Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lapangan Terbang Malaysia Sambut Raya Dengan Ceria, Penuh Warna-Warni

Malaysia Airports dan Kraftangan Malaysia menampilkan warisan tekstil Malaysia berwarna-warni menerusi kempen festival raya kolaboratif

Jelajah Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2024 8:38AM

Pengembara dan pembeli boleh melihat sendiri sekilas proses tenunan songket tradisional Malaysia

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat pengembara yang pulang ke kampung dengan menaiki pesawat untuk sambutan raya kali ini, pastikan anda bersiap cantik untuk ke lapangan terbang. 

Sebabnya, tahun ini buat julung kalinya, Malaysia Airports bekerjasama dengan Kraftangan Malaysia untuk mempromosikan warisan budaya Malaysia yang berwarna-warni menerusi pameran tekstil. 

Bertemakan 'Jalinan Aidilfitri: Pesona Kraf Tekstil', mempen kolaboratif ini meraikan keindahan rekaan tekstil tempatan yang berwarna-warni dan malar segar seperti batik, songket, dan tenun oleh artis-artis tempatan yang menggambarkan sebuah perjalanan mengenali nadi dan jiwa Malaysia yang memukau.

 Lapangan Terbang Malaysia dan Kraftangan Malaysia bekerjasama melancarkan kempen 'Jalinan Aidilfitri: Pesona Kraf Tekstil'
Lapangan Terbang Malaysia dan Kraftangan Malaysia bekerjasama melancarkan kempen 'Jalinan Aidilfitri: Pesona Kraf Tekstil'

Kempen sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini bermula dari 16 Mac sehingga 15 Mei hadapan di semua lapangan terbang antarabangsa seluruh negara, selaras dengan komitmen Malaysia Airports untuk menjalin hubungan ceria.

Jadi, ada banyak sudut-sudut menarik yang boleh dijadikan ‘spot’ bergambar. Boleh sama-sama memeriahkan suasana dan kongsikan foto-foto menarik anda ke akaun media sosial.

Di Terminal KLIA 1, para pengunjung akan disambut dengan tarikan utama yang menawan, Rumah Kampung Limas. Berdiri megah setinggi 24 kaki di Balai Pelepasan, Tingkat 5, karya agung ini dibina dan direka dengan teliti oleh pembina tersohor, Masadan Mohsin. 

Terletak di KLIA 1, Rumah Kampung Limas, bahagian tengah yang menarik telah dibina oleh Masadan Mohsin
Terletak di KLIA 1, Rumah Kampung Limas, bahagian tengah yang menarik telah dibina oleh Masadan Mohsin

Para pengunjung yang melawat tarikan ini boleh merasai sendiri keindahan tekstil Malaysia di setiap penjuru, dari alas meja, sarung kusyen sehinggalah barangan dekorasi berasaskan tekstil. Pengalaman ini bakal memberikan para pengunjung sekilas pandang tentang dunia budaya Malaysia yang berwarna-warni. 

Alang-alang sudah menyinggah, ambillah peluang untuk mewarnakan cantingan batik yang ada di stesen mencanting batik di bahagian bawah rumah pameran. Pengunjung juga boleh menghayati suasana perkampungan yang tenang di sekitar Rumah Kampung Limas, dengan anjung laman yang dilengkapi dengan peralatan menenun songket tradisional. 

Di samping itu, pengunjung dapat menyaksikan sendiri proses penghasilan songket dan mempelajari teknik tenunan songket dengan lebih teliti. Kod QR yang terdapat di setiap kawasan pameran juga boleh diimbas dengan telefon pintar untuk melihat pemandangan mengasyikkan, di mana terdapat  wau bercorak batik sedang terbang tinggi berlatar belakangkan lapangan terbang. 

“Kami berharap bahawa pelancong tempatan dan antarabangsa akan sama-sama meraikan warisan Malaysia menerusi tekstil di lapangan-lapangan terbang kami sepanjang sambutan Hari Raya kali ini.

“Penghasilan tekstil ini melibatkan kerja-kerja seni yang teliti, diwariskan secara turun temurun. Artis-artis yang berkemahiran tinggi telah mencipta fabrik tekstil ini dengan teliti menggunakan teknik-teknik tradisional dan kami amat berbangga untuk mempamerkan dan menonjolkan warisan kekayaan seni tersebut.

“Sebagai sebahagian daripada strategi reset komersial, kami meletakkan keutamaan bagi memastikan para pengunjung mendapat pengalaman yang lebih gembira,” ujar Pengurus Besar Kanan, Perniagaan Komersial Malaysia Airports, Hani Ezra Hussin. 

Tekstil rekaan tempatan seperti batik, songket dan tenun mempromosikan budaya Malaysia sepanjang musim perayaan ini.
Tekstil rekaan tempatan seperti batik, songket dan tenun mempromosikan budaya Malaysia sepanjang musim perayaan ini.

Pelancong atau pengembara juga boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan. Ini kerana sepanjang tempoh kempen, terdapat juga promosi hari raya yang menjanjikan pelbagai tawaran eksklusif di semua lapangan terbang terbabit.  

Antaranya adalah dengan setiap perbelanjaan bernilai RM800 di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA dari 25 Mac sehingga 7 April, pembeli layak menerima baucar bernilai RM30. Mereka yang berbelanja RM500 ke atas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pula layak mendapat baucar membeli-belah bernilai RM20.  

Para pengunjung juga boleh meraikan semangat hari raya di Seloka Bazaar Raya Istimewa bertempat di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA. Bazar ini menampilkan barisan peniaga yang menawarkan busana, seni dan kraf berasaskan tekstil hasil ciptaan anak-anak tempatan.  

Layari www.malaysiaairports.com.my untuk maklumat lanjut atau ikuti mereka di platform Instagram dan Facebook, @shopmyairports.

Foto : Malaysia Airports

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Aplikasi Yang Patut Dimuat Turun Apabila Bercuti Ke 5 Negara dan Kota Popular Berikut

oleh Rahayu MN

Selera 1 hari yang lalu

Grand Hyatt Kuala Lumpur Lancar Edisi Kedua #DinewithChef

Menggabungkan pelbagai hidangan dari seluruh dunia, pesta makanan ini berlangsung selama sebulan.

oleh Rahayu MN