web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perjalanan Komuter Percuma Untuk OKU 3, 4 Disember Ini

Perjalanan percuma itu melibatkan perkhidmatan tren KTM Komuter di sektor Lembah Klang dan Komuter Utara, serta boleh dinikmati individu OKU bersama seorang pengiringnya.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 8:00AM

Menurut KTMB perjalanan percuma itu adalah tanda penghargaan syarikat itu kepada golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perjalanan percuma kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) pada 3 dan 4 Disember ini, bersempena Hari OKU Sedunia yang disambut pada 3 Disember ini.

KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan perjalanan percuma itu melibatkan perkhidmatan tren KTM Komuter di sektor Lembah Klang dan Komuter Utara, serta boleh dinikmati individu OKU bersama seorang pengiringnya dengan hanya menunjukkan kad rasmi OKU yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berserta kad pengenalan di kaunter tiket KTM Komuter.

"Inisiatif perjalanan percuma kepada golongan OKU ini diteruskan buat kali kedua selepas mendapat sambutan menggalakkan pada kali pertama ia diperkenalkan pada tahun lepas," menurut kenyataan itu.

Menurut KTMB perjalanan percuma itu adalah tanda penghargaan syarikat itu kepada golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter, selain sebagai bukti keprihatinan dalam menjaga kebajikan serta keselesaan OKU dan para penumpang.

"Statistik menunjukkan pada 2021, seramai 37,363 penumpang OKU menggunakan perkhidmatan KTM Komuter, manakala sehingga Oktober lepas, statistik menunjukkan peningkatan kepada 74,458 penumpang OKU," menurut kenyataan itu.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media rasmi KTMB serta laman sesawang di www.ktmb.com.my. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tambang Perjalanan ETS Terganggu Akan Dipulangkan Secara Penuh - KTMB

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Basikal Dilarang Dalam ETS, Tren Antara Bandar - KTMB

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tambang Percuma 2 Hari Untuk Penumpang KTMB Lembah Klang Sempena Thaipusam - Loke

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kren Tumbang : Perkhidmatan Komuter, ETS Kembali Pulih

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden