Berita Terkini

1 jam yang lalu: Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya 2 jam yang lalu: Wanita warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal 2 jam yang lalu: Jumlah import Sarawak meningkat 45.5 peratus kepada RM34.29 bilion pada 2022 - MITI 2 jam yang lalu: Cadangan wajibkan tingkatan enam beri kesan kepada kemasukan ke matrikulasi, IPT 2 jam yang lalu: Chang sertai lawatan PM ke China, intai peluang pelaburan berkaitan sains, teknologi, inovasi

IKUTI KAMI


Tiga Anak Burung Hudhud Telah Tinggalkan Sarang

Hudhud bukan burung mitos! Kemunculan burung hijrah ini di Taiping membuatkan ramai teruja.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 May 2021 8:30AM

Semua gambar: Laman Facebook Fascinating Taiping

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penantian selama 40 hari berakhir apabila tiga ekor anak burung Hudhud yang menetas dalam sarang berlubang di Pokok Jemerlang di Taman Tasik Taping telah terbang meninggalkan sarang sejak 14 Mei hingga semalam.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping Khairul Amir Mohamad Zubir berkata anak burung yang pertama terbang pada 8.06 pagi 14 Mei manakala yang kedua pada 10.30 pagi 15 Mei dan yang ketiga pada 11.20 pagi semalam.

Beliau berkata pasangan burung jantan dan betina spesies itu mula dikesan membuat sarang di Pokok Jemerlang pada 5 April lepas untuk bertelur.

Khairul Amir berkata sejak induk burung itu bertelur, pihaknya telah mengadakan program pemantauan 24 jam membabitkan Jabatan Zoo Taiping, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST).

"Hampir 100 orang telah berkunjung setiap hari untuk melihat burung tersebut di tapak pembiakan dan semasa Perintah Kawalan Pergerakan, seramai 30 petugas berada di situ untuk memantau dan membuat pemerhatian pasangan burung berkenaan.

"Pemerhatian mendapati pasangan burung itu terbang silih berganti lebih 200 kali sehari untuk memberikan makanan kepada anak-anaknya seawal 7 pagi dan berakhir pada 6 petang setiap hari,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemerhatian juga mendapati pasangan burung jantan dan betina membawa 16 jenis diet pelbagai makanan seperti anak ikan, labah-labah, larva, ulat gonggok, belalang, lipas tanah, lipan tanah dan ulat kumbang.

Khairul Amir berkata pihaknya kini melaksanakan aktiviti pengumpulan dan mengemas kini data di tapak itu kerana burung hijrah berasal dari kawasan Afro-Eurosia iaitu sekitar Eropah, Afrika dan Asia tersebut adalah spesies yang berjaya membiak di negara ini dan ia sekali gus membantu menjayakan agenda ekopelancongan di bandar ini. - Bernama

Semua gambar: Laman Facebook Fascinating Taiping

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Tempoh Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjutkan Kepada 5 Tahun

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Johor Tenggara Miliki Potensi Besar Dalam Pelancongan, Perindustrian - Ahmad Zahid

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pegawai Bank Ditahan Buat Kad Kredit Guna Maklumat Pelanggan

4

TARA 1 bulan yang lalu

AirAsia Lancar Semula 7 Destinasi Antarabangsa Di China

Sorotan

1

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

2

SPRM Nafi 2 Pegawainya Dalang Isu Rasuah Libatkan Syarikat Korporat

3

Tempoh Reman Penyerang Kamal Adli Dilanjutkan Seminggu Lagi

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Acar Ikan Kering Laris, Pengusaha Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan