Berita Terkini

13 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 13 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 13 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 13 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 13 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Ada Yang Cuba Menggatal, Model Muslimah Tetap Profesional!

Sepetang bersama Asyikin Mohamed selaku model Muslimah profesional, berbicara tentang liku-liku pentas peragaan Muslimah di Malaysia.

Karier Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2022 2:56PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sedar tidak sedar, kita sebenarnya bertuah dilahirkan di bumi Malaysia yang meraikan kepelbagaian yang majmuk dalam segala aspek. Bidang fesyen dan peragaan tidak terkecuali.

Pada hari ini, dunia fesyen tempatan gamat dengan kehadiran pelbagai jenama dan nuansa fesyen yang membentuk landskap fesyen negara kita. 

Selain fesyen arus perdana, fesyen Muslimah turut mendapat perhatian dan tempat di pasaran. Tidak lupa juga di hati masyarakat Muslim selaku masyarakat terbesar di Malaysia.

Asyikin Mohamed, model Muslimah profesional
Asyikin Mohamed, model Muslimah profesional

Model-model Muslimah mula membanjiri dan menghiasi katalog-katalog fesyen dan majalah tempatan. Kehadiran mereka sedikit sebanyak menambah ‘kesucian’ dalam arus fesyen semasa.

Namun, air tenang jangan disangka tiada buaya. Di sebalik dunia fesyen Muslimah ini juga ada geloranya. Cakap-cakap jahat mula menyelubungi. 

Bagi merungkai kontroversi ini, kami berbual bersama Nur Asyikin Mohamed (31), berbicara tentang kerjayanya sebagai seorang model Muslimah profesional, seperti di bawah:

1 – Bila bemula? Ceritakan kisahnya.

Pada tahun 2015, setelah tamat pengajian Sarjana Muda Pengajian Komunikasi dan Media di UiTM Shah Alam.

Kebetulan, kawan saya yang merupakan seorang jurugambar memberitahu saya terdapat sebuah jenama hijab memerlukan peragawati untuk menggayakan koleksi mereka.

Dia bertanya kepada saya, kalau-kalau saya berminat untuk melakukannya. Oleh kerana saya lapang dan tidak lagi bekerja semasa itu, saya pun mencuba.

2 – Adakah terdapat perbezaan ketara antara model biasa dengan model Muslimah?

Semestinya ada perbezaan. Paling utama dari segi pemakaian. Ia membezakan kami. 

Pakaian-pakaian yang digayakan kami mestilah menutup aurat. Terdapat juga pakaian-pakaian tertentu yang tidak boleh kami peragakan. Berlengan pendek, misalnya.

Penggayaan kami juga berbeza. Model biasa lebih bebas bergaya. Kami pula harus lebih sopan, tidak keterlaluan, tidak seksi, tidak mencolok mata dan tidak boleh ‘terkangkang-kangkang’. 

Yang lain sama sahaja. Cuma perkara yang utama kena jaga aurat dan perbatasan dengan orang-orang di sebalik tabir seperti klien, jurusolek, jurugambar dan penata gaya lain jantina.

3 – Cabaran sebagai wanita berhijab dalam menceburi bidang peragaan ini?

Mungkin ketika saya berhadapan dengan permintaan klien. 

Misalnya, ada jenis jenama yang meminta untuk saya singkatkan hijab atau mengenakan pakaian mereka yang sedikit berpotongan ketat tetapi tetap patuh syariah.

Kadang-kadang saya berhadapan dengan jurugambar yang tidak bersifat profesional. Ada yang tidak menepati masa, ada juga yang ‘menggatal’!

Namun, segalanya terserah kepada kamu. Cara kita melayan dan membidas semula perlakuan jelik mereka.

4 – Adakah terdapat sebarang diskriminasi terhadap model yang berhijab? Pernah mengalaminya? Kongsikan kepada kami.

Bagi saya, masyarakat Malaysia umumnya sudah mula dan berminat untuk menyarungkan hijab.

Pada zaman sekarang, saya kira tiada diskriminasi. Jika dahulu, ya mungkin ada sesetengah orang memandang rendah, enteng dan serong terhadap pekerjaan kami.

Namun, syukur masyarakat kini sudah mula terbuka dan menerima. 

Kalau dahulu bayaran tidaklah selumayan sekarang, tidak seberapa. Alhamdullilah, sekarang bayarannya setimpal. 

Saya sendiri melakukannya secara full time. Saya mengambil keputusan untuk berhenti pekerjaan lama kerana saya yakin dapat menjana pendapatan melalui bidang peragaan Muslimah ini.

5 – Harapan dan nasihat kepada mereka, terutamanya wanita berhijab yang ingin menceburi bidang peragaan Muslimah ini. 

Saya tahu ramai mahu mencuba-cuba untuk menjadi model Muslimah. Jika kita lihat di media sosial, ramai generasi muda sekarang yang rupawan.

Untuk mereka yang berani mencuba, hubungi mana-mana studio yang biasa melakukan penggambaran fesyen Muslimah. 

Jalani sesi casting kerana klien akan bergantung kepada studio untuk rekomendasi model-model Muslimah. Dari situ kamu akan kenali orang-orang industri. 

Nasihat saya juga, sebagai model Muslimah kamu harus pandai jaga diri. Tingkatkan keyakinan. Ya, keyakinan itu penting. Jangan malu-malu. Pekerjaan ini adalah satu pekerjaan yang halal. 

Apabila berhadapan dengan klien dan jurugambar, kita harus selalu bekerja secara profesional. Itu paling penting! - Getaran, 27 Mac 2022

Gambar: Asyikin Mohamed

Isu Pada

Coach Eddy Berbicara Tentang Kecergasan Dan Menjadi Pilihan Selebriti

26 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Tidak Halang Anak Ikut Jejak Langkahnya Jadi Penyanyi

2

Refleksi 6 bulan yang lalu

Golongan Melayu B40 Perlu ‘Fasih Mandarin’ Untuk Kerjaya!

3

Karier 7 bulan yang lalu

Kena Langgar 6 Kali, Tulang Terkeluar, Ubai Amir Dedah Cabaran Sebagai 'Stuntman'!

4

Karier 8 bulan yang lalu

“Ramai Tak Percaya Saya Doktor Gigi” – Dr Surendran

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Jadikan Bidang Keusahawanan Sebagai Kerjaya Utama - Ahmad Maslan