Berita Terkini

13 minit yang lalu: Peruntukan RM490,000 kepada usahawan agromakanan N.Sembilan terjejas banjir - MB 42 minit yang lalu: Permohonan pelanjutan tempoh surat VDR bagi pekerja asing 15 Februari - 30 September 1 jam yang lalu: Kutipan hasil Kastam bagi 2021 cecah RM42.50 bilion, lepasi sasaran awal RM40 bilion - PM 3 jam yang lalu: Kes harian COVID-19 di Korea Selatan melepasi 13,000 buat pertama kalinya 5 jam yang lalu: 47.5 peratus populasi dewasa terima dos penggalak setakat ini

IKUTI KAMI


Ramai Tak Tahu Kerjaya Jurugambar Fesyen Wujud!

Sepetang bersama Azim Mahayudin, bercerita tentang pahit manis menjadi seorang jurugambar fesyen dan editorial.

Karier Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 1:47PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah atau tidak, anda menyelak lembar demi lembar majalah, melihat foto-foto peragawan dan peragawati yang cantik molek, ditata perhiasan dan memakai busana yang indah-indah?

Tahu atau tidak sebenarnya, bagi mencapai foto-foto kirana dan mempesona seperti itu, anda perlukan seorang jurugambar yang khusus? 

Ya, ramai tidak tahu, sebenarnya fotografi itu mencakupi pelbagai jenis gambar. Fotografi itu tidak hanya tertakluk kepada gambar-gambar pemandangan semata-mata. 

Atau gambar-gambar harian yang tersemat di dada akhbar, mahupun gambar persandingan Raja Sehari di majlis kenduri-kendara. 

Fotografi fesyen dan editorial berada di liganya yang tersendiri. Tidak ramai yang mengetahui tentang wujudnya jurugambar fesyen dan editorial di Malaysia.

Mungkin tidaklah sebesar negara-negara Barat, namun kolam fotografi fesyen dan editorial di negara kita masih mampu memberi kelocaknya. 

Siapa lagi yang menangkapi foto-foto selebriti supaya kelihatan cantik dan tampan sentiasa, kalau bukan mereka? 

Ikuti temubual kami bersama Azim Mahayudin (28), berbicara tentang kerjayanya sebagai seorang jurugambar fesyen dan editorial, seperti di bawah:

Azim Mahayudin, jurugambar fesyen dan pengasas AM Studio
Azim Mahayudin, jurugambar fesyen dan pengasas AM Studio

1 – Ceritakan tentang diri anda dan latar belakang karier anda secara ringkas.

Saya merupakan lepasan graduan Sarjana Fotografi pada 2014. Kira-kira setahun saya melakukan perkhidmatan fotografi secara bebas, sehinggalah saya mampu membuka sebuah studio fotografi kecil saya sendiri pada 2015.

Meski memakan masa bertahun-tahun, menyemai usaha untuk menapak di industri fotografi ini, saya sempat bekerja dengan ramai selebriti, orang industri dan jenama-jenama fesyen tempatan yang sedikit sebanyak membantu menempa nama studio saya, AM Studio.

Pada 2017, saya mengambil keputusan untuk berkembang dari ‘one man show’ kepada studio yang memberi fokus kepada fesyen dan komersial. Dengan sokongan keluarga, rakan-rakan dan taulan yang percaya dengan hasil seni saya, saya berjaya mengembangkan perniagaan saya. 

Walaupun masih bertatih dengan pasukan seramai enam kakitangan, mereka penuh dengan semangat dalam bidang fotografi dan fesyen, sama seperti saya.

2 – Bagaimanakah anda menceburi bidang fotografi fesyen dan editorial ini? Dan apakah pula perbezaannya dengan seni fotografi yang lain?

Saya mula berminat dengan fotografi fesyen ini semasa saya melakukan latihan industri di sebuah syarikat majalah fesyen terkemuka tempatan pada 2013. 

Mengenali sidang redaksi dan melihat cara mereka bekerja telah memercikkan api minat yang membara terhadap bidang ini. Seterusnya memacu maju kepada apa yang saya boleh katakan dengan bangganya yakni karier saya.

Apa yang membuatkan fotografi fesyen dan editorial ini unik ialah perhubungan aktif bersama pelanggan (selebriti, jenama, produk) dalam melaksanakan hasil seni yang terbaik untuk penjualan sesuatu idea, produk atau cerita. 

Melalui proses idea kreatif dan perancangan rapi namun santai, ia menjadikan aliran fotografi jenis ini sebagai salah satu spektrum fotografi yang menyeronokkan! 

3 – Ceritakan kisah pahit manis memulakan studio di Malaysia? Apakah cabarannya? 

Sejurus tamat Sarjana Muda, saya melakukan perkhidmatan fotografi bebas tanpa sebarang matlamat. Saya juga pernah memohon untuk pekerjaan dan jawatan yang lari dari bidang saya. 

Keluarga saya menyedari akan situasi ini dan memutuskan untuk membantu saya membuka studio fotografi, di mana saya boleh mempunyai ruang saya sendiri untuk berkarya.

Namun, tidak semuanya indah belaka. Saya harus melakukan beberapa kerja sambilan bagi menampung kos-kos studio. 

Pada masa sama, menyambung pengajian sebagai rancangan karier sokongan sekiranya studio baru itu tidak boleh bertahan. Saya perlu menggenggam segulung Sarjana untuk kepastian.

Ia mengambil masa selama empat tahun yang panjang, yang penuh onak dan duri, sebelum ia benar-benar membuahkan hasil seperti mana yang saya bayangkan untuk AM Studio.

Sewaktu saya mula mengambil pekerja, ia satu situasi yang sangat berbeza. Saya perlukan masa untuk adaptasi kerana saya sudah terbiasa bekerja sebagai ‘pekerja’ dan bukan sebagai pemilik.

Jadi, mempelajari untuk menjadi seorang ketua itu juga memerlukan skil kemahiran yang berbeza. Sejujurnya saya menghadapi kesukaran beradaptasi, malah sampai sekarang. 

Namun, saya semat dalam hati, apalah erti kehidupan tanpa pengalaman dan pelajaran, bukan?

4 – Pencapaian terbaik sebagai seorang jurugambar fesyen dan editorial? Gambar paling bermakna pernah anda ambil? Ceritakan kisahnya.

Kepuasan pengalaman dan berkongsi pengetahuan merupakan sasaran yang selalu ingin saya sampaikan. Bagi saya, pencapaian terbaik yang dikecapi setakat ini ialah pengiktirafan daripada institusi-institusi akademik yang percaya dengan hasil seni yang dihasilkan oleh AM Studio. 

Kadangkala, saya dijemput untuk menjadi juri undangan, memberi syarahan dan berkongsi proses teknikal fotografi dan mengajar pelajar mereka, dengan harapan dapat memberi inspirasi kepada pelapis-pelapis muda ini pada masa hadapan. 

Dan bercakap tentang pengalaman dan pembelajaran, dalam hemat saya, apa yang dihasilkan oleh studio kami inilah yang sebenarnya banyak mengajar saya. Tiada gambar spesifik di dalam fikiran, tetapi beberapa siri editorial yang kami hasilkan.

Foto-foto editorial yang ‘keluar’ dari ruang lingkup sekatan seni yang ditetapkan oleh pelanggan. Cabarannya? Kebanyakan datang semasa proses idea dan perkembangan konsep. Bagaimana mahu melahirkan ekspresi, karakter, jalan cerita dan gaya untuk menjadikannya saling berpaut. 

Masa-masa inilah yang membuatkan saya merasa bebas, sebebas-bebasnya. Gementar itu pasti, tetapi hati senang menghasilkan karya. 

5 – Nasihat kepada mereka yang ingin menceburi bidang fotografi, khususnya fotografi fesyen dan editorial ini?

It’s business, business, business. 

Ramai seakan-akan terlupa, satu-satunya cara untuk ‘hidup’ di industri fotografi ini ialah dengan menganggapnya sebagai satu bentuk perniagaan.

Ramai juga di luar sana yang memandang rendah dan remeh tentang hasil kerja jurugambar fesyen. Jangan sesekali mengalah dengan anggapan jahat sebegitu. 

Kenali diri kamu dan hargai nilai kamu sebagai seorang jurugambar. Selalu tabah, konsisten dan akhirnya, kamu akan berjaya! – Getaran, 3 Disember 2021

Semua gambar: Azim Mahayudin

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 jam yang lalu

Kanak-Kanak Melayu Pukau Juri Rancangan Masakan Terkenal Di UK

2

Karier 2 jam yang lalu

Bidang Optometri Beri Kepuasan Tersendiri 

3

Muzik 8 jam yang lalu

'The Malaysian Real Book' Himpun 240 Lagu Popular Tempatan!

4

Selebriti 2 hari yang lalu

“Pengarah Perlu Berani Ambil Pelakon Pelbagai Bangsa”- Yassin

Sorotan

1

Tanah Mendap: MBSJ Pasang Cerucuk Besi Elak Runtuhan

2

Kerepek Ngaku, Jadi Buruan Ketika Tahun Baharu Cina

3

Berlakon Watak Ibu Kepada Anak Dewasa, Erra Fazira Bersikap Realistik

Disyorkan untuk anda

Karier 2 jam yang lalu

Bidang Optometri Beri Kepuasan Tersendiri 

oleh Shah Shamshiri

Karier 1 hari yang lalu

Kasut, Beg Tangan Lusuh Jadi Sumber Rezeki Ibu Muda

Wanita ini meningkatkan kemahiran diri dengan menyertai pelbagai kursus hingga ke luar negara bagi memastikan tahap kemahirannya setanding dengan individu atau...

Usahawan 5 jam yang lalu

Kerepek Ngaku, Jadi Buruan Ketika Tahun Baharu Cina