web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Minat Terhadap Kecergasan Dorong Usahawan Ikuti Ekspedisi Kem Pangkalan Everest

Jelajah Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2026 3:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Minat terhadap kecergasan mendorong usahawan dan ibu kepada seorang Anak mengikuti ekspedisi mendaki Kem Pangkalan Everest.

Terletak pada ketinggian 5,364 meter dari paras laut, Thamayanthi Thevy Thiagrajan, 47, berkata ekspedisi sembilan hari itu sangat menguji ketahanan füzikal, disiplin dan kekuatan mental.

Perjalanan itu, menurut Thamayanthi membawanya melalui lereng gunung dan perkampungan di Himalaya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu daripada hujan, salji dan juga panas untuk tempoh singkat sepanjang pendakian.

"Ini pengalaman pertama saya di situ dengan mengikut sebuah kumpulan pengembaraan yang disertai 10 individu. Malangnya, beberapa peserta tidak dapat menamatkan pendakian disebabkan masalah kesihatan.

"Kami pada awalnya dimaklumkan suhu lebih panas (pada April berbanding musim lain) namun cuaca sering berubah menjadikan perjalanan lebih mencabar," katanya dan menambah ekspedisi bermula pada 5 April.

Thamayanthi berkata mereka mendaki kira-kira tujuh jam setiap hari sebelum berehat.

Berhadapan suhu sejuk dan udara yang semakin nipis, wanita itu menyifatkan pendakian itu sebagai sangat menguji fizikal dengan setiap langkah memerlukan fokus dan kawalan.

"Saya kekal fokus sepanjang masa. Saya tahu ia akan menjadi sukar tetapi saya sudah bersedia," katanya.

Wanita itu berkata memulakan latihan kecergasan beberapa bulan lebih awal menerusi latihan mendaki secara konsisten untuk meningkatkan stamina dan menyesuaikan diri dengan keadaan gunung.

Usaha itu membuahkan hasil apabila beliau berjaya mencapai matlamat di Kem Pangkalan Everest.

"Semua kerja keras itu berbaloi apabila saya dapat melihat Gunung Everest untuk kali pertama. la detik yang sangat luar biasa," katanya.

Kem Pangkalan Everest berfungsi sebagai pusat persediaan utama untuk pendaki yang ingin menawan puncak tertinggi dunia setinggi 8,848 meter itu dan kekal sebagai destinasi popular dalam kalangan pendaki dari seluruh dunia. - BERNAMA

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Jelajah 7 jam yang lalu

Cuti Sekolah Ogos Ini, Jomlah Bawa Anak Menginap Bersama Hello Kitty, Kuromi & Cinnamoroll

oleh Rahayu MN