web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Turkish Airlines Tambah Penerbangan Ke Kuala Lumpur

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 8:03PM

Turkish Airlines - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Turkish Airlines telah melancarkan tiga penerbangan tambahan setiap minggu antara Istanbul dan Kuala Lumpur mulai 1 Oktober, sekali gus meningkatkan kekerapan penerbangan kepada 10 kali seminggu.

Tourism Malaysia dalam kenyataan bersama dengan syarikat penerbangan itu dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata peningkatan kekerapan penerbangan terus itu akan menarik lebih ramai pelawat dari seluruh rangkaian Turkish Airlines ke negara ini dan merangsangkan lagi ekonomi menerusi pemulihan kukuh sektor pelancongan.

“Kelonggaran bagi protokol perjalanan antarabangsa dan prosedur kemasukan ke Malaysia akan turut meningkatkan permintaan bagi perjalanan ke Malaysia dan menambahkan kesalinghubungan dari benua antarabangsa lain.

“Tourism Malaysia mengalu-alukan semua pelawat untuk meneroka tarikan di Malaysia yang indah dan pelbagai,” katanya.

Turkish Airlines memulakan penerbangan terus yang pertama ke Kuala Lumpur pada 25 April,2013 dengan tiga penerbangan seminggu dan memulakan penerbangan harian ke Kuala Lumpur dan dari Kuala Lumpur ketika hampir setahun beroperasi.

MAHB yang menyaksikan pertumbuhan pesat Turkish Airlines di Malaysia selama bertahun-tahun menyatakan keyakinan dengan kejayaan berterusan syarikat penerbangan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL).

Menurut pengendali syarikat penerbangan itu, peningkatan kekerapan penerbangan akan menyumbang kepada pertumbuhan sektor penerbangan dan pelancongan di Malaysia pasca pandemik.

Pada masa ini, sebanyak 42 rakan syarikat penerbangan asing beroperasi di rangkaian lapangan terbang MAHB.

“MAHB berharap dapat melihat pemulihan lebih banyak syarikat penerbangan di lapangan terbangnya berikutan perjalanan udara yang kembali meraih momentum pada tahun ini.

“Kekerapan (penerbangan) tambahan baharu ini akan dapat menampung lebih banyak permintaan bagi penumpang yang berlepas dari KUL kepada lebih 320 destinasi melibatkan lebih 120 negara di seluruh dunia menerusi Istanbul,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

2

Politik 2 tahun yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tourism Malaysia Yakin Sasaran 5 Juta Pelancong Dari China Dapat Dicapai

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kakitangan 5 Lapangan Terbang Di Jerman Mogok, Ribuan Penumpang Bakal Terjejas

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 jam yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

oleh Rahayu MN

Gaya 22 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

Selain mengamalkan pemakanan sihat dan senaman berkala, amalan seperti mindfulness, meditasi dan grounding semakin mendapat perhatian

oleh Rahayu MN