web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Airlines Lancar Penerbangan Terus Untuk Laluan Kota Kinabalu-Singapura

Malaysia Airlines akan melaksanakan penerbangan terus tiga kali seminggu pada Isnin, Khamis dan Sabtu, berlepas dari BKI-SIN melalui MH647 pada 07:00 pagi dan berlepas dari SIN-BKI melalui MH648 pada 10:00 pagi.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2022 1:16PM

Malaysia Airlines mencapai satu lagi kejayaan dalam pelan pengembangan rangkaiannya semalam - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines mencapai satu lagi kejayaan dalam pelan pengembangan rangkaiannya dengan memperkenalkan laluan penerbangan terus yang baharu antara Kota Kinabalu dan Singapura, yang memulakan operasi semalam.

Penerbangan pertama itu diraikan dengan majlis sambutan untuk penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI) pada 12:25 tengah hari waktu tempatan melalui penerbangan MH648 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi (SIN).

Kapten Izham Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group, yang mengendalikan Malaysia Airlines, berkata laluan itu akan meningkatkan lagi kesalinghubungan dan fleksibiliti untuk penumpang yang menuju ke Singapura berikutan syarikat penerbangan itu turut menawarkan penerbangan terus ke negara tersebut melalui hab utamanya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuching. 

“Dengan perkhidmatan baharu ini, penumpang dari Singapura boleh dihubungkan dengan lancar ke negeri di bawah bayu itu untuk menemui tarikan indah di Sabah dan malah mengelilingi sekitar negeri dari BKI melalui syarikat penerbangan sekutu Firefly dan MASwings.

“Kami berharap dapat meningkatkan lagi pertumbuhan kami, memperkenalkan laluan strategik baharu dan meningkatkan kapasiti kami untuk mencapai lebih 70 peratus daripada kapasiti kami sebelum COVID-19 menjelang akhir tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah Noredah Othman berkata sejak pembukaan semula laluan SIN-BKI pada April, laluan itu mencatatkan aliran meningkat dengan 1,248 ketibaan pada Mei dan 3,051 ketibaan pada Jun. 

“Dengan tambahan Malaysia Airlines, kami yakin trend ini akan berterusan,” katanya.

Malaysia Airlines akan melaksanakan penerbangan terus tiga kali seminggu pada Isnin, Khamis dan Sabtu, berlepas dari BKI-SIN melalui MH647 pada 07:00 pagi dan berlepas dari SIN-BKI melalui MH648 pada 10:00 pagi. 

Penerbangan akan dikendalikan oleh pesawat B737-800, dilengkapi dengan 160 tempat duduk, terdiri daripada 16 tempat duduk untuk kelas perniagaan dan 144 tempat duduk untuk kelas ekonomi. - Bernama

Isu Pada

Datuk Hadi: Ledakan Meriam Gemparkan Komunis!

27 Aug 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 2 jam yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

oleh Rahayu MN

Gaya 23 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

Selain mengamalkan pemakanan sihat dan senaman berkala, amalan seperti mindfulness, meditasi dan grounding semakin mendapat perhatian

oleh Rahayu MN