web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Phuket Dibuka Untuk Pelancong Bermula 1 Julai, Tanpa Kuarantin

Phuket, pulau peranginan paling popular di Thailand kini bersedia untuk menerima kehadiran pelancong dari seluruh dunia selepas hampir dua tahun menjadi ‘pulau mati’ akibat pandemik COVID-19.

Jelajah Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2021 9:00AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Situasi ekonomi yang semakin menekan penduduk tempatan yang bergantung kepada sektor pelancongan untuk menyara kehidupan membuatkan kerajaan Thailand menerusi Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) hadir dengan pelan tindakan bagi memastikan kota  Phuket yang menerima kunjungan sembilan juta pelancong pada 2019 itu kembali hidup.

Bermula 1 Julai hadapan, kerajaan Thailand akan mengecualikan kuarantin wajib terhadap pelancong asing yang sudah divaksin apabila tiba di pulau peranginan Phuket. Semua ketibaan di semua pintu masuk mesti diberi vaksin sepenuhnya (lengkapkan siri vaksinasi) atau mesti menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin AstraZeneca COVID-19. 

Sementara bagi pelancong yang pernah dijangkiti mestilah pulih dari COVID-19 tidak lebih dari 90 hari, atau mesti mempunyai rekod diuji negatif untuk COVID-19 menggunakan kaedah RT-PCR atau antigen rapid dalam tempoh 72 jam sebelum berangkat. Selain itu, pelancong juga harus memberikan bukti polisi insurans yang merangkumi perlindungan rawatan Covid-19.

Pada Mac lalu, Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand Phiphat Ratchakitprakarn turut mengumumkan sekurang-kurangnya 70 peratus daripada penduduk di pulau itu akan menerima suntikan vaksin menjelang tarikh terbabit. 

Menghampiri ke tarikh pembukaan, inisiatif yang dikenali sebagai, 'Phuket Tourism Sandbox' itu ternyata mendapat sokongan pelbagai pihak terutamanya pengusaha hotel dan resort yang sudah terlalu lama menanggung kerugian demi kerugian.  

Biarpun begitu, hotel dan tempat lain yang menyediakan penginapan kepada pelancong mesti mengikuti garis panduan kesihatan awam wilayah, termasuk penjejakan pergerakan perjalanan. 

Mana-mana pengendali yang melanggar atau tidak mematuhi perintah tersebut akan dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi satu (1) bulan atau denda tidak melebihi sepuluh ribu (10,000) Baht, atau kedua-duanya sekali.

Pelancong yang tiba melalui udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket mesti memuat turun Aplikasi Mor Chana (‘Doktor Win’) dan mendaftarkan penyertaan mereka secara dalam talian melalui www.gophuget.com. Mereka diminta untuk mengemas kini aplikasi Mor Chana sepanjang tempoh berada masa di Phuket, serta memantau gejala mereka sendiri dan mengelakkan diri daripada mengunjungi tempat-tempat yang sesak.

Berikut merupakan tempat-tempat atau perniagaan yang dibenarkan beroperasi semula:

Tempat dan bangunan sekolah, pusat tuisyen, dan semua jenis institusi Pendidikan;

Perniagaan berkaitan kesihatan (spa, pusat urut kesihatan, pusat urut kecantikan), dan pusat urut tradisional Thailand dan juga urut kaki;

Premis untuk tatu dan tindik pada mana-mana bahagian badan, atau tempat untuk perjumpaan, upacara, dan ritual berdasarkan kepercayaan;

Premis yang menjual patung Buddha;

Premis yang menawarkan perkhidmatan memancing ikan atau udang;

Perniagaan yang berkaitan dengan pelancongan, perkhidmatan snorkeling dan selam skuba;

Pasar pejalan kaki, pasar lambak, kedai runcit dan tempat pemborong;

Nurseri, pusat perkembangan awal kanak-kanak, dan pusat perkembangan kanak-kanak prasekolah;

Kedai yang menjual makanan atau minuman dibenarkan dibuka dalam waktu yang dibenarkan; namun, pengambilan minuman beralkohol semasa makan di restoran tetap dilarang;

Tempat sukan outdoor tanpa penganjuran beramai-ramai 

Tempat sukan indoor, termasuk gimnasium, pusat kecergasan dan gelanggang badminton;

Padang golf dan driving range dibenarkan dibuka tanpa sebarang kejohanan;

Stadium tinju dan gim latihan tinju, dan pusat seni mempertahankan diri (gim);

Kolam renang awam dan persendirian dan kolam renang lain dengan aktiviti rekreasi air;

Klinik estetik, klinik perubatan untuk perkhidmatan kecantikan, klinik kosmetik, pusat penurunan berat badan, dan kedai manikur dan pedikur;

Salun kecantikan dan rambut, dan kedai gunting rambut;

Kemudahan penjagaan haiwan kesayangan;

Perkembangan terbaru ini pasti membuatkan anda, terutamanya ‘kaki-kaki travel’ teruja bukan? Maklumlah sudah terlalu lama ‘terkurung’ dan pengalaman bercuti dalam norma baharu pasti sesuatu yang ditunggu-tunggu. 

Tapi sebelum itu, sudah daftar atau belum untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan? Kalau belum janganlah bertanguh lagi. Daftar dengan segera. Nanti jangan cemburu pula melihat kawan-kawan pergi melancong ke luar negara. Ya, memang benar tiada kemungkinan sempadan negara akan dibuka dalam waktu terdekat ini, namun ambil langkah bijak demi keselamatan sejagat. Lindung diri, lindung semua. Kita jaga kita. - Getaran, 3 Jun 2021.

Semua gambar oleh Rahayu MN

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek