Berita Terkini

10 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Keropok Lekor, Oleh-Oleh Wajib Dari Mersing

Keropok lekor merupakan salah satu makanan yang tersenarai dalam Teroka Mersing, yang perlu dicuba ketika berkunjung ke daerah ini.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 8:00AM

Keropok lekor yang sinonim sebagai makanan tradisi masyarakat Pantai Timur kini boleh didapati di Mersing, Johor - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keropok lekor yang lazimnya diperbuat daripada isi ikan laut, campuran sagu dan sedikit garam, sememangnya sinonim sebagai makanan tradisi masyarakat Pantai Timur. 

Bagaimanapun snek kegemaran ramai itu juga popular dan boleh didapati di sekitar perkampungan nelayan di daerah ini, yang turut menjadi antara lokasi tumpuan pelancong bagi mendapatkan oleh-oleh untuk dibawa pulang ke rumah.

Osman Puteh, 66, yang mengusahakan perniagaan warisan keluarganya di Kampung Mersing Kanan berkata kebiasaannya, premis itu sering dipenuhi orang ramai terutama pada hujung minggu, musim cuti sekolah atau pun cuti umum. 

"Kalau hari biasa cuma boleh dapat kira-kira RM300 hingga RM500 sahaja, tetapi apabila musim cuti dianggarkan boleh mencecah sehingga RM3,000 bergantung kepada nasib juga. 

"Kebanyakan yang singgah pelancong tempatan selepas berkelah dari pantai, kumpulan 'rider' dan mereka yang baru balik dari pulau, namun boleh katakan dalam 15 peratus tu ada pelancong dari Singapura, yang gemar akan produk-produk hasil laut ini, " katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini. 

Osman yang berasal dari Dungun, Terengganu itu berkata kebanyakan masyarakat kampung berkenaan terdiri daripada kalangan nelayan dan rata-rata mereka fasih bertutur dalam dialek Terengganu berikutan berhijrah dan berkahwin dengan penduduk setempat. 

"Selain keropok lekor yang menggunakan resepi istimewa turun-temurun tiga generasi, saya juga ada menjual keropok keping, ikan kering, udang geragau, ikan pekasam, sos pencicah dan belacan, " tambahnya yang beroperasi setiap hari bermula 9 pagi hingga 8 malam. 

Dalam laman Facebook rasmi Majlis Daerah Mersing iaitu My Mersing, keropok lekor merupakan salah satu makanan yang tersenarai dalam Teroka Mersing, yang perlu dicuba ketika berkunjung ke daerah itu.
Dalam laman Facebook rasmi Majlis Daerah Mersing iaitu My Mersing, keropok lekor merupakan salah satu makanan yang tersenarai dalam Teroka Mersing, yang perlu dicuba ketika berkunjung ke daerah itu.

Seorang pengunjung Norasikin Daud, 55, dari Alor Gajah, Melaka berkata dia tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan produk hasil laut seperti keropok lekor, ikan kering dan ikan pekasam sebagai buah tangan, apabila berkunjung ke daerah ini. 

"Saya sering datang ke Mersing walaupun agak jauh sebab melawat anak tinggal di sini. Oleh itu, setiap kali sebelum balik Melaka, wajib singgah beli keropok lekor dulu. 

"Selain itu, saya juga tak lepaskan peluang mambawa pulang makanan laut segar seperti udang, ketam dan ikan parang dan meletakkanya dalam bekas berisi ais berikutan harganya yang jauh lebih murah," tambahnya. 

Seorang lagi pengunjung Kartini Mohd Ali, 50, dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur berkata kebiasaannya mereka sekeluarga akan singgah untuk membeli keropok lekor selepas pulang bercuti dari pulau. 

"Lokasi wajib kami setiap kali sebelum balik KL mesti akan singgah dulu beli oleh-oleh seperti keropok lekor, ikan kering dan ikan pekasam, malah, keropok lekor dah siap goreng pun kami beli sebagai bekal dalam perjalanan. 

"Boleh dikatakan kami kerap juga ke Mersing yang merupakan antara destinasi percutian pilihan sebab pulau-pulaunya yang indah dengan pemandangan mempesona walaupun terpaksa menempuh perjalanan macam naik 'roller coaster'," selorohnya. 

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Majlis Daerah Mersing iaitu My Mersing, keropok lekor merupakan salah satu makanan yang tersenarai dalam Teroka Mersing, yang perlu dicuba ketika berkunjung ke daerah ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Sultan Ibrahim Disambut Lebih 3,000 Rakyat Pada Jamuan Teh Di Mersing

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Pekebun Di Mersing Resah Tanaman Sawit Musnah Diserang Gajah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Pembangunan Mersing Perlu Kerjasama Kerajaan Johor, Persekutuan - MB

4

Jelajah 9 bulan yang lalu

Panorama Pantai Pasir Lanun Pikat Pengunjung, Aspek Keselamatan Perlu Dipertingkat

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Jelajah 1 hari yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Selera 1 jam yang lalu

Selepas 50 Tahun, Bubur Lambuk Tetel Masjid Jorak Elahi Tetap Diminati

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

oleh Rahayu MN