web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Heritage Studios Di Melaka Telah Dibuka

13 rumah mewakili negeri di Malaysia di Taman Mini Malaysia itu dinaik taraf mengikut tema atau elemen kebudayaan serta warisan bagi negeri terlibat menggunakan pelbagai pendekatan baharu untuk menarik pengunjung.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 8:05AM

Orang ramai berpeluang bergambar dengan latar belakang lampu berbentuk padi yang dihias di dalam Rumah Kedah di Malaysia Heritage Studios di Ayer Keroh - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Malaysia Heritage Studios di Taman Mini Malaysia di Ayer Keroh di sini yang membabitkan nilai pelaburan kira-kira RM20 juta akan dibuka secara berperingkat kepada pengunjung bermula semalam.

Pengurus Besar Malaysia Heritage Studios Anir Syazwan Sharbirin berkata sebanyak 13 rumah mewakili negeri di Malaysia di Taman Mini Malaysia itu dinaik taraf mengikut tema atau elemen kebudayaan serta warisan  bagi negeri terlibat menggunakan pelbagai teknologi dan pendekatan baharu untuk menarik pengunjung.

Beliau berkata sebagai contoh pameran dalam Rumah Kedah adalah bertemakan kepercayaan atau “from another world” iaitu menggunakan lampu berbentuk padi dan lampu berbentuk tanglung yang melambangkan simbolik tertentu mengikut kaum masing-masing.

Tema bagi Rumah Sabah pula ialah “One Thousand and One Borneo Nights” menerusi pelbagai jenis topeng muka sinomim dengan kepercayaan atau ritual masyarakat di negeri itu, kata  Anir Syazwan.

"Malaysia Heritage Studios berbeza dengan muzium kerana pameran di dalam setiap rumah dan persekitaran kawasan adalah berbentuk 'immersive' yang mana pengunjung dalam menghayati atau merasai perasaan sebenar bagi setiap situasi yang diwujudkan," katanya kepada pemberita selepas lawatan bersama media.

Beliau berkata selain itu, terdapat juga karakter atau makhluk lagenda Malaysia seperti Sang Kelembai, mawas, Gajah Mina, semberani, naga Tasik Chini yang menggunakan teknologi animatronik bagi menggerakkan setiap monumen gergasi tersebut di tengah-tengah kawasan berkenaan.

Mengulas lanjut, katanya bagi fasa pertama atau prapelancaran pembukaan Malaysia Heritage Studios bermula semalam hingga 31 Disember depan, hanya dua rumah dibuka kepada pengunjung untuk bergambar di dalam premis berkenaan iaitu Rumah Kedah dan Rumah Sabah.

Anir Syazwan berkata bagaimanapun pengunjung boleh bergambar di luar rumah Malaysia yang lain serta menikmati pelbagai aktiviti yang di sekitar kawasan berkenaan seperti mini pertunjukan melibatkan kebudayaan serta warisan pelbagai masyarakat di negara ini.

Beliau berkata selain itu, pengunjung juga boleh melihat secara dekat 'karakter hidup' yang membawa perwatakan Cik Siti Wan Kembang, Puteri Gunung Ledang, Mat Kilau, Hang Tuah, Hang Jebat dan Rentap.

Katanya tiket masuk ke Malaysia Heritage Studios dalam tempoh prapelancaran ialah RM28 bagi dewasa dan kanak-kanak (RM25) berbanding harga asal RM45 (dewasa), warga emas dan kanak-kanak (RM35) dan orang kurang upaya (RM30).

“Bagi fasa satu kita telah melakukan kerja-kerja membaik pulih setiap rumah negeri yang ada di Taman Mini Malaysia ini bagi memastikan aspek keselamatan terjamin dan keseluruhan 13 rumah negeri akan dibuka untuk pameran kepada pengunjung selewat-lewatnya Jun tahun hadapan.

"Dalam tempoh pembukaan bermula semalam hingga 31 Disember ini, kita jangkakan 10,000 hingga 15,000 pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke Malaysia Heritage Studios dan kita berharap ia akan menjadi salah satu ikon utama di Melaka dan juga di Malaysia," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik