertutur Bahasa Inggeris. Jadi, itulah peluang saya mengenali kerjaya selaku jurubahasa ini.

Apakah kelulusan yang anda punya dan apakah kelulusan yang diperlukan untuk menjadi seorang jurubahasa?

Latar belakang pendidikan saya ialah ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal dan sarjana dalam kejuruteraan industri serta alam sekitar daripada ESSTIN, Nancy, France. Semua ijazah saya diperolehi dalam Bahasa Perancis.

Sebaiknya, pada pendapat umum, seorang jurubahasa patut memiliki kelulusan dalam bidang linguistik ataupun kesusasteraan sesuatu bahasa itu.

Namun, pada pendapat saya, bahasa meliputi semua aspek kehidupan, daripada undang-undang, kejuruteraan, pendidikan, perubatan, ekonomi, agama dan banyak lagi. Jadinya, selagi ada minat mendalam seseorang itu untuk berkongsi kepakaran bidangnya dalam dua bahasa berlainan yang dikuasai dengan cemerlang, maka beliau layak menjadi jurubahasa.

Apakah skop pekerjaan seorang jurubahasa ?

Jurubahasa itu luas bidangnya. Secara kasarnya, ada dua bidang besar iaitu lisan dan bertulis.

Bidang jurubahasa lisan pula, yang saya amat minati, terbahagi kepada dua sub kategori, iaitu berturut dan serentak.

Bezanya ialah, jurubahasa kategori berturut hanya perlu menterjemahkan pertuturan setelah dua tiga ayat dituturkan. Manakala jurubahasa kategori serentak perlu menterjemah teks selepas setiap perkataan.

Jurubahasa bertulis pula mempunyai lebih banyak pecahan seperti dokumen biasa, dokumen rasmi, dokumen teknikal ataupun sarikata rancangan TV dan video.

Apakah cabaran yang anda hadapi dalam bidang ini?

Salah faham umum.

Ramai yang berprasangka bahawa banyak bahasa tidak memerlukan jurubahasa, lebih-lebih lagi bahasa yang biasa dituturkan oleh rakyat sesebuah negara itu.

Contohnya, peranan saya selalu dipersoal untuk penterjemahan Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris dan sebaliknya. Sedangkan, tugas saya bukanlah menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris rakyat Malaysia amnya adalah teruk. Jauh sekali. Pemandu teksi pun boleh 'speaking'.

Cuma tugas seseorang jurubahasa itu adalah menawarkan penterjemahan pihak ketiga yang neutral dalam sesuatu situasi seperti audit, temuduga ataupun perbicaraan mahkamah.

Seringkali berlaku, dalam sesuatu keadaan tertentu, ayat dalam bahasa asal adalah dua atau tiga kali ganda lebih panjang daripada terjemahannya. Jadinya, bila kita terjemah ayat yang panjang kepada sesuatu yang pendek, kadangkala boleh menimbulkan rasa curiga pihak terlibat. Maka, adalah penting untuk kita seimbangkan terjemahan supaya tidak terlampau panjang sebelah.

Tidak 'tambah Ajinomoto' atau perasa tambahan dalam terjemahan

Ini paling penting. Biar apa pun cabang yang diceburi, seseorang jurubahasa hanya boleh bertindak secara profesional iaitu menterjemah secara setepat mungkin apa yang diperkatakan tanpa menokok tambah pendapat sendiri.

Apakah yang paling anda suka tentang kerjaya ini?

Passionate

Saya memang meminati bidang bahasa, lebih-lebih lagi Bahasa Perancis. Jadinya bila kita minat, kerja tak rasa macam kerja. Minat itu menjadi bahan bakar untuk anda buat ekstra sentiasa.

Pay

Alang-alang dah minat, mengapa tak buat duit dengan minat, kan? Terus terang saya katakan, walaupun secara freelance, anda boleh menjana antara RM500-2000/sehari, bergantung kepada jenis tugasan.

Apakah kepuasan yang anda peroleh dari kerjaya ini?

Kita dapat banyak belajar daripada pelbagai sektor berlainan daripada bidang yang kita ceburi. Saya sendiri, dilatih sebagai jurutera, telah pun menterjemahkan perbualan dan teks untuk bidang perubatan,perundangan,hiburan dan sebagainya. Oleh itu, setiap peluang itu mengajar saya untuk menghargai contohnya para doktor,jururawat dan semua staf yang terlibat di sesebuah hospital ataupun tugasan hakim dan peguam dalam sesebuah kes.

Pesanan dan nasihat anda buat mereka yang ingin menceburi bidang ini?

Pastikan anda mula berjinak-jinak mencari minat dalam bidang bahasa ini sebelum menceburinya secara serius. Banyak etika jurubahasa yang perlu dikuasai supaya hasil kerja kita akan diperakui kualitinya.

Elakkan gelojoh dalam meletak caj perkhidmatan. Mulakan secara rendah ataupun percuma untuk dapatkan pengalaman. Apabila anda dah mula ada empat hingga lima tahun pengalaman, barulah mula menaikkan tarif setaraf profesional.

Pernah ada orang katakan pada saya "Dah bertahun aku kerja, tak pernah pun guna bahasa ketiga yang aku belajar kat Universiti dulu".

Bukan kerana anda tahu sesuatu maka anda akan mesti ditawarkan berkhidmat dengan ilmu itu.

Kalau begitu, mestilah tiada pengangguran sebab asalkan ada diploma atau ijazah, mesti ada kerja. Tak kan? Jadi, anda mesti konsisten 'menjual' kemahiran dan pengalaman anda supaya dapat sukses dalam bidang jurubahasa ini.

Selamat mencuba dan berjaya! - Getaran, 21 Mei 2022.

Foto : Syukry Hamidi

Isu Pada

Amir Masdi - Kebangkitan Seorang Rockstar

21 May 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Lelaki Warga Asing Maut Selepas Terlibat Dalam Pergaduhan Di Penampang

2

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Pelancong Jerman Maut Ditikam Berhampiran Menara Eiffel Di Paris

3

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

OKU Akad Nikah Guna Bahasa Isyarat, Penterjemah

4

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Enggan Tanggalkan Abaya, Sekolah Perancis Halau Puluhan Pelajar Perempuan Pulang

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 10 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini