web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Moh Dogheh' Ke Jelajah AKM N.Sembilan Hari Ini Hingga Ahad

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 11:00AM

Turut mencuri tumpuan ialah Program Kenduri Sekampung yang menyajikan masakan tradisional Negeri Sembilan dan persembahan artis popular tanah air. - Gambar #Kenduri Sekampung AKM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JEMPOL - Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Sembilan membuka tirainya hari ini sehingga Ahad di Dataran Seri Jempol, di sini, dengan pelbagai program dan aktiviti yang menarik ditawarkan kepada pengunjung.

Bertemakan 'Keluarga Sihat Malaysia Ku Sejahtera’, AKM yang memasuki edisi ke-10 itu dijadual dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 3 petang, esok (8 Okt). 

Siri jelajah yang diterajui Kementerian Kesihatan (KKM) itu dijangka dihadiri kira-kira 120,000 pengunjung dengan terdapat lebih 100 reruai usahawan industri kecil dan sederhana (IKS), selain trak makanan dan reruai Cita Rasa Keluarga Malaysia bakal diketengahkan.

Ketua Setiausaha KKM Datuk Harjeet Singh ketika ditemu bual Bernama baru-baru ini berkata antara yang menarik perhatian pada jelajah kali ini adalah model Hospital Futuristik yang memberi peluang kepada orang ramai merasai sendiri pengalaman berada di hospital masa hadapan menggunakan sistem dan teknologi canggih.

Beliau berkata usahawan di AKM berkenaan turut digalakkan untuk melaksanakan aktiviti berunsur kesihatan, selari dengan misi kementerian itu dalam mempromosikan pembudayaan amalan hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr Harlina Abd Rashid berkata lebih 300 petugas kesihatan KKM digerakkan sepanjang tiga hari program berkenaan yang turut diadakan selari dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).     

Gambar Bernama
Gambar Bernama

“Lebih 100 aktiviti turut dirangka meliputi pelbagai peringkat umur termasuk wellness on wheel, sukan rakyat dan zon saringan kesihatan yang pengunjung boleh membuat saringan mata, mulut serta kanser oleh pakar perubatan selain klinik bergerak pergigian.

“Seminggu sebelum AKM, pihak kami melaksanakan aktiviti gotong-royong di semua daerah selain jelajah kasih antara lain bagi mempromosikan AKM. Kami harap orang ramai tidak melepaskan peluang untuk datang ke sini kerana banyak yang ditawarkan kepada mereka,” katanya kepada Bernama.   

Antara program lain ialah Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia dengan 27 majikan dan menyediakan 4,132 kekosongan jawatan melibatkan pelbagai sektor swasta selain Jualan Murah Keluarga Malaysia yang menawarkan barangan asas dengan harga murah kepada orang ramai.

Bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung, perkhidmatan bas disediakan di empat lokasi iaitu di Palong Felda Jaya; Bahau-Felda Jaya; Sungai Lui-Felda Jaya dan Jabatan Pengangkutan Jalan Jempol-Dataran Sri Jempol ke tapak program.

Selain itu, turut mencuri tumpuan iaitu Program Kenduri Sekampung yang bakal menyajikan masakan tradisional Negeri Sembilan dengan sasaran kira-kira 20,000 pengunjung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Palong 7, Sabtu ini yang dijangka turut dihadiri Perdana Menteri.

Paling istimewa, sebahagian besar daripada hidangan akan disediakan sendiri secara gotong-royong atau ‘rewang’ oleh penduduk kampung yang tradisi berkenaan sudah diamalkan sejak sekian lama.

Jelajah AKM merupakan kesinambungan kepada kejayaan dan sambutan memberangsangkan Program 100 Hari AKM di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Disember lepas, dengan objektif memastikan rakyat di semua peringkat memahami dan menghayati aspirasi Keluarga Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Gaya 7 jam yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

Selain mengamalkan pemakanan sihat dan senaman berkala, amalan seperti mindfulness, meditasi dan grounding semakin mendapat perhatian

oleh Rahayu MN