Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Panggilan Pulau, Apa Lagi Yang Menarik Di Langkawi

Langkawi menjanjikan sebuah percutian yang boleh dinikmati oleh semua. Sama ada anda golongan B40, M40 atau T20, anda boleh merancang aktiviti mengikut kemampuan diri.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2021 2:25PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebaik sahaja Langkawi diumumkan sebagai salah satu kawasan Gelembung Pelancongan Bersasar bermula 10 Mac 2021 lalu,  ramai yang sudah mula berkira-kira untuk ke pulau yang terkenal dengan legenda Mahsuri ini. Maklumlah, keindahan dan keunikan alam semula jadinya tidak pernah mengecewakan. 

Buktinya, ia turut mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) memilihnya sebagai pusat rujukan taman geo atau geopark peringkat Asia Pasifik.

Jangan risaukan ketebalan poket anda. Langkawi menjanjikan sebuah percutian yang boleh dinikmati oleh semua. Sama ada anda golongan B40, M40 atau T20, anda boleh merancang aktiviti mengikut kemampuan diri. 

Selain sibuk berbelanja di Pekan Kuah, apa lagi yang boleh anda lakukan apabila menjejakkan kaki ke sini? 

1) Stand-up Paddle Board (SUP)

Pernah cuba aktiviti ini? Kalau belum, apa kata buat di Langkawi, spesifiknya di Tanjung Rhu. Aktiviti yang popular di Bali ini dibawakan oleh H2Ocean Langkawi kira-kira dua tahun lalu.  

Jadi, apa yang seronoknya tentang SUP ini? Bagi yang belum pernah mencuba, tak perlu bimbang atau takut untuk mencuba. Pada mulanya, memang agak payah untuk mengimbangi diri, tapi percayalah, jika anda ikut arahan yang diberi, segalanya akan jadi mudah dan akhirnya anda boleh menikmati aktiviti air ini sepuas-puasnya. 

Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan oleh H2Ocean dan salah satu daripadanya ialah pakej Educational Mangrove & Limestone Tour (Pakej Jelajah Pendidikan Paya Bakau dan Batu Kapur) yang mengambil masa tiga jam.

Dengan pakej ini anda boleh mempelajari banyak perkara tentang pembentukan batu-batu kapur dan juga hutan paya bakau. Jika sekadar ingin berseronok, pakej Fun in Sun adalah untuk anda. Fakta menarik, dengan mengikuti aktiviti ini, anda juga boleh singgah di pelantar yang digunakan untuk penggambaran filem Crazy Rich Asians!

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, boleh ikuti akaun Instagram @h2ocean_trv. Dengar kata ada promosi serendah RM50.

2) Sunset Dinner Cruise

Pakej yang ditawarkan oleh Tropical Charters ini kian popular semenjak ramai selebriti tempatan yang berkongsi tentangnya di akaun media sosial masing-masing.

Jika anda pencinta suasana matahari terbenam, pelayaran yang mengambil masa selama 3 jam ini memang patut dicuba. Inilah masanya untuk anda mengintai langit Langkawi dengan sepuas-puasnya. Hembusan bayu yang menyapa pipi membuatkan diri terasa sungguh damai. Fikiran jauh melayang. Hilang seketika bebanan fikiran. 

Selain itu, anda juga boleh mencuba jakuzi air masin (salt water jacuzzi) yang menyeronokkan! Aktiviti ini mesti cuba, jika tidak anda akan menyesal di kemudian hari. Pelayaran bermula kira-kira jam 5.30 petang dari jeti Resort World.

Oh, sebelum terlupa! Pelayaran menyeronokkan ini turut menghidangkan makan malam secara bufet. Ia dihidangkan 15 minit sebelum matahari melabuhkan tirainya. 

Pakej Sunset Dinner Cruise dijual pada harga promosi ketika ini. RM150 untuk dewasa, manakala untuk kanak-kanak RM130. Untuk maklumat lanjut bolehlah layari www.tropicalcharters.com.my

3) Berkayak di hutan paya bakau dan mandi-manda di Lubuk Tuna

Hakikatnya kedua-dua ini kurang popular di kalangan pelancong tempatan, tetapi menjadi kesukaan pelancong luar negara jika ke Langkawi. Dengan harga RM250, anda boleh melakukan tiga aktiviti menarik iaitu berkayak, merentas hutan (jungle trekking) dan juga mandi-manda di sungai atau kolam yang jernih bagaikan kristal. 

Mengambil masa kira-kira empat jam, pakej yang dikenali sebagai Kayaking Adventure & Jungle Pool Swimming daripada Junglewalla Langkawi ini cukup ideal untuk mereka yang suka dengan aktiviti yang membakar kalori.

Sambil berkayak, pemandu pelancong akan berkongsi fakta dan penjelasan menarik mengenai kepentingan dan ekosistem hutan bakau. Sepanjang perjalanan 90 minit ini anda mungkin akan melihat pelbagai jenis helang yang berterbangan di udara. Sesekali akan berselisih dengan nelayan yang mencari rezeki. 

Untuk makan tengahari, anda akan dibawa ke rumah penduduk kampung untuk menikmati juadah kampung yang membuka selera. Makanlah sampai kenyang kerana anda perlukan tenaga buat aktiviti merentas hutan untuk sampai ke Lubuk Tuna yang menjanjikan pengalaman yang cukup berharga. 

Percayalah anda pasti terpesona dengan keindahan dan kejernihan airnya. Perlu diingatkan Lubuk Tuna adalah tarikan di dalam kawasan hak milik persendirian. Jadi, jika mahu ke sini, anda perlu mengambil pakej yang hanya disediakan oleh Junglewalla Langkawi.  Boleh layari laman sesawang mereka di sini untuk maklumat lanjut. 

4) Jelajah Pulau Dengan Jet Ski

Kalau sudah jemu menjelajah kepulauan di Langkawi dengan bot laju, apa kata cuba cara yang sedikit berbeza. Jom! Jelajah pulau dengan jet ski. 

Ada banyak operator yang menawarkan pakej ini, namun jika idamkan servis yang memuaskan hati, boleh ambil dengan Mega Water Sports. Selain dikendalikan oleh mereka yang berpengalaman, mereka juga berikan peralatan yang lengkap untuk aktiviti ini seperti kasut getah, beg kalis air (dry bag) dan kamera Go-Pro. 

Dengan harga serendah RM450 anda sudah boleh menjelajah ke beberapa buah pulau untuk tempoh di antara dua jam hingga ke empat  jam.

Antara pulau yang akan dilawati ialah Pulau Dayang Bunting yang terkenal dengan legenda buaya putih, Pulau Beras Basah yang terkenal dengan pantainya yang putih bersih, Pulau Singa Besar untuk melihat kawanan burung helang yang bebas berterbangan dan Pulau Kentut Kecil untuk mandi-manda. 

Percayalah pengalaman meredah lautan dengan jet ski memang tidak akan dilupakan. Anda pasti tersenyum puas dan ingin kembali lagi untuk melakukannya. Satu pengalaman yang cukup menyeronokkan. Boleh layari laman sesawang Mega Water Sports untuk maklumat lanjut.

5)  ATV di Pantai Tanjung Rhu

Tanjung Rhu menawarkan pemandangan pantai yang cukup mengasyikkan, jauh daripada hingar-bingar atau kesesakan pelancong. Pasangan yang berbulan madu lebih gemar ke sini berbanding ke Pantai Chenang. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah memandu ATV. 

Toro Watersports merupakan satu-satunya operator di pantai Tanjung Rhu yang menawarkan aktiviti ini. Terdapat beberapa pakej yang boleh anda pilih. Jika sekadar ingin menikmati keindahan pantai, boleh ambil pakej yang berharga RM90.00. Dengan pakej ini anda akan dibawa melewati sepanjang pantai Tanjung Rhu dan berpeluang mengambil foto dan video untuk dijadikan kenangan.

Jika anda mahu pengalaman lebih mencabar dan ada elemen kejutan, ambillah pakej yang turut membawa anda masuk ke laluan hutan dan sungai. Pakej ini mengambil masa lebih dua jam kerana trek yang dilalui agak mendebarkan untuk yang baru mencuba. 

Selain dapat memicu adrenalin, anda juga berpeluang melihat kehidupan nelayan yang menjala ikan dan mencari siput ketika melalui muara sungai di hujung pantai. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh layari https://www.langkawiadventure.com/booking

Selamat merancang percutian yang diidamkan! - Getaran, 1 April 2021

Semua gambar dan video: Rahayu MN

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

2

Jelajah 1 minggu yang lalu

Pelan Insurans Perjalanan Serendah RM3.00 Untuk Percutian Bebas Kebimbangan

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Raja Harald V Terus Pulih, Usaha Diambil Untuk Bawa Pulang Baginda - Istana Norway

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi