web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KJAM Tawan 14 Puncak Tertinggi Negara Dalam 87 Hari Tahun Lepas

Pendakian menerusi projek pendakian khas KJAM itu yang merujuk kepada Malaysia Book of Records iaitu '14 Peaks Malaysia', akan dibukukan untuk memberi panduan dan maklumat kepada pendakian gunung di negara ini.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 8:08AM

KJAM berjaya menawan 14 puncak tertinggi negara dalam 87 hari, pada tahun lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelab Jelajah Alpine Malaysia (KJAM) mencipta rekod terbaharu dengan menawan 14 puncak gunung tertinggi dalam negara dalam tempoh 87 hari pada September hingga Disember tahun lepas.

KJAM dalam kenyataannya berkata pendakian dibahagikan kepada tiga fasa membabitkan tujuh gunung tertinggi di kepulauan Borneo dan tujuh gunung tertinggi di Semenanjung, bermula dari Gunung Tambuyukon, Sabah dan berakhir di Gunung Mulu, Sarawak.

Dalam kenyataan sama, pendaki terlibat yang juga Presiden KJAM, Muhammad Illaham Ishak berkata selain mencatat rekod menamatkan pendakian 14 puncak paling pantas, misi '14 Peaks Malaysia' juga melakar dua lagi rekod iaitu Pendakian 7 Puncak tertinggi Sabah (Sabah 7 Summits) dalam tempoh 14 hari dan Pendakian 7 Puncak tertinggi di Semenanjung (G7 Malaya) dalam tempoh 30 hari.

Beliau berkata pendakian menerusi projek pendakian khas KJAM itu yang merujuk kepada Malaysia Book of Records iaitu '14 Peaks Malaysia', akan dibukukan untuk memberi panduan dan maklumat kepada pendakian gunung di negara ini.

"Saya berharap ada pendaki lain yang dapat menawan 14 puncak berkenaan dengan rekod lebih pantas sekali gus mempromosi dan meningkatkan industri sukan mendaki hutan hujan Khatulistiwa di Malaysia dalam kalangan pendaki dalam dan luar negara," katanya yang turut merakamkan penghargaan kepada pendaki sokongan dan pihak yang terlibat menjayakan misi pendakian tersebut.

Muhammad Illaham, 46, pernah menawan puncak Everest laluan Tibet pada 2011 dan Everest laluan Nepal pada 2013 selain berjaya menawan puncak tertinggi benua Eropah iaitu Gunung Elbrus sebanyak tujuh kali.

Beliau juga berjaya ke puncak tertinggi benua Afrika iaitu Gunung Kilimanjaro sebanyak dua kali dan puncak tertinggi benua Australasia iaitu Gunung Carstensz Pyramid di wilayah Papua, Indonesia. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan