web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mengintai Tarikan di Margaret River, Australia

Margaret River di Australia bukan hanya untuk para peminat wain. Banyak tarikan menarik lain yang boleh diterokai.

Jelajah Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Apr 2021 9:13AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi yang pernah menjejakkan kaki di Perth, Australia, mungkin anda pernah menghabiskan masa kira-kira 3 jam perjalanan ke Margaret River. Pekan kecil yang terkenal dengan ladang-ladang anggur ini punya pesona sendiri. Dek itulah ia menerima purata 500,000 orang pengunjung setiap tahun sebelum pandemik COVID-19 bermula.

Jika membuat carian di internet, memang tidak dinafikan aktiviti pelancongan di sini terarah kepada wine tasting, namun jangan cepat membuat konklusi. Margaret River sebenarnya menawarkan pengalaman percutian yang pelbagai. Lebih-lebih lagi jika anda memandu sendiri ke sini. Ada beberapa hentian yang boleh dilakukan sepanjang perjalanan ke Margaret River. 

Memandangkan perjalanan ke luar negara masih samar-samar, bolehlah mula menabung dahulu. Apabila perjalanan ke luar negara dibenarkan, cepat-cepat tempat tiket perjalanan. Jom semak beberapa tarikan menarik yang boleh anda kunjungi apabila melakukan ‘road trip’ sehari ke sini nanti.

1) Melawat jeti terpanjang di Hemisfera Selatan

Busselton Jetty memang terkenal di kalangan pelancong. Jadi, mesti singgah di sini untuk merakam memori. Sebaik sahaja terpandang jeti ini pasti hati berbunga riang. Terpesona dengan keindahannya. 

Panjang Busselton Jetty ini keseluruhannya ialah 1841 meter dan terletak di kawasan terlindung di perairan Geographe Bay dan sudah diwartakan sebagai jeti kayu terpanjang di kawasan Hemisfera Selatan. 

Mengikut sejarah, pembinaan jeti ini bermula pada tahun 1865 dengan ukuran asalnya cuma sepanjang 161 meter. Bagaimanapun, tahun demi tahun ukuran ditambah akibat daripada longgokan pasir yang dibawa ombak sehinggalah mencecah1841 meter. 

Tarikan utama di sini ialah Underwater Observatory yang terletak di penghujung jeti. Caj masuk adalah AUD34 untuk dewasa dan AUD20 untuk kanak-kanak. Untuk sampai ke hujung jeti, boleh naik keretapi dengan bayaran AUD13.50 untuk dewasa dan AUD8.50 untuk kanak-kanak. 

2) Nikmati keju dan menghirup kopi terbaik

Terletak kira-kira 45 minit dari Busselton Jetty, The Margaret River Dairy juga berbaloi untuk dilawati. Penggemar keju mesti tersenyum riang sebab boleh mencuba pelbagai jenis keju. Malah, boleh makan sehingga puas. Selain itu, terdapat juga beberapa produk lain yang turut tersedia seperti susu segar, yogurt dan juga ais krim yang boleh dibeli dan dibawa pulang. 

3) Beli cenderahati di pekan Margaret River

Pekan kecil ini nampak cantik tersusun dan lengang.  Tidak banyak kenderaan di jalan. Di sini anda anda boleh ambil peluang untuk membeli  cenderahati untuk dibawa pulang. Ini kerana harganya lebih  murah berbanding di ibu kota Perth.  Selain itu, banyak juga sudut-sudut menarik untuk merakam memori. Jika ingin menjamu selera, bolehlah singgah ke Kappadokia Kebab yang menyediakan makanan halal Turki. 

4) Singgah minum kopi untuk hilangkan mengantuk

Ketika mata mula mengantuk, apa kata anda singgah ke Yahava Koffeeworks, yang pernah menjadi lokasi penggambaran drama ‘Jangan Benci Cintaku’ tidak lama dahulu. Jika anda penggemar kopi, anda pasti akan leka apabila berada di dalam premis ini. Sudahlah puas menghirup pelbagai jenis kopi yang menyelerakan, dapat pula mendengar penerangan tentang jenis-jenis kopi yang diproses di sini. Tak suka kopi?  Boleh singgah di kedai menjual pelbagai jenis coklat di bahagian depan Yahava Koffeeworks. Boleh cuba ‘tester’ yang ada, atau beli untuk dimakan semasa dalam perjalanan pulang ke Perth nanti.

5) Mesti singgah di Canal Rocks

Alang-alang ke Margaret River, jangan lupa singgah di Canal Rocks yang terletak di Yallingup. Tarikan ini memiliki keindahan yang sukar dilafazkan dengan kata-kata. Pembentukan batu Canal Rocks sangat menakjubkan. Canal Rocks ini sebenarnya adalah pembentukan batu luar biasa yang bermula dari selatan Pantai Smiths. Lautan Hindi yang tidak jemu membadai  batu-batu besar di sini akhirnya telah membentuk laluan seperti terusan.  

Terdapat sebuah jambatan kayu yang membolehkan  pengunjung melihat sendiri keajaiban ini secara lebih dekat. Tapi perlu berhati-hati kerana ombak sangat kuat dan angin juga bertiup kencang.  Jika cukup berani, boleh melangkah ke atas batu di hujung jambatan untuk merakam gambar pada sudut terbaik. 

Selamat merancang percutian yang diidamkan. Ingat! Pengembaraan anda bermula sebaik sahaja perancangan dibuat. Tanpa perancangan yang baik, perjalanan anda pasti ada celanya! - Getaran, 22 April, 2021

Semua gambar: Rahayu MN


 

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Anwar Tarik Pelabur Australia Dan ASEAN, Kongsi Persekitaran Kondusif Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada Potensi Luas Untuk Kukuhkan Perkongsian ASEAN - Australia - Anwar

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi