web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


65 Pendaki Capai Misi Kibar Jalur Gemilang Di Puncak Gunung Kinabalu

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 6:30PM

Gambar ihsan Sabah Parks/Julaimin Kamin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sebanyak 65 pendaki berjaya mencapai misi mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia selepas menerima bendera berkenaan daripada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahirudidin pada 31 Julai lepas.

Misi pendakian gunung setinggi 4,095 meter yang diadakan sempena Bulan Kebangsaan dan diketuai Taman-Taman Sabah (TTS) itu disempurnakan pada Isnin lepas serta mengambil masa hampir tujuh jam. 

Penolong Pengarah Taman Kinabalu Justinus Guntabid berkata pendakian bermula kira-kira 6.50 pagi itu turut membawa 133 bendera dan dipasang di sepanjang laluan pendakian, pondok perhentian, pelantar, pondok pemeriksaan, tangga batuan Kinabalu serta di kawasan rehat Panalaban.

Kumpulan 65 orang pendaki itu diketuai Renjer Taman, Sub Stesen Panalaban Gunung Kinabalu Julaimin Kamin dan dianggotai Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MoSAR), malim gunung, porter, petugas Sutera Sanctuary Lodges, dan ahli Koperasi Kakitangan Taman Sabah (KOKTAS). - Gambar ihsan Julaimin Kamin
Kumpulan 65 orang pendaki itu diketuai Renjer Taman, Sub Stesen Panalaban Gunung Kinabalu Julaimin Kamin dan dianggotai Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MoSAR), malim gunung, porter, petugas Sutera Sanctuary Lodges, dan ahli Koperasi Kakitangan Taman Sabah (KOKTAS). - Gambar ihsan Julaimin Kamin

“Bagaimanapun, hanya tiga bendera sahaja dipasang di puncak Gunung Kinabalu iaitu Jalur Gemilang, bendera Sabah dan bendera TTS atas faktor keselamatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, kumpulan 65 orang pendaki itu diketuai Renjer Taman, Sub Stesen Panalaban Gunung Kinabalu Julaimin Kamin dan dianggotai Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MoSAR), malim gunung, porter, petugas Sutera Sanctuary Lodges, dan ahli Koperasi Kakitangan Taman Sabah (KOKTAS).

Menurutnya, semasa pendakian, para pendaki terpaksa berdepan cuaca agak sejuk, berangin serta berkabus semasa tiba di puncak gunung berkenaan kira-kira 1.50 petang.

Justinus berkata ketika perjalanan turun dari puncak Gunung Kinabalu, peserta juga turut 'bertemankan' hujan lebat berikutan perubahan cuaca yang mendadak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

67 Tahun Merdeka, Jom Kenali Puncak Tertinggi Negara!

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Dulu Gempa Bumi, Sekarang Lereng Pulak Runtuh!

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik