Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Istana Belon Seluas 28,000 Kaki Persegi Sempena Cuti Sekolah 

Taman permainan sebesar dua kolam renang bersaiz Olimpik ini bakal berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, Piazza Tingkat 3, dari 28 Mei hingga 26 Jun 2022.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 12:00PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah lebih dua tahun melalui saat-saat suram ketika musim cuti sekolah, kini ibu bapa dan anak-anak boleh tersenyum riang kerana rutin harian dan hampir semua aktiviti sosial boleh dijalankan seperti biasa.

Sempena cuti sekolah minggu hadapan, banyak aktiviti yang boleh anda ikuti bagi menghidupkan suasana cuti sekolah. 

Tidak perlu lagi berkurung di rumah, namun sila patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi memastikan jangkitan COVID-19 dapat dielakkan.

Jadi, ke mana agaknya anda mahu membawa anak-anak sempena cuti sekolah hadapan? Jika anda tinggal di Lembah Klang atau ada perancangan bercuti ke sini, apa kata anda singgah di Jumptopia : Holiday Village Inflatable Park, yang merupakan taman permainan atau lebih tepat lagi istana belon seluas 28,000 kaki persegi. 

Taman permainan sebesar dua kolam renang bersaiz Olimpik yang menjanjikan keriangan buat seisi keluarga ini bakal berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, Piazza Tingkat 3, dari 28 Mei hingga 26 Jun 2022. Terdapat lapan istana belon bertemakan haiwan gergasi dengan konsep pembinaan yang menarik seperti labirin, buaian, gelongsor dan taman bola untuk keseronokan tanpa henti.

Kolaborasi eksklusif antara platform percutian KKday dan pusat taman permainan pendidikan dan hiburan, Kiztopia ini adalah yang pertama kalinya di  Malaysia.

“Kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Kiztopia untuk membawa Jumptopia ke Malaysia buat pertama kalinya. Di KKday, kami sentiasa berusaha untuk membawa masuk dan menawarkan sesuatu yang menarik untuk dilakukan pada hujung minggu atau apabila anda melakukan perjalanan antara negeri dan luar negara melalui aplikasi serta laman web kami. 

Membawa Jumptopia ke luar negara merupakan satu langkah yang terbaik apabila dunia kian pulih daripada pandemik dan kami berharap agar lebih banyak pintu terbuka untuk pelancongan dan aktiviti antarabangsa supaya kami dapat terus mencipta kenangan yang menarik untuk pelanggan kami,” ujar Pengasas Bersama dan Naib Presiden Eksekutif, KKday Wei Chun Liu. 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kiztopia, Heidi Tian pula berkata, pihaknya teruja dapat bekerjasama dengan KKday buat pertama kalinya dengan membawa Jumptopia ke Malaysia.

“Sejak pandemik, kanak-kanak telah kehilangan banyak peluang untuk terlibat secara aktif di ruangan terbuka, di mana ianya penting untuk perkembangan mereka. Kami berharap dengan membawa Jumptopia merentasi sempadan, walaupun untuk tempoh yang terhad, kami dapat membuka peluang untuk kanak-kanak menjalani kehidupan normal. Malah, membolehkan ibu bapa mengeratkan lagi hubungan dengan anak-anak,” ujar Heidi. 

Apa yang menanti?

Melompatlah sepuas hati di lapan jenis belon gergasi yang telah didaftarkan sebagai harta intelek (IP). Purata saiz kesemua belon gergasi atau istana belon ini ialah 150 meter persegi lebar, 25 meter panjang dan 8 meter tinggi. Setiap istana belon bertemakan watak haiwan Kiztopia. Ini bermakna, pengunjung dapat bertemu dengan Bell, Drago, Eli, Happy, Honey, Mark, Raby, dan Tiger.

Berikut ialah lapan istana belon yang pengunjung dapat terokai: 

- Terpesona dengan roti kegemaran Chef Bell dan makan sepuas hati anda dengan topping kek bersaiz sebenar di Bell's Bakery Shop

- Memanjat dinding batu di Drago's Adventure Park

- Berenang dan menyelam bersama Eli dan rakan-rakan di pesta kolam renang yang menghiburkan di Eli's Neptune Pool

- Berjalan ala-ala model di Happy's Fashion Maze dan selesaikan cabaran labirin yang bersimpang-siur

- Ikuti rentak muzik yang rancak di Honey's Music Studios

- Alami suasana angkasa lepas di Mark’s Space Station

- Terokai pengembaraan yang melantun-lantun di hutan belantara Raby's Pink Forest

- Berlumba di laluan berhalangan Tiger’s Olympic Range dan turun melalui gelongsor yang menghiburkan

Tiket-tiket boleh dibeli secara eksklusif di platform https://kkday.me/myjump dan ia adalah sah untuk tempoh dua jam, mengikut sesi yang telah anda pilih. Jumptopia: Holiday Village Inflatable Park beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 8.30 malam pada setiap hari. Hanya lima sesi tersedia pada setiap hari memandangkan ia ditutup pada pukul 4 petang hingga 4.30 petang untuk pembersihan dan sanitasi. - Getaran, 26 Mei 2022

Gambar: Jumptopia

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak 3 Tahun Korban Kedua Strok Haba

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Jangan Lupa Selalu Doakan Papa Ye Dik

4

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Pemilikan Akaun Media Sosial Beri Kesan Terhadap Perkembangan Minda Kanak-Kanak

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 jam yang lalu

Makanan Tambahan Untuk Tahun Persekolahan Yang Sihat!

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

Diiktiraf sebagai pertunjukan lampu hiasan terbesar di Malaysia, Luna Lights Wonderland meneruskan siri jelajah dan kini tiba di Terengganu 

oleh Wartawan Getaran